DIIKTIRAF SEBAGAI PEMIMPIN KOMUNITI TEKNOLOGI PERTAHANAN SINGAPURA

04sep20_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/04sep20_news1_photo1.jpg?sfvrsn=83f5743_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DIIKTIRAF-SEBAGAI-PEMIMPIN-KOMUNITI-TEKNOLOGI-PERTAHANAN-SINGAPURA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DIIKTIRAF-SEBAGAI-PEMIMPIN-KOMUNITI-TEKNOLOGI-PERTAHANAN-SINGAPURA
DIIKTIRAF SEBAGAI PEMIMPIN KOMUNITI TEKNOLOGI PERTAHANAN SINGAPURA
04 Sep 2020 | PEOPLE

DIIKTIRAF SEBAGAI PEMIMPIN KOMUNITI TEKNOLOGI PERTAHANAN SINGAPURA

// BERITA OLEH THRINA THAM

// FOTO IHSAN DSTA & NGIAM LE NA

Cik Ngiam Le Na diiktiraf dalam senarai sulung 100 Wanita dalam Teknologi Singapura atas pencapaiannya menajamkan kelebihan teknologi SAF.

1-UP-B-caption

"Walaupun bidang pertahanan dan aeroangkasa secara tradisi dikuasai oleh kaum lelaki, kita seharusnya secara aktif menghapuskan tanggapan terdapatnya siling kaca bagi wanita dalam sektor-sektor ini, dan menggalakkan lebih banyak wanita menyertai kita."

Tegas Cik Ngiam Le Na, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) di Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA).

Personaliti berusia 44 itu memang layak berkata sedemikian; beliaulah yang meneraju teknologi pertahanan di DSTA dengan menyampaikan penyelesaian teknologi bagi menajamkan kelebihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Tahun ini, Cik Ngiam meraih kedudukan dalam senarai sulung 100 Wanita dalam Teknologi Singapura yang diumumkan pada 4 Sep.

Inisiatif ini oleh Persatuan Komputer Singapura, dengan kerjasama Penguasa Pembangunan Media Infocomm Media, SG Wanita dalam Teknologi dan Mediacorp, mengiktiraf wanita yang berada di Singapura yang telah membuat sumbangan penting dalam sektor teknologi.

"Jantina dan sifat fizikal tidak sepenting pengetahuan, kecekapan dan pengalaman," kata Cik Ngiam, yang menyebut contoh seperti Marillyn Hewson dan Leanne Caret - yang masing-masing mengetuai syarikat-syarikat keselamatan dan aeroangkasa global Lockheed Martin dan Boeing Defense Space & Security - sebagai wanita-wanita yang mengecap kejayaan dalam bidang teknologi pertahanan.

Projek pertamanya dan yang paling tidak boleh dilupai di DSTA: Cik Ngiam menjadi sebahagian daripada pasukan yang menilai dan akhirnya memilih F-15SG untuk RSAF.

Di DSTA, Cik Ngiam mengetuai program pemerolehan, pembangunan dan naik taraf utama untuk pesawat tentera Singapura. Beliau juga menyumbang kepada integrasi sensor dan sistem senjata ke dalam rangkaian pertahanan udara bagi melindungi Singapura daripada ancaman aerial.

Terbaharu, beliau mengawasi usaha DSTA dalam perjuangan Singapura menentang COVID-19. Antaranya ialah perolehan kecemasan bekalan perubatan untuk beberapa kementerian, membangunkan app untuk pemantauan kesihatan, dan membina alat analisis data bagi membantu pengesanan kontak.

Agensi ini juga membantu membangunkan sistem Pemerintah dan Kawalan bagi menyokong pasukan bertugas intra agensi dalam menguruskan operasi perubatan pekerja asing.

Bersama-sama dengan syarikat-syarikat kejuruteraan tempatan termasuk HOPE Technik, DSTA telah membangunkan kios suhu pemeriksaan diri yang telah diletakkan di stesen pengangkutan dan terminal awam.

DSTA juga bekerja dengan SAF dan ST Engineering untuk menukar ambulans merentas desa SAF menjadi stesen swab bergerak untuk ujian swab yang lebih cepat dan selamat.

"Jurutera, pembina dan pakar perolehan kami sungguh berdedikasi. Ramai yang bekerja dengan bersungguh-sungguh, mengorbankan hujung minggu untuk menyampaikan hasil. Mereka bertahan atas kesedaran padu tentang tanggungjawab mereka untuk menyumbang kepada pemulihan Singapura," kata Cik Ngiam mengenai kerja-kerja yang dilaksanakan oleh ahli-ahli pasukannya.

SAF, DSTA dan ST Engineering berupaya membawa stesen swab bergerak dari konsep kepada beroperasi dalam hanya tiga minggu bagi membantu operasi swab COVID-19. [Foto: Angkatan Tentera Singapura]

Walaupun dengan portfolionya yang banyak sejak 20 tahun yang lepas di DSTA, projek pertama Cik Ngiam kekal sebagai yang paling diingatinya - pencarian jet pejuang untuk Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) pada awal tahun 2000.

"Sebagai seorang jurutera muda, memang menarik apabila diberi peluang menilai jet pejuang terkemuka dunia," kata Cik Ngiam. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan "Program Penggantian Pejuang yang Seterusnya" yang akhirnya memilih jet pejuang F-15SG untuk RSAF.

"Saya masih ingat dengan jelas beratnya rasa tanggungjawab serta kecekalan kami untuk memenuhinya. Kami tahu bahawa kami perlu memilih jet pejuang terbaik yang akan memberikan kelebihan kepada RSAF untuk 30 tahun yang seterusnya... Pelaksanaan program secara profesional oleh DSTA ini rata-rata disebut...(dan ia) menggambarkan proses penilaian kami yang ketat dan telus."

QUOTE-A-credit

Beliau menambah bahawa projek ini, yang membabitkan ahli-ahli daripada DSTA, Makmal Kebangsaan DSO dan RSAF, mengajarnya tentang kepentingan usaha sama dalam kerja berpasukan.

"Hari ini, (ia) masih lagi sangat penting dalam kerja kita, terutamanya apabila mengambil kira sistem pertahanan kita yang semakin kompleks dan sangat berkait rapat."

Cik Ngiam (dua dari kanan) yang bertindak sebagai salah seorang daripada wakil DSTA semasa ulang tahun ke-20 detasmen Skuadron 150 RSAF di Pangkalan Udara Cazaux di Perancis, pada Jul 2018.

Penceburan Cik Ngiam dalam bidang kejuruteraan bukanlah sesuatu yang mengejutkan – bapa Cik Ngiam ialah Ketua Jabatan Sains sekolah rendah dan ketiga-tiga anak perempuannya menjadi jurutera.

"(Sewaktu membesar,) bapa kami membangkitkan minat kami dalam matematik dan sains melalui mainan dan pemerhatian dalam kehidupan harian," kata Cik Ngiam.

Contohnya, mereka belajar membina litar bal lampu menggunakan wayar dan suis. Sambil membesar, mereka semakin menggemari penyelesaian masalah. "Memang secara semula jadinya kami akan memilih kerjaya dalam bidang kejuruteraan!"

Cik Ngiam (kanan) dengan adik-beradiknya (dari kiri) Lee Sun dan Li Lian. Ketiga-tiga adik-beradik ini pernah bekerja di DSTA. Li Lian telah berpindah ke lembaga berkanun yang lain, sementara Lee Sun pula bekerja untuk sistem persenjataan di DSTA.

Walaupun pengambilan wanita dalam STEM (sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik) telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Cik Ngiam mengakui bahawa jumlahnya masih lagi sedikit berbanding penyertaan lelaki.

Masyarakat harus memainkan peranan menggalakkan lebih ramai pelajar mengambil STEM, serta menangkis maklumat salah bahawa perempuan diletakkan pada trajektori yang lebih perlahan, beliau menambah.

Cik Ngiam menandatangani perjanjian pelaksanaan dengan Ketua Perkhidmatan Pesawat Tentera Airbus Defence and Space, Stephan Miegel pada 2018 bagi pihak Airbus Defence and Space yang menyokong DSTA dalam mereka bentuk dan memperakui bahagian yang dihasilkan oleh percetakan 3D untuk pesawat RSAF. [Foto: Airbus]

"Saya menyaksikan banyak wanita cemerlang bekerja dalam bidang teknologi sepanjang tahun-tahun saya berkhidmat dengan DSTA. Wanita membawa kepelbagaian kepada masyarakat STEM, bersama-sama dengan sudut pandangan dan perspektif yang berbeza daripada logik dunia kejuruteraan yang keras.

"Teknologi bukan lagi mengenai sain teras keras...(tetapi) memerlukan pemahaman yang bagus tentang perjalanan pengguna dari awal hingga ke akhir. Lelaki dan wanita mempunyai perspektif yang berbeza dalam memahami keperluan pengguna. Dalam mereka bentuk produk pusatan-pengguna, kita memerlukan gabungan yang bagus dalam STEM."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?