DIA MERUPAKAN KETENANGAN DALAM HURU HARA

09sep22_news1_photo1-hero_banner_DTa https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/09sep22_news1_photo1-hero_banner_dta.jpg?sfvrsn=d6902f99_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DIA-MERUPAKAN-KETENANGAN-DALAM-HURU-HARA
DIA MERUPAKAN KETENANGAN DALAM HURU HARA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DIA-MERUPAKAN-KETENANGAN-DALAM-HURU-HARA
09 Sep 2022 | PEOPLE

DIA MERUPAKAN KETENANGAN DALAM HURU HARA

ME3 Alexis Quek kelihatan seperti orang yang baik hati dan penyayang, walaupun apabila keadaan menjadi tegang di menara kawalan lalu lintas udara.

KISAH OLEH THRINA THAM / FOTO OLEH KENNETH LIN

English 华文
English 华文
Dengan 23 tahun pengalaman dalam bidang kawalan lalu lintas udara, ME3 Quek melatih ahli dan pakar tentera generasi seterusnya di menara kawalan.

Dia melatih Pakar Operasi Udara (AOS) dan Pakar Sistem Operasi Udara (AOSX) yang muda untuk bekerja di salah satu persekitaran paling banyak tekanan dalam Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) – menara kawalan.

Di sini, penyelarasan tepat diperlukan dalam kalangan kakitangan menara dan pesawat serta agensi lain; sebarang percanggahan mungkin tidak selamat. Walaupun peranan yang mendesak ini sukar, dia masih bersikap seperti seorang ibu yang mesra kepada pelatihnya.

Temui Pakar Tentera (ME) 3 Alexis Quek, Penjaga Latihan Operasi Pelancaran & Pemulihan di Skuadron (SQN) 208 yang menyediakan kawalan lalu lintas udara dan pengurusan lapangan terbang kecil untuk RSAF di Pangkalan Udara Changi.

ME3 Quek yang merupakan seorang AOSX, mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebolehkhidmatan sistem dan kelengkapan bagi kawalan dan komunikasi di menara, serta membantu dalam pelancaran dan pemulihan pesawat.

Sebagai seorang jurulatih, anggota berumur 44 tahun ini menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada pelatih AOS dan AOSX dalam skuadronnya, sambil menilai keupayaan mereka. Dia juga membantu memantau jadual latihan dan perkembangan mereka.

ME3 Quek menyelia 3SG Yoong ketika dia menyelaraskan perlepasan pesawat. Komunikasi dengan pesawat biasanya dilakukan oleh Pegawai Perang Udara, manakala AOS dan AOSX berurusan dengan agensi luar.

Tokoh seperti ibu yang mesra

Dengan suaranya yang lembut dan sikap yang mesra, tidak hairanlah ME3 Quek dianggap sebagai sumber utama bantuan untuk para pelatih, yang menggelarkan dia dengan penuh kasih sayang sebagai "Ma'am (Puan)" atau "Axis (Paksi)".

"Dalam kata Pegawai Pemerintah saya yang sebelumnya, Axis ialah ‘ibu baptis bagi seluruh skuadron'," kata Sarjan Ketiga (3SG) Woo Xuan Hao, yang menyertai 208 SQN pada November 2020.

"Setiap kali anda memasuki kem, dia akan berada di sana dengan sarapan atau snek yang untuk dikongsi. Kadangkala, dia membantu kami mendapatkan bubur dan you tiao (batang doh goreng). Dia benar-benar memberi banyak sumbangan kepada skuadron," kata anggota berumur 22 tahun tersebut, yang merupakan salah seorang pelatih di bawah ME3 Quek.

Sikap penyayangnya termasuk dalam waktu bertugas. Pada suatu ketika, 3SG Jarod Yoong, 21 – rakan AOS 3SG Woo – membuat kesilapan ketika latihan dan terus memberitahu ME3 Quek tentang kesilapan tersebut melalui mesej teks, walaupun dia bukan jurulatih yang bertugas pada hari itu.

"Dia menjelaskan dengan sangat baik hati bahawa tidak salah untuk membuat kesilapan seperti ini sebagai seorang pelatih, namun kita seharusnya memahami implikasi dan mengambil pengajaran daripada kesilapan tersebut," kata 3SG Yoong.

Anggota Khidmat Negara Penuh Masa ini menambah juga bahawa kadangkala keadaan jadi tegang di menara kerana hal luar jangka, namun ME3 Quek sentiasa akan mengendalikan situasi tersebut dengan sewajarnya.

"Selepas itu, dia meluangkan masa untuk menjelaskan segala-galanya. Dia sering memberi penjelasan berdasarkan pengalamannya sendiri dan membantu menggambarkan akibatnya."

ME3 Quek (tengah) bersama para pelatihnya, 3SG Yoong (kiri) dan 3SG Woo, yang dia telah latih sebagai Penyelaras Maklumat Menara.

Minat mendalam terhadap tugas

Perjalanan ME3 Quek sendiri bermula pada 1999 apabila dia menyertai RSAF dengan minat yang mendalam terhadap bidang penerbangan.

"Saya gemar melihat pesawat bergerak perlahan-lahan di landasan dan apa-apa yang berkaitan dengan lalu lintas udara, jadi saya diilhamkan untuk masuk tentera… Dan sehingga kini, saya masih gembira berada di menara kawalan ini," katanya dengan senyuman.

Dia bermula di Pangkalan Udara Paya Lebar – sebagai pengawal darat dan juga bertugas di Pejabat Perancangan Penerbangan, memproses rancangan penerbangan untuk juruterbang RSAF dan juruterbang asing. Ini adalah sebelum dia ditugaskan ke Pangkalan Udara Changi pada 2015.

Pada Mac yang lalu, dia dijemput menyertai pasukan petugas pemvaksinan COVID-19 RSAF, yang bertanggungjawab menyelaras dan menjadualkan suntikan vaksin bagi keseluruhan RSAF.

Selama satu bulan setengah, pasukan petugas tersebut memberi vaksin kepada kira-kira 400 hingga 600 kakitangan setiap hari.

"Waktu bekerja panjang, tetapi peluang bekerja dengan pekerja penjagaan kesihatan adalah amat bermakna dan memuaskan hati. Kami benar-benar menghormati sikap profesional mereka – matlamat kami adalah untuk tidak membazirkan langsung vaksin dan kami berjaya berbuat demikian," katanya.

ME3 Quek (baris kedua, keempat dari kanan) dengan ahli skuadronnya ketika berjalan dan joging di Taman Pantai Changi pada Feb 2019. [Foto ihsan ME3 Quek]

Keluarga skuadron

Sebagai jurulatih, gaya mengajar yang digemari ME3 Quek adalah melalui pembinaan hubungan baik dengan pelatihnya dahulu – dia menganggap ini penting agar mereka dapat mempercayainya, lalu membolehkan dia membantu mereka dengan lebih berkesan.

3SG Woo berkata bahawa ME3 Quek sering "menguji" dia tentang pengetahuan prosedur di luar bilik darjah, dan menggunakan perbincangan untuk mengukur pemahamannya dengan selanjutnya.

"Dia akan membiarkan anda memproses maklumat dan pada keesokan hari semasa sedang berjalan untuk makan tengah hari, dia akan bertanya, ‘Jadi, bagaimana anda akan bertindak balas dalam senario ini?' dan kemudian membimbing anda dari sana.

"Gayanya menarik dan membangkitkan minat."

Beberapa nota dan hadiah penghargaan yang diterima oleh ME3 Quek daripada bekas pelatih.

Pendekatan ini diperoleh dengan semula jadi bagi ME3 Quek kerana budaya skuadronnya: iaitu semua orang melayan satu sama lain seperti keluarga.

"Kita sering mengadakan perbincangan kopi. Itulah masa saya akan kaypoh (mencungkil) sedikit dan bertanya tentang hari mereka dan kemudian mereka akan bersikap lebih terbuka secara beransur-ansur serta berkongsi perkembangan harian mereka, sesi latihan atau tugas mereka," kata ME3 Quek.

"Kami bersahabat dengan pelatih kami, bukannya sekadar berkelakuan seperti cikgu dan guru disiplin. Dan apabila mereka ORD atau beralih ke peranan lain, kami kekal bersahabat."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!