DI SEBALIK PAMERAN STATIK RSAF DI PERTUNJUKAN UDARA SINGAPURA 2024

20feb24_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/20feb24_news1_photo1b578269a-f21a-4c3b-b30b-448c599b5542.jpg?sfvrsn=64d892bb_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DI-SEBALIK-PAMERAN-STATIK-RSAF-DI-PERTUNJUKAN-UDARA-SINGAPURA-2024
DI SEBALIK PAMERAN STATIK RSAF DI PERTUNJUKAN UDARA SINGAPURA 2024 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DI-SEBALIK-PAMERAN-STATIK-RSAF-DI-PERTUNJUKAN-UDARA-SINGAPURA-2024
20 Feb 2024 | COMMUNITY

DI SEBALIK PAMERAN STATIK RSAF DI PERTUNJUKAN UDARA SINGAPURA 2024

Lihat sepintas lalu keadaan di sebalik tabir dalam operasi menunda semalaman yang mencabar ketika Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) membuat persiapan untuk pameran statik di Pertunjukan Udara Singapura 2024!

//KISAH OLEH JOSHUA DE SOUZA /FOTO OLEH PIONEER PHOTOGRAPHERS

English 华文
English 华文
1-UP-B-caption

Menyampaikan pameran ke destinasi: Peninjauan dan perancangan yang berhari-hari lamanya diperlukan untuk menjayakan operasi menunda bagi memindahkan aset pameran statik RSAF dari Pangkalan Udara Changi (Timur) ke Pusat Pameran Changi (CEC). Pertunjukan Udara Singapura 2024 akan diadakan di CEC dari 20 hingga 25 Feb.

1-UP-B-caption

Ketika anda sedang tidur: Sebuah konvoi pesawat pejuang F-15SG dan F-16, bersama dengan Pesawat Pengangkut Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330, membuat perjalanan secara perlahan-lahan di jalan raya awam menuju ke CEC. Operasi semalaman yang intensif ini berlangsung dari 10 malam pada 13 Feb hingga 2.15 pagi pada 14 Feb.

1-UP-B-caption

Ketika perjalanan sejauh 8km dari pangkalan udara ke CEC, para anggota mesti mengekalkan kelajuan perlahan iaitu 5km sejam dan berkomunikasi secara teliti antara satu sama lain bagi memastikan keselamatan sambil memindahkan aset yang sungguh besar ini.

Digambarkan di atas ialah sebuah F-15SG dengan jalur ekor menarik yang direka bentuk khas tahun lepas bagi memperingati ulang tahun RSAF yang ke-55.

1-UP-B-caption

Dengan panjang sayap 60.3m, MRTT A330 yang besar ini tidak boleh dipindahkan tanpa menanggalkan tiang lampu di sepanjang jalan raya sebelum memulakan operasi menunda.

Operasi menunda diteruskan di CEC sementara para anggota menempatkan F-16D+ di ruang yang ditetapkan di kawasan pameran statik. Adakah anda nampak baton pengawas yang dilekatkan pada hujung sayap? Ini membolehkan pihak yang membuat perjalanan dalam konvoi itu melihat kawasan di hadapan mereka.

1-UP-B-caption

Ketika waktu fajar menyinsing pada 14 Feb, tiga buah helikopter RSAF terbang masuk dan mendarat di CEC. Digambarkan di atas ialah Helikopter Pengangkut Berat CH-47F, yang akan beransur-ansur menggantikan armada Chinook CH-47D RSAF.

1-UP-B-caption

Membuat penampilan sulung: Buat kali pertama, pelawat akan dapat melihat helikopter CH-47F (kanan) secara dekat di Pertunjukan Udara Singapura.

1-UP-B-caption

Para anggota tunggu sedia untuk menyediakan Apache AH-64D (di atas) dan helikopter Pengangkut Sederhana H225M (bawah) untuk pameran statik, sementara juruterbang mendarat.

Buat kali pertama di acara tersebut, Apache akan mempamerkan keseluruhan pilihan senjatanya, yang terdiri daripada misil Hellfire, roket Hydra 70 dan peluru 30mm.

Setelah aset tiba, anak kapal darat membuat persiapan untuk pesawat dan sistem pertahanan udara berasaskan darat seperti Aster 30 (digambarkan) supaya sedia untuk pameran statik.

1-UP-B-caption

Dalam kalangan aset yang dipamerkan ialah Kenderaan Udara Tanpa Manusia Heron 1 (latar depan).

-Pameran statik RSAF pada tahun ini akan menonjolkan sepuluh aset. Ketahui lebih lanjut tentang apa yang sedang berlaku di Pertunjukan Udara Singapura dan saksikan strim siaran langsung pertunjukan udara di singaporeairshowlive.gov.sg!

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!