DARIPADA SEORANG PRAMUGARI KEPADA PEGAWAI ARTILERI

12sep20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/12sep20-photo1.jpg?sfvrsn=3e01a5be_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-SEORANG-PRAMUGARI-KEPADA-PEGAWAI-ARTILERI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-SEORANG-PRAMUGARI-KEPADA-PEGAWAI-ARTILERI
DARIPADA SEORANG PRAMUGARI KEPADA PEGAWAI ARTILERI
12 Sep 2020 | PEOPLE

DARIPADA SEORANG PRAMUGARI KEPADA PEGAWAI ARTILERI

// BERITA OLEH TEO JING TING

// FOTO OLEH ONG JI XUAN DAN IHSAN 2LT CHEW

2LT Chew melepaskan jawatan sebagai anak kapal bagi mengejar impian zaman kecilnya untuk menyertai tentera.

Dia menjalani kehidupan yang menyeronokkan sebagai anak kapal – sentiasa kelihatan anggun dan terbang ke destinasi yang berbeza setiap hari.

Namun Leftenan Muda (2LT) Chew Shi Ling meninggalkan semua itu untuk impian zaman kecilnya menjadi seorang askar.

Ia bermula semasa dia menonton drama Siaran 8 mengenai keluarga tentera semasa zaman mudanya.

"Bukan sahaja drama itu menggambarkan kehidupan sebagai seorang askar, ia juga mempamerkan kualiti serta kemuliaan yang terangkum dalam diri mereka. Saya tertarik dan bersemangat setelah menonton drama itu, jadi menyertai pasukan tentera sentiasa berada di belakang fikiran saya," terang 2LT Chew.

Ucapan selamat jalan yang lain daripada yang lain: 2LT Chew (barisan hadapan, empat dari kiri) dan kawan-kawannya selepas penerbangan akhirnya sebagai anak kapal sebelum menyertai tentera.

Berserah kepada takdir

Kata-kata ini kekal dalam pemikirannya walaupun selama tiga tahun setengah sebagai pramugari dengan SilkAir.

Gadis berusia 24 tahun itu berada dalam tahun ketiga pengajiannya dalam pengurusan dan perkhidmatan penerbangan di Politeknik Temasek semasa dia mula menjalani latihan praktikal industri dengan syarikat penerbangan itu pada 2016. Sebaik menamatkan latihannya, dia terus terbang sehingga satu hari ditakdirkan rakan anak kapalnya bertanya tentang rancangan masa depannya.

"Rakan anak kapal bertanya kepada saya sama ada saya akan kekal sebagai anak kapal selama tempoh pengajian saya. Jadi saya menyatakan kepada diri saya: Adakah saya akan mengorbankan impian saya dan menerima apa yang selesa untuk saya sekarang?”

Dengan itu, 2LT Chew berserah kepada takdir dan menyertai Latihan Asas Tentera (BMT) pada 1 Okt 2019.

2LT Chew (kiri) menerima pedang kehormatan daripada Ketua Pegawai Artileri Kolonel Adrian Teng.

Menamatkan pengajian dengan bangga

Pada 12 Sep, dia menjadi pegawai Artileri dan merupakan antara 240 kadet yang ditauliahkan sebagai pegawai pada hari itu.

Daripada para graduan, 183 adalah daripada Tentera Singapura, 4 daripada Tentera Laut Republik Singapura dan 53 daripada Tentera Udara Republik Singapura.

Dengan mengambil kira situasi COVID-19, mereka menerima pedang kehormatan di majlis terpencar yang dianjurkan di peringkat Formasi. Upacara tersebut telah diadakan di Institut Tentera SAFTI.

Para graduan menyaksikan ucapan Encik Lee yang dimainkan di skrin semasa majlis.

Dalam ucapannya kepada para graduan dalam video yang dirakamkan terlebih dahulu semasa upacara tersebut, Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial Desmond Lee, menggesa agar mereka sentiasa ingat akan tanggungjawab dan nilai mereka sebagai pegawai Angkatan Bersenjata Singapura.

"Hari ini menandakan peristiwa yang penting bagi anda … Anda akan menghadapi tanggungjawab yang lebih baharu dan lebih berat serta pengalaman yang akan menguji kecekalan dan keperibadian anda. Anda mesti memimpin dengan nilai seorang pegawai: merendahkan diri, prihatin dengan anggota yang berada di bawah anda, dan berkhidmat dengan tujuan.”

Tiada penyesalan

Bertukar daripada kehidupan orang awam kepada tentera bukannya mudah, dan 2LT Chew menjangkakan yang paling teruk semasa dia mendaftar memasuki tentera.

Pengajar 2LT Chew memakaikan epaulet padanya.

Dia beruntung kerana latar belakangnya yang giat bersukan – dia merupakan kapten pasukan badminton semasa sekolah menengah – dan galakan rakan BMT-nya banyak membantu.

"Sebagai seorang yang bertubuh kecil dan terpaksa membawa bebanan yang beratnya hampir setengah daripada berat badan saya sendiri, di samping terpaksa berkawat pada jarak yang jauh mencabar dari segi fizikal dan mental. Namun saya gembira mempunyai kawan-kawan yang menggalakkan dan memotivasikan satu sama lain.”

Kawan-kawan BMT-nya juga terkejut apabila mendapat tahu dia telah berhenti menjadi anak kapal untuk menyertai tentera. Bagaimanapun, mereka memahami selepas 2LT Chew memberitahu mereka bahawa menyertai tentera adalah impian zaman kecilnya.

"Kebanyakan daripada mereka rasa sama seperti saya, kerana kita semua mahukan kerjaya yang bermakna dan memuaskan."

2LT Chew (baris kedua, hujung kanan) dengan rakan platunnya semasa majlis tamat pengajian BMT pada Disember 2019, dengan Cik Joan Pereira, yang menjadi Pegawai Pemeriksaan Barisan bagi perarakan tersebut.

Dia menambah bahawa pengalamannya sebagai bekas anak kapal membantunya bergaul dengan pelbagai orang dalam Tentera, kerana kedua-duanya membabitkan bertemu dengan orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Di samping itu, sikap amat bertanggungjawab yang dipupuk daripada kerja terdahulunya juga sangat relevan dalam kerjaya baharunya.

"Peranan saya sebagai anak kapal ialah menjaga keselamatan penumpang dalam penerbangan, memastikan perjalanan mereka dari satu tempat ke satu tempat lain dijaga dengan baik. Sebagai pegawai, sudah menjadi tanggungjawab saya bagi memastikan kebajikan anggota-anggota di bawah saya dijaga dengan baik.”

2LT Chew juga berharap bahawa pengalamannya akan memberi semangat kepada orang lain untuk mengejar impian mereka, terutamanya jika mereka ingin menyertai tentera.

"Mengimbau kembali, saya lega melakukannya serta berserah kepada takdir – daripada berkhidmat untuk beberapa ratus orang kepada berkhidmat untuk negara.

"Saya berharap untuk beberapa tahun yang akan datang, saya boleh menjadi pemimpin untuk anggota-anggota di bawah saya dan menjadikan dua tahun mereka dalam Perkhidmatan Negara suatu pengalaman yang membuahkan hasil serta memuaskan."

Suggested Reading
Feature
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
MILESTONES
01 Jul 2025

SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

Cover story
MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF
MILESTONES
28 Jun 2025

Unit-unit ini diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini. Ketahui apa yang menjadikan mereka juara!

Feature
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MEREKA KEPADA SAF
MILESTONES
27 Jun 2025

Anggota kerahan ini adalah antara lebih 1,200 kakitangan MINDEF dan SAF yang dinaikkan pangkat atas prestasi dan potensi baik mereka – temui COL Fairoz, SWO Zulkarnaen, MAJ Muhammad Iskandar dan 1SG Muhd Hidhir.

PERTUNJUKAN NDP 2025 MELUAS DARI PADANG KE MARINA BAY
COMMUNITY
26 Jun 2025

Pertunjukan NDP tahun ini akan menjadi ekstravaganza muzikal dengan lebih 3,000 penghibur, lapan terapung darat dan air, dan pentas mudah alih terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah NDP!

Feature
MENYEDIAKAN PERBARISAN UNTUK JUBLI INTAN SAF
PEOPLE
23 Jun 2025

Komander Perbarisan Hari SAF LTC Shew Narian dan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Perbarisan ME4 Lee Han Seng berkongsi bagaimana mereka dan para peserta perbarisan telah bekerja keras untuk mengadakan perbarisan yang sempurna pada 1 Jul.

Cover story
Paparan udara-darat-laut pertama di Kontinjen Kenderaan NDP 2025
PEOPLE
23 Jun 2025

Kontinjen Kenderaan NDP membuat pulangan yang sangat dinanti-nantikan tahun ini bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara dan di perairan Marina Bay!

Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
OPS & TRAINING
04 Jun 2025

Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
OPS & TRAINING
03 Jun 2025

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
DIPLOMACY
01 Jun 2025

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
29 May 2025

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.