PEOPLE
DARIPADA "PEJUANG YANG TIDAK BERMAKNA" KEPADA PEGAWAI SAF
16 Mar 2020
LT A Guhanavel S/O Ashok Kumar melayakkan diri sebagai pegawai walaupun memulakan khidmatnya tanpa pengalaman dalam kepimpinan dan lemah dari segi kecergasan fizikal.
LT A Guhanavel S/O Ashok Kumar melayakkan diri sebagai pegawai walaupun memulakan khidmatnya tanpa pengalaman dalam kepimpinan dan lemah dari segi kecergasan fizikal.
Lebih kurang setahun dahulu, dia tidak mampu membuat aktiviti tubi bangku atau mendagu walau satu kali pun. Tetapi hari ini, Leftenan Muda (2LT) A Guhanavel S/O Ashok Kumar ialah pegawai bertauliah dengan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).
Secara rasminya, kini dia mampu membuat 60 kali tubi bangku dalam satu minit dan juga 12 kali mendagu.
Anggota berusia 19 tahun ini adalah bukti jelas pemimpin dibentuk, bukan dilahirkan secara semula jadi.
Disebabkan kecergasan fizikalnya lemah dari awal lagi, dia tidak menjangka akan layak masuk ke Sekolah Kadet Pegawai (OCS).
Tetapi hanya seminggu selepas menamatkan Latihan Asas Tentera, dia berjaya mendapat skor Perak untuk Ujian Kecergasan Fizikal Individu (IPPT). Sarjannya telah menyuruh dia mencuba sekali lagi.
"Saya rasa saya sipi-sipi sahaja layak masuk OCS,” katanya dengan malu. "Saya betul-betul tidak menjangkanya. Saya hanya ingin melakukan apa yang terbaik dan menjalani khidmat dua tahun saya (dengan lancar)."
Bersenam dengan Bapa
Apabila memasuki OCS, dia mendapati latihan di sana adalah lebih mencabar.
"Selepas cuti rehat pertama saya, saya memberitahu bapa saya yang saya mahu berhenti," kata Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa itu (NSF).
Lalu bapanya, Pakar Tentera (ME) 3 Ashok Kumar, 46, pun berkongsi kisah menginspirasikan NSF dari kemnya yang walaupun tidak mencapai tahap kecergasan tempur, namun mampu meningkatkan Standard Pekerjaan Fizikal (PES) sehingga berjaya menjadi pegawai!
Bapanya ialah Sarjan Mejar Depot Penyelenggaraan Depan ke-13, Pangkalan Penyelenggaraan Tentera Pertama. Dia berlari dan bersenam di gim dengan 2LT Guhanavel hampir setiap hujung minggu.
Belajar untuk menjadi pemimpin
2LT Guhanavel menggambarkan dirinya sebagai pelajar yang tidak menonjolkan diri semasa di Maktab Rendah Jurong, serta kurang berpengalaman dalam memimpin pelajar-pelajar lain. Hanya di OCS barulah dia merasa memimpin sekumpulan besar rakan-rakan platun.
Dia mengalami keluk pembelajaran yang curam. Semasa latihan, dia bergelut untuk memimpin rakan-rakan platunnya untuk tugasan membina sistem Pertahanan Udara Berasaskan Darat RBS-70 (GBAD) dalam masa yang ditetapkan.
Tekanan melampau yang dialaminya membuatkan dia hilang sabar dan menjerit ke arah rakan-rakan platunnya. Pengajarnya terpaksa masuk campur, menyoal tindakannya: "Inikah cara anda berkomunikasi dengan orang-orang anda sekiranya anda seorang komander platun sebenar?"
Dia terus sedar – bukan askar yang tidak cekap tetapi pegawai yang perlu memimpin dengan baik.
2LT Guhanavel mengubah pendekatan kepimpinan dan mengumpulkan rakan-rakan platunnya serta memberi taklimat yang jelas tentang apa yang perlu dilakukan. Dia juga mendengar kebimbangan mereka dan meminta mereka memberikan maklum balas.
"Semasa misi kedua kami, prosesnya secara keseluruhan menjadi semakin lancar, dan pengajar saya memberikan maklum balas yang positif," dia berkata.
2LT Guhanavel akan ditugaskan ke Batalion Artileri Pertahanan Udara Divisyen ke-18, di mana dia akan membantu mengawasi ruang udara Singapura daripada penceroboh.
"Di sini akan terdapat banyak operasi sebenar kerana saya berkhidmat dengan Angkatan Tentera, dan kami bertugas 24/7," kata Pegawai Perang Udara (Senjata Pertahanan Udara).
Apa yang tetap ialah pembaikan yang berterusan
Keputusan IPPT yang dicapai lebih kurang setengah tahun dahulu semasa pertengahan jalan latihan pegawai kadet ialah pada tahap Perak.
Namun tiga minggu dahulu, semasa cabaran Kecemerlangan Latihan Fizikal yang diadakan di OCS, 2LT Guhanavel mencapai skor Emas untuk IPPT-nya.
Ia merupakan pertandingan di mana kadet-kadet bersaing untuk mendapatkan skor keseluruhan yang paling tinggi antara pelbagai stesen-stesen IPPT. Keputusannya tidak dikira untuk skor IPPT rasmi
Walaupun begitu, dia tidak sabar untuk mencapai keputusan cemerlang untuk IPPT secara rasmi di unit baharu.
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

