PEOPLE
DARIPADA ORANG ASING KEPADA RAKAN BAIK
29 Jan 2021
Kembali untuk berkhidmat di NS setelah menghabiskan enam tahun di luar negara, PTE Muhammad Hadi Bin Abdul Hairy bangun daripada tempat tidur BMT dengan perasaan seolah-olah dikelilingi oleh orang yang tidak dikenali. Kini, dia menganggap mereka sebagai rakan- rakannya yang terdekat. Ketahui bagaimana dia menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam siri ketiga "Kembali untuk Berkhidmat" PIONEER.
Kembali untuk berkhidmat di NS setelah menghabiskan enam tahun di luar negara, PTE Muhammad Hadi Bin Abdul Hairy bangun daripada tempat tidur BMT dengan perasaan seolah-olah dikelilingi oleh orang yang tidak dikenali. Kini, dia menganggap mereka sebagai rakan- rakannya yang terdekat. Ketahui bagaimana dia menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam siri ketiga "Kembali untuk Berkhidmat" PIONEER.
"Saya selalu bangun di rumah dan setiap pagi melihat wajah ahli keluarga saya, tetapi kini, saya tinggal di kem, dan mereka yang saya lihat adalah orang asing," kata PTE Md Hadi, 18.
Ibu bapanya masih berada di New Zealand, di mana keluarganya telah menetap selama enam tahun yang lepas.
Introvert yang mengaku sukar bagi dirinya untuk menyesuaikan dengan persekitaran baru dan bersua muka dengan kenalan baru pada awal kursus Latihan Asas Tenteranya (BMT). Tetapi dengan mereka juga, dia belajar tentang kerja berpasukan dan persahabatan yang sejati.
Bangkit menyahut cabaran
Pada Januari yang lepas, dia kembali ke Singapura bersama dua orang abangnya untuk tinggal bersama nenek mereka sementara mereka bertiga menjalani Perkhidmatan Negara (NS).
Abang sulungnya, Muhammad Afiq Bin Abdul Hairy, melengkapkan perkhidmatan NSnya sebagai Pengawal Pantai Polis tahun lalu manakala abang keduanya Koperal (KPL) Muhammad Matin Bin Abdul Hairy kini bertugas sebagai Operator Pengangkutan di Kem Sembawang.
Walaupun menyesuaikan diri dengan kehidupan tentera setelah berada di luar negara selama beberapa tahun adalah tidak mudah, tetapi PTE Md Hadi bukanlah calang-calang orang yang mengelak daripada cabaran.
Sebagai contoh, apabila ayahnya memberitahu bahawa latihan itu sukar, dia menganggapnya sebagai satu cabaran dan bertekad untuk melakukan yang terbaik di NS dan melihat setakat mana kemampuannya. Ayahnya pernah berkhidmat di NS sebagai pegawai perubatan pertempuran.
PTE Md Hadi juga sedar dia perlu keluar daripada cangkerangnya: "Untuk bertahan empat bulan dalam kursus BMT, saya perlu melangkah keluar daripada zon selesa saya dan bergaul dengan mereka yang akan menjalani latihan dan penderitaan bersama saya dan membantu saya sepanjang tempoh kursus BMT saya."
Menjalin persahabatan di kursus BMT
Dia dan rakan-rakannya mula menjadi rapat apabila mendapati minat bersama seperti bermain permainan komputer bersama apabila ada kelapangan masa. Mereka juga bertemu untuk makan atau berlepak bersama.
Rakan-rakan kursus BMTnya ternyata kumpulan yang sangat "mantap". PTE Md Hadi mengenang semula kejadian semasa akhir kursus BMT mereka sambil bergelak.
Mereka ditugaskan oleh platun dan petugas seksyen mereka untuk membersih tempat tidur dan kawasan tangga sebagai persiapan untuk majlis tamat kursus mereka keesokan harinya. Walau bagaimanapun, masanya singkat dan mereka bimbang tidak dapat melengkapkan tugasan tepat pada waktunya.
"Kami mendapatkan bantuan semua orang di platun, menyiapkan tugasan tepat pada masanya, dan mereka yang datang awal juga tidak akan terlewat. Peristiwa itu menyedarkan saya tentang betapa pentingnya kerja berpasukan."
Berkhidmat semasa pandemik
PTE Md Hadi mendaftar pada 11 Ogos tahun lalu, di tengah-tengah tempoh Pemutus Litar. Disebabkan langkah-langkah keselamatan ketat yang dikenakan, beberapa penyesuaian terhadap latihannya terpaksa dikendalikan.
Contohnya, kumpulannya tidak dapat melakukan kawad laluan ke The Float @ Marina Bay untuk majlis tamat kursus mereka pada 5 Dis 2020. Walaupun mereka berasa kecewa, PTE Md Hadi dan rakan sepasukannya gembira dapat menjalin persabahatan yang erat sepanjang latihan mereka.
"Komander kami selalu mengingatkan agar kami memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan yang selamat. Ini membantu mengurangkan kebimbangan saya. Kami juga dapat meneruskan aktiviti kami tanpa kompromi terhadap pembelajaran kami," katanya.
Mempertahankan apa yang penting
PTE Md Hadi kini berada di Institut Latihan Logistik Tentera Darat, di mana dia berlatih untuk bertugas sebagai Pembantu Bekalan.
Dia tidak menyesal kembali ke Singapura untuk berkhidmat dengan NSnya. "Saya telah banyak belajar dan mengalami perkara baharu yang mungkin tidak dapat saya alami sekiranya saya tidak berada di NS –seperti melempar bom tangan, tembakan langsung dan pertempuran jarak dekat. Inilah satu peluang sekali seumur hidup," katanya.
"Saya kembali untuk berkhidmat di NS kerana saya ingin memain peranan saya, dan belajar bagaimana untuk menjadi askar demi mempertahankan orang yang saya sayangi dan tempat yang menyimpan banyak kenangan zaman kanak-kanak saya.”
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

