PEOPLE
DARIPADA OBES KEPADA MERAIH EMAS IPPT & MENJADI NSF TAHUN INI
17 Jan 2020
Semasa dia menyertai Latihan Asas Tentera, berat badan Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Venkat Subramaniam ialah 108 kg. Tahap kecergasannya amat teruk dan dia seterusnya gagal dalam Ujian Kecergasan Fizikal Individu (IPPT) dengan catatan masa 17 minit dan 50 saat bagi 2.4 km
Semasa dia menyertai Latihan Asas Tentera, berat badan Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Venkat Subramaniam ialah 108 kg. Tahap kecergasannya amat teruk dan dia seterusnya gagal dalam Ujian Kecergasan Fizikal Individu (IPPT) dengan catatan masa 17 minit dan 50 saat bagi 2.4 km
Namun jurutera tempur ini berjaya mengatasi keadaannya – dia terus berlatih selepas perbarisan terakhir dan meluangkan hujung minggunya untuk aktiviti berlari.
Dalam tempoh enam minggu, dia hilang 30 kg membawa berat badannya kepada 76 kg. Dia juga berusaha dengan gigih untuk meraih Emas untuk IPPT-nya dengan melengkapkan 2.4 km dalam masa 10 minit.
Walaupun begitu, dia tidak berhenti berlatih, malah memotivasikan rakan-rakan platunnya dengan mencadangkan aktiviti-aktiviti permainan sukan atau larian pada waktu petang.
"Setiap kali kami mendaftar di kem, badan kami akan timbang. Melihat berat badan kami turun semasa mendaftar memotivasikan kami untuk mengurangkan berat badan," ujar anggota tersebut yang kini berusia 21 tahun.
Dia juga memberi penghargaan kepada ibunya yang membantu mengubah dietnya dengan mengurangkan karbohidrat dan memasak lebih banyak sayur-sayuran untuknya.
Bagi menghargai disiplin dan komitmennya terhadap kerja berpasukan, CFC (NS) Venkat telah diberi Anugerah Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) Tahun Ini pada September lepas.
CFC (NS) Venkat, yang kini Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi selepas menamatkan Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa pada Januari, berkata dia amat menghargai kenangan yang dikongsi dengan rakan-rakan platun Batalion ke-35, Jurutera Tempur Singapura (35 SCE).
"Setiap hari bagaikan parti dengan mereka – mereka boleh menjadikan latihan yang paling menjemukan itu mengujakan."
Platunnya menjalankan penilaian Pusat Penilaian Latihan Askar di luar negara, di mana mereka menghadapi halangan bahasa untuk berkomunikasi dengan rakan sejawat dari luar negara. Keadaan cuaca juga teruk.
"Ia lebih panas berbanding Singapura dan kami tidak boleh tidur waktu malam dan berpeluh atas katil," kata mahasiswa tersebut yang sedang menjalani ijazah berganda dalam Kejuruteraan Komputer & Perniagaan di Nanyang Technological University.
"Namun sebelum itu pun, platun kami bersungguh-sungguh bertahan, memotivasikan satu sama lain untuk menjayakan misi kami."
Dengan ikatan yang sangat kukuh, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika CFC (NS) Venkat tidak ragu-ragu untuk mengambil alih tugas rakan-rakan platunnya walaupun dia sibuk sebagai peserta di Perarakan Hari Kebangsaan 2017.
"Sudah banyak kali saya membatalkan rancangan hujung minggu untuk tugas pengawal hujung minggu apabila mereka tidak sihat," katanya.
"Namun keluarga saya sungguh memahami bahawa ia merupakan kewajipan saya untuk menyumbang kepada negara.
"Tanpa sokongan mereka, tentunya saya tidak boleh menumpukan kepada berkhidmat dalam Tentera."
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

