DARIPADA MORTAR KEPADA MENTOR

30aug23_news1_photo8 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/30aug23_news1_photo8.jpg?sfvrsn=c9c64264_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-MORTAR-KEPADA-MENTOR
DARIPADA MORTAR KEPADA MENTOR https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-MORTAR-KEPADA-MENTOR
30 Aug 2023 | PEOPLE

DARIPADA MORTAR KEPADA MENTOR

2SG Zulqarnain telah menyahut panggilan keduanya sebagai pengajar BMTC, menyampaikan nilai seorang pengawal kepada generasi rekrut yang baharu.

// KISAH BENITA TEO // FOTO LCP AMOS CHEW & IHSAN 2SG ZULQARNAIN

English 华文
English 华文
2SG Zulqarnain (kanan) bersama dengan REC Siek, salah seorang rekrut dari kumpulan pertamanya yang mendaftar pada 16 Mei. Selaku tenaga pengajar BMTC, 2SG Zulqarnain berharap dapat menyampaikan nilai seorang pengawal kepada generasi anggota tentera yang baharu.

Dia sudah biasa meneriak tembakan mortar sebagai panglima detasmen di Batalion Ke-3, Pengawal Singapura (3 Gds). Tetapi kini, anda akan menemui Sarjan Kedua (2SG) Muhammad Zulqarnain Bin Kamsan di Pulau Tekong, selaku Abang Besar kepada para rekrut, membantu mereka mengorak langkah pertama sebagai anggota tentera.

Semasa berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara (NS), lelaki berusia 22 tahun itu mengambil bahagian dalam beberapa misi dan latihan. Misi yang paling dikenangi ialah apabila dia memimpin platun mortar sebagai panglima detasmen di Exercise Trident di Australia tahun lepas, memberi sokongan senjata api kepada tentera.

Atas inspirasi sarjan platunnya sendiri, dia mengambil keputusan untuk melanjutkan perkhidmatan negaranya supaya dia dapat menurunkan kemahiran dan pelajaran yang diperoleh sebagai pengawal kepada generasi anggota tentera yang akan datang.

Dia memulakan perjalanan baharunya sebagai panglima seksyen di Pusat Latihan Tentera Asas (BMTC) pada Mei.

Sebagai panglima detasmen dalam 3 Gds semasa menjalani Perkhidmatan Negara sepenuh masanya, 2SG Zulqarnain mengambil bahagian dalam latihan seperti Exercise Trident 2022 di Australia.

Sarjan, bagaimana nak pakai but tempur?

Peralihan daripada memimpin anggota tentera lelaki kepada melatih rekrut merupakan kejutan budaya bagi 2SG Zulqarnain, yang menerima kelompok rekrut pertamanya di Sekolah 4 BMTC pada bulan Mei.

"Dalam unit, anak buah saya sudahpun memahami semua asas ketenteraan mereka, jadi ia adalah semata-mata tentang latihan dan meningkatkan kemahiran kami bersama-sama dalam pengendalian mortar.

"Di Latihan Tentera Asas (BMT), golongan lelaki ini beralih daripada kehidupan orang awam kepada anggota tentera dan tidak tahu-menahu tentang apa-apa juga. Saya sendiri terkejut kerana saya terpaksa mengajar mereka segala-galanya dan membiasakan mereka dengan kehidupan tentera."

Salah satu misi 2SG Zulqarnain yang dikenang selama-lamanya ialah penyertaan dalam Exercise Trident pada 2022. Digambarkan di sini adalah angota tentera dari 3 Gds menaiki Tangki Kapal Pendaratan RSS Endurance melalui sisipan heli semasa latihan. [Foto fail]

Dia masih ingat betapa terkejutnya bila para rekrut bertanya kepadanya bagaimana memakai but tempur mereka: "Bagi saya, semua orang pasti tahu bagaimana nak pakai but, bukan? (ketawa) Tetapi saya terlupa sebenarnya ada cara tertentu untuk memakainya, dan mereka tidak akan tahu kerana mereka masih rekrut baharu!

"Peristiwa ini membawa saya kembali kepada hari pertama saya di BMT, pada masa itu, saya langsung tidak tahu melakukan apa-apa. Saya terpaksa menyesuaikan set minda saya dan mengajar mereka segala-galanya dari awal, sebagaimana saya diajar oleh sarjan-sarjan saya yang cukup sabar."

Semasa mengajar rekrut tentang asas ketenteraan, 2SG Zulqarnain terkenang kesabaran sarjannya sendiri terhadap dirinya ketika dia seorang rekrut baharu.

Lakukan sekali, lakukan dengan sebaik-baiknya

Falsafah 2SG Zulqarnain sebagai pengajar adalah untuk sentiasa memberikan yang terbaik apabila diberikan tugasan, supaya anda boleh menyelesaikannya dengan baik pada percubaan pertama dan bukannya kembali untuk membaiki kesilapan anda.

Ia mencerminkan standard dan jangkaan tinggi yang dipegangnya semasa bertugas dalam Pengawal, iaitu nilai yang dipegangnya sehingga hari ini.

"Selagi anda berpakaian hijau dan memakai pangkat dan tab anda, anda harus mendukung standard dan imej anda," ujarnya sambil menunjuk tampalan Pengawalnya dengan bangga.

"Di kalangan panglima seksyen juga, kami akan saling membantu meneliti dan membetulkan diri kami supaya kami tidak keluar dan mengajar rekrut perkara-perkara yang salah."

2SG Zulqarnain (barisan hadapan, kiri sekali) berasa bangga menjadi pengawal dan menurunkan standard dan harapan tinggi yang sama kepada para rekrutnya.

Rekrut (REC) Zachary Siek dari Platun 4 Kompeni Kedua, Seksyen 4 telah menjalani latihan oleh 2SG Zulqarnain sejak hari pendaftarannya, dan memang memahami standard yang perlu dikekalkan dan harapannya terhadap mereka.

"Jika anda melakukan (apa yang harus dilakukan) dengan baik, kesemuanya akan berjalan lancar. Tetapi jika anda tidak menurut arahannya dan membuat kecoh, setentunya anda akan menerima tegurannya," kata anggota tentera berusia 21 tahun dari Platun 4 Kompeni Kedua, Seksyen 4.

"Memang ada juga masanya kami membuat kesilapan, tetapi selagi kami berusaha dengan bersungguh-sungguh, Sarjan Zul seorang yang mudah mesra bergaul dan seronok didekati."

Menyesuaikan diri dengan kehidupan tentera bukanlah sesuatu yang mudah, dan 2SG Zulqarnain (kanan) memastikan dia meluangkan masa untuk bersembang dengan anak-anak buahnya dan menyelesaikan sebarang masalah yang mereka hadapi.

Abang kepada rekrut

Selain mengajar pendaftar baharu cara memegang senapang atau melipat pakaian seragam Smart 4 mereka, adakalanya 2SG Zulqarnain memainkan peranan sebagai kaunselor dan confidante.

Dia mengimbau kembali: "Semasa mereka baru-baru mendaftar, ada segelintir daripada mereka yang menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan tentera. Salah seorang daripada mereka menghantar mesej kepada saya selepas perbarisan terakhir, meminta untuk bercakap dengan saya. Apabila kami bertemu, dia menangis dan meluahkan kesukaran yang dihadapinya. Saya cuba sedaya-upaya untuk menasihatinya dan memberi bimbingan."

Atas sebab ini, dia masih mengekalkan dasar pintu terbuka: "Saya selalu beritahu seksyen saya, 'jika anda ada sebarang kesulitan atau maklum balas, datanglah bercakap dengan saya.'"

REC Siek bersetuju: "Senang bercakap dengannya – kami mendapatinya mudah didekati, lebih-lebih lagi bila kami ada masalah. Dia adalah abang yang saya tak pernah ada!"

2SG Zulqarnain (mengibarkan bendera hijau) untuk rekrut bermula dalam Kursus Inokulasi Pertempuran (juga digambarkan di bawah). Apabila kumpulan semasa ini menghampiri tempoh tamat pengajian, dia berasa gembira melihat perkembangan mereka sebagai anggota tentera.
1-UP-B-caption

Mengubah jejaka muda menjadi askar

Walaupun 2SG Zulqarnain tidak terfikir dirinya akan menjadi pengajar BMT, dia kini berasa gembira meraikan pencapaian seksyennya –apabila mereka lulus Ujian Kecekapan Fizikal Individu atau melengkapkan perbarisan laluan mereka sebagai satu kumpulan, atau apabila salah seorang daripada mereka digelarkan Penembak Terbaik Syarikat dalam latihan kemahiran menembak.

Semasa dia bersiap sedia mengiring mereka untuk perbarisan tamat pengajian pada 2 Sep, dia berasa sentimental menyaksikan perkembangan yang dicapai sejak empat bulan lalu.

"Sejujurnya, saya memang berasa sangat bangga dengan mereka. Sejak hari pertama, saya sudah melihat pembaikan mereka, walaupun dalam hal-hal yang remeh-temeh. Saya dapat melihat minat mereka, usaha dalam melakukan tugasan mereka, darah, titik peluh dan air mata mereka.

"Saya yakin mereka sendiri tidak menjangka akan mengharungi kesemua ini – daripada tidak tahu langsung tentang kehidupan tentera sehingga boleh mengendalikan senapang dan bertahan di medan lapangan selama lima hari, sambil membawa pek medan 12kg dan segala-galanya. Saya berasa sungguh bangga!"

Suggested Reading
BAKAT MUDA KOMITED UNTUK PERTAHANAN SINGAPURA
PEOPLE
13 Aug 2025

Sebanyak 82 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah disampaikan kepada calon pelajar muda yang bercita-cita tinggi tahun ini.

SG60 Sambutan di Kawasan Perumahan Awam
COMMUNITY
10 Aug 2025

Sambutan Hari Kebangsaan mungkin sudah berakhir, namun kemeriahannya diteruskan hingga sepanjang hujung minggu dengan pelbagai acara di seluruh pulau!

Cover story
SELAMAT ULANG TAHUN KE-60, SINGAPURA!
COMMUNITY
09 Aug 2025

Feature
JUARA UNTUK INOVASI
TECHNOLOGY
30 Jul 2025

Sebelas Anugerah Menteri Pertahanan (MDA) diberikan pada tahun ini, untuk inovasi oleh kakitangan MINDEF dan SAF yang membawa kepada kecekapan yang lebih baik dan keadaan kerja yang lebih selamat.

Feature
LOMPATAN GERGASI KE DALAM BUT BARU
PEOPLE
29 Jul 2025

Perubahan kerjaya tidak pernah mudah, tetapi melompat keluar dari zon selesa mereka ke SAF adalah apa yang diinginkan oleh wanita-wanita pertengahan kerjaya ME4 Jessica Ho dan ME4 V. Yoginita.

Feature
DI BELAKANG PERBARISAN
COMMUNITY
28 Jul 2025

Berbulan-bulan bekerja keras dan hujung minggu yang dihabiskan, semuanya untuk pesta ulang tahun terbesar Singapura. Inilah pas belakang pentas anda untuk Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini!

SUKARELAWAN MINDEF DIHORMATI ATAS SUMBANGAN KEPADA PERTAHANAN S'PURA
COMMUNITY
24 Jul 2025

Sukarelawan-sukarelawan ini memainkan peranan penting dalam mempromosi kesedaran tentang hal-hal pertahanan kepada orang ramai dan memberi inspirasi atas sokongan kepada Perkhidmatan Negara.

DARIPADA JURUAUDIT KEPADA PEGAWAI PERANG UDARA
PEOPLE
23 Jul 2025

LTA Liz Voon menukar audit kewangan untuk misi pertahanan udara. Temui wanita pertengahan kerjaya ini yang meninggalkan salah satu firma perakaunan "4 Besar" untuk meneruskan tujuannya dalam RSAF, dalam siri "Dari Meja ke Lapangan" PIONEER!

PAPARAN KAPAL HEBAT NDP 2025 DI TELUK MARINA
COMMUNITY
19 Jul 2025

Paparan maritim adalah sebahagian daripada kontinjen kenderaan NDP khas tahun ini, menyertai terbang lalu udara di atas Padang dan pandu lalu di sepanjang St Andrew’s Road.

APABILA INOVASI KEJURUTERAAN MENEMUI PERTAHANAN NEGARA
PEOPLE
16 Jul 2025

ME5 Joshua Tay membawa 18 tahun kepakaran dalam pelbagai bidang ke Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS). Temui ahli pertengahan kerjaya ini dalam siri terbaharu PIONEER "Dari Meja ke Lapangan"!