PEOPLE
CPT AZLAN TERBANG TINGGI SEBAGAI JURUTERBANG SUPER PUMA
26 Jun 2020
Ramai orang akan berkata mereka mendapat inspirasi untuk menjadi juruterbang selepas menyaksikan filem, Top Gun. Tetapi tidak ramai yang akan berkata mereka dapat menjadi juruterbang tentera serta berjaya membina kerjaya dalam penerbangan.
Ramai orang akan berkata mereka mendapat inspirasi untuk menjadi juruterbang selepas menyaksikan filem, Top Gun. Tetapi tidak ramai yang akan berkata mereka dapat menjadi juruterbang tentera serta berjaya membina kerjaya dalam penerbangan.
Kapten (CPT) Muhammad Azlan Bin Abdul Latiff adalah salah seorang daripada mereka yang berjaya. Selepas melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang penerbangan daripada RMIT University di Australia, dia menyertai Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) dan menjadi juruterbang helikopter, menerbangkan Super Puma.
Kerjaya mulia
"Seperti kanak-kanak lain yang juga menonton filem Top Gun, saya beranggapan kerjaya juruterbang sebagai bukan sahaja kerjaya yang mulia, tetapi juga mengujakan dan bermakna. Memang impian saya untuk terbang. Saya menyukai cabaran, dan saya tidak mahu terikat dengan kerja pejabat. Jadi karier sebagai juruterbang tentera udara telah memberikan saya peluang untuk melakukan sesuatu yang bermakna dan mengujakan," dia berkata.
Sejak menerima sayapnya 10 tahun dahulu, juruterbang berusia 35 tahun itu telah menyertai beberapa operasi Mencari dan Menyelamat. Misi pertama yang paling diingatinya, di mana dia menyelamatkan anak kapal kapal dagang yang jatuh ke dalam laut. Kapal itu sedang berlayar di Laut China Selatan.
Dia menceritakan: "Apabila anda seorang pegawai rendah dan anda terlibat dalam operasi sebenar menyelamatkan nyawa seseorang untuk pertama kali, tekanan yang anda alami betul-betul berbeza. Mangsa bertarung antara hidup dengan mati, tapi kami berjaya menyelamatkan dan menghantar mangsa tersebut ke hospital. Dia kini telah pulih sepenuhnya dan mengutuskan surat ucapan terima kasih kepada kami selepas itu.”
Mengajar dengan tulus dari hati
Kini sebagai jurulatih dan Pegawai Perhubungan Selenggaraan di Skuadron 126, CPT Azlan melatih juruterbang muda dalam fasa penerbangan lanjut untuk mendapatkan sayap mereka. Menjadi mentor merupakan peranan yang dekat dengan hatinya.
"Semua jurulatih yang saya temui di RSAF menjadi inspirasi kepada saya, kerana mereka benar-benar prihatin terhadap pelatih yang lebih lemah dan mahu meningkatkan prestasi mereka. Inilah apa yang saya ingin teladani.
Mengingati semula nasihat jurulatih kanan, CPT Azlan berkata: "Untuk menjadi jurulatih yang baik, ia bukan kerana anda bagus dalam mengajar atau bercakap, tetapi ia kerana kebolehan anda membimbing orang itu dengan setulus hati."
Dia menambah: "Hati kita adalah alat yang paling penting apabila kita melatih atau menjadi mentor. Saya ingin memastikan saya mengajar dengan tulus dari hati."
Karier impian dalam penerbangan
CPT Azlan akan dinaikkan pangkat menjadi Mejar pada 1 Jul. Dia gembira dia menemui karier impiannya di dalam RSAF.
"(Kenaikan pangkat ini) lebih memotivasikan saya untuk menyumbang kembali kepada organisasi dengan lebih tekun dalam kerja saya dan melatih juruterbang serta jurulatih sekali," dia berkata.
Bapa kepada dua anak lelaki, berusia tiga dan empat, berkata dengan bangga bahawa anak-anaknya diinspirasikan untuk mengikuti jejaknya, dan sentiasa teruja teringatkannya apabila melihat pesawat udara terbang lalu.
Dia mahu menggalakkan juruterbang yang bercita-cita tinggi. "Menjadi juruterbang angkatan tentera merupakan kerjaya mulia. Ada masanya ia mencabar, dan anda akan menghadapi rintangan dan rasa putus asa."
"Ketahuilah bahawa jurulatih dan rakan sekerja anda sentiasa akan menyokong dan membimbing anda, dan kami akan membantu anda untuk berjaya. Kami bekerja sebagai satu pasukan dan tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang."
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

