COVID-19 TIDAK MENGHALANG ADIK-BERADIK INI DARIPADA MEMBANTU ORANG LAIN

09sep20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/09sep20-photo18911552a-91ce-48a7-8be5-878978c784ac.jpg?sfvrsn=e4a10dd2_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/COVID-19-TIDAK-MENGHALANG-ADIK-BERADIK-INI-DARIPADA-MEMBANTU-ORANG-LAIN
COVID-19 TIDAK MENGHALANG ADIK-BERADIK INI DARIPADA MEMBANTU ORANG LAIN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/COVID-19-TIDAK-MENGHALANG-ADIK-BERADIK-INI-DARIPADA-MEMBANTU-ORANG-LAIN
09 Sep 2020 | PEOPLE

COVID-19 TIDAK MENGHALANG ADIK-BERADIK INI DARIPADA MEMBANTU ORANG LAIN

Bersama-sama berjuang dalam pertempuran menentang COVID-19: ME4 Sivakumar S/O Kanagasundaram telah diinspirasikan oleh abangnya CPT Deeban bagi membantu pekerja asing yang terkesan dengan pandemik ini.

// BERITA OLEH THRINA THAM

// FOTO OLEH CHUA SOON LYE & IHSAN ME4 SIVAKUMAR

English 华文
English 华文
Adik-beradik ME4 Sivakumar (kiri) dan CPT Deeban kedua-dua menjalani pengerahan dua bulan sebagai sebahagian daripada Pasukan Petugas Intra Agensi, membantu pekerja asing yang terjejas oleh COVID-19.

Dari dataran perarakan dan padang kosong kepada kemudahan yang boleh memuatkan secara selesa lebih kurang 500 pekerja asing yang hampir pulih daripada COVID-19: Unit Kapten (CPT) Deeban – Institut Latihan Infantri Bermotor – mempunyai tiga minggu untuk membuka Kemudahan Pemulihan Masyarakat (CRF) di Kem Guillemard.

Khemah perlu dipasang, bersama-sama dengan katil, tempat minum, tempat mandi dan titik elektrik. Apabila papan tanda mengenai langkah-langkah keselamatan dipasang, CPT Deeban meminta adiknya mendapatkan bantuan kawan-kawannya bagi menyemak terjemahan dalam bahasa Myanmar dan Hindi.

Dalam beberapa minggu pada awal April, pelatih Pegawai Bantuan Kebakaran ini akan meninggalkan rumah pada 6.30am dan kembali hampir pukul 2am.

Setiap malam, ibunya akan sentiasa menunggunya pulang. Walaupun dia risaukan anaknya, dia memahami kenapa anaknya ingin memainkan peranannya dalam operasi COVID-19.

"Walaupun saya sampai ke rumah lewat malam, ibu saya akan menunggu saya untuk makan. Perkara kecil seperti sokongan daripada keluarga mendorong kami untuk lebih berusaha," kata anggota berusia 33 tahun itu.

CPT Deeban (hadapan) sedang menyarung peralatan perlindungan diri sebelum bertugas di CRF Kem Guillemard.

Sebaik sahaja pekerja asing mula memasuki CRF, pasukan ini mendapati mereka tidak membawa baju yang mencukupi untuk selama mereka berada di sana. Jadi pelatih mula mengumpul baju, dengan keluarga CPT Deeban juga turut menyumbang.

"Kami tidak boleh keluar untuk berjumpa dengan orang lain (semasa tempoh pemutus litar) pada waktu itu, jadi semuanya datang dari keluarga pasukan," dia mengingati kembali.

Selepas membuka CRF, pasukannya menguruskan kebajikan pekerja, seperti memantau pengedaran makanan dan pengumpulan sisa.

CPT Deeban (barisan hadapan, kedua dari kiri) dengan unitnya di Kem Guillemard. CRF juga dibuka di lima kem lain bagi menyediakan tempat duduk sementara untuk pekerja asing yang hampir pulih daripada COVID-19. Pengendalian CRF ini kemudiannya diberikan kepada pengurus kemudahan untuk menyediakan penjagaan khas kepada pesakit-pesakit ini.

Pengalaman selama dua bulan pengerahannya memberi semangat kepada adiknya untuk menyertainya di barisan hadapan.

Pakar Tentera (ME) 4 Sivakumar, 28, berkata: "Saya melihat dia pulang lewat malam dari tugasnya, dan menyaksikan keletihannya. Namun dia sungguh bertekad (untuk meneruskannya) dan ini membuatkan saya ingin menjadi sebahagian daripada usaha tersebut dan membantu dengan apa cara yang termampu."

Pada 4 Mei, dia menyertai Pasukan Sokongan Jaminan Ke Hadapan (FAST) di asrama Kranji Lodge 1 bagi menyokong pengurusan asrama dalam menangani penularan COVID-19.

ME4 Sivakumar berkomunikasi dengan kakitangan asrama bagi menyelaraskan pergerakan pekerja asing di dalam Kranji Lodge 1.

Memandangkan jumlah kes tinggi, ME4 Sivakumar memilih untuk menetap di penginapan di luar rumah. Dia tidak mahu mengambil risiko menyebarkan virus kepada bapanya yang berusia 67 tahun.

Ini merupakan masa yang mencabar bagi keluarga yang sangat rapat ini. CPT Deeban menerangkan: "Saya masih pulang setiap malam, tetapi adik saya duduk di luar selama dua bulan. Hati kami ditenangkan oleh panggilan videonya, terutamanya Ibu saya yang akan menunggu panggilannya."

ME4 Sivakumar menambah bahawa panggilan telefon kepada keluarga dan kawan-kawan membantu menaikkan semangatnya dan mengelakkan dia daripada menjadi terlalu tertekan dengan kerjanya.

Pengerahan FAST bekerja rapat dengan pasukan perubatan bagi memantau kesihatan pesakit dan menguruskan pergerakan mereka, serta memperkenalkan langkah-langkah penjarakan selamat bagi membendung penularan virus.

Mereka juga menjaga kebajikan pekerja asing serta membantu mereka dalam isu seperti pengiriman wang dan perbankan.

"Situasi COVID-19 sesuatu yang baharu dan ops ini belum pernah dijalankan sebelum ini. Kami hanya memfokus kepada tugas dan sentiasa berkomunikasi (dengan pekerja)," kata ME4 Sivakumar.

Bagi Jurutera Tentera Udara dari Skuadron 507, ia membantu kerana abangnya berjuang di sisinya di barisan hadapan dalam perjuangan Singapura menentang virus ini.

"Sebenarnya, ia terasa seperti ketika saya mula menyertai SAF (Pasukan Bersenjata Singapura) –saya gementar dan bertanya kepadanya bagaimana keadaannya nanti.

"Memahami keadaan yang abang saya telah lalui sangat membantu."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?