CITA-CITA DALAM SUKAN BOLING

People-Bowl-ambition_1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/people-bowl-ambition_1.jpg?sfvrsn=7ce905e7_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/CITA-CITA-DALAM-SUKAN-BOLING
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/CITA-CITA-DALAM-SUKAN-BOLING
CITA-CITA DALAM SUKAN BOLING
03 Dec 2018 | PEOPLE

CITA-CITA DALAM SUKAN BOLING

// KISAH TEO JING TING

// FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN CFC (NS) CHONG

Pemain boling negara Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Alex Chong

Pemain boling negara Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Alex Chong tidak mudah berputus asa.

Keazaman kuat jelas kelihatan di matanya semasa melangkah ke arah lorong boling.

Bola boling meluncur dari tangan kirinya dengan satu hayunan pantas. Satu tumpasan!

Mungkin aksi ini dilakukan untuk penggambaran tetapi bagi CFC (NS) Chong, setiap permainan boling adalah penting.

Semangat dan ketabahan inilah yang dibawa semasa menjalani latihan bertahun-tahun, walaupun dalam keadaan yang mencabar.

Mengorak Langkahnya

Kegemaran terhadap permainan boling ini bermula sejak usia sembilan tahun dan keluarganya bermain boling setiap hari Ahad.

Dia mengecapi kemenangan setelah menjadikan sukan ini Kegiatan Kokurikulumnya, memenangi pingat Perak dalam kejohanan boling antara sekolah semasa dalam Darjah Lima.

Pada usia 13 tahun, dia mendaftar di Sekolah Sukan Singapura. Walaupun itu membuktikan bakatnya, kebahagiaannya hanya bertahan seketika. Rakan sebayanya jauh lebih bagus daripada dia dan dia sering dimasukkan dalam pasukan kedua semasa pertandingan.

Tetapi dia tidak berputus asa. Malahan, dia meminta nasihat daripada pengurus pusat boling sekolah dan melatih lebih masa sebelum sesi latihannya bermula.

Dipilih menganggotai pasukan

Usahanya membuahkan hasil. Pada usia 15 tahun, dia menduduki tempat kedua di bahagian bergred dalam pertandingan antarabangsa pertamanya di Hong Kong dan seterusnya menganggotai pasukan remaja kebangsaan.

Alumni Politeknik Republik kemudian mewakili Singapura dalam beberapa pertandingan lain, termasuk Kejohanan Boling Tenpin Remaja Asia 2013 dan Kejohanan Boling Remaja Dunia pada 2014 dan 2016. Itulah kejohanan terakhirnya sebelum dia mendaftar untuk menjalani perkhidmatan negara. Ia juga menandakan kali pertama dia menduduki tempat 20 teratas dalam pertandingan.

Para pemenang pingat gangsa yang bangga di Sukan Asia tahun ini: (dari kiri) Darren Ong, CFC (NS) Chong dan Muhammad Jaris Goh.

Tampil ke Hadapan

Sebagai askar infantri berperisai, CFC (NS) Chong sama-sama bertekad untuk memanfaatkan pengalaman Perkhidmatan Negaranya (NS).

Dia menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi pengawal kedua platun (2IC) di platun Markas (HQ) daripada Batalion ke-40, Rejimen Berperisai Singapura (40 SAR). Dia juga berusaha untuk menggalak dan menginspirasikan rakan-rakan Perkhidmatan Negaranya.

"Pegawai Pemerintah saya (OC) telah meneliti usaha saya untuk menyatukan platun saya, sebab itulah saya dinaikkan pangkat ke CFC," katanya sambil tersenyum.

Sikap CFC (NS) Chong juga mendapat kepercayaan daripada para komandan dan mereka memberinya masa berlatih untuk Pertandingan Sukan Asia 2018 dalam bulan Ogos.

Setiap harinya dihabiskan bagi membuat persiapan, melatih untuk Latihan Wallaby, latihan tahunan di Queensland, Australia. Pemain boling negara kemudian akan mengambil masa pada waktu petang daripada Kem Keat Hong untuk menempah dan berlatih selama dua jam di Kelab Temasek sebelum membuat tempahan lagi. Rutin ini berlangsung selama enam minggu.

"Ia memerlukan disiplin yang kuat. Selepas latihan, saya akan dabao (makanan bawa pulang dalam Bahasa Mandarin) makanan malam balik ke kem daripada makan bersama rakan-rakan saya. Untuk memastikan saya tidak melanggar amanah OC saya, saya akan keluar dan masuk pada waktu yang ditetapkan," jelas CFC (NS) Chong.

Apabila dia berasa letih, dia akan teringat betapa bertuah dirinya dapat menjalani perkhidmatan negara, pergi ke Latihan Wallaby dan berlatih untuk pertandingan bolingnya, kesemuanya pada masa yang sama. "Itu motivasi saya, dan saya mahu membuahkan hasil di Sukan Asia."

Dan itulah pencapaiannya pada 23 Ogos. Bersama-sama rakan sepasukan Muhammad Jaris Goh dan Darren Ong, pemain berusia 22 tahun itu meraih pingat gangsa dalam acara trio lelaki di Palembang, Indonesia.

Selepas pertandingan, dia kembali kepada tugasan perkhidmatan negaranya, berlatih dalam Latihan Wallaby selama 25 hari sebagai anggota pasukan Anti Portable Tank Man.

"Latihan bertubi-tubi dari senja hingga subuh dalam misi belakang-ke-belakang membuat kami saling menghargai kehadiran masing-masing. Kami sentiasa memberi semangat kepada satu sama lain semasa berada di luar lapangan."

CFC (NS) Chong menyertai Latihan Wallaby bersama rakan-rakannya yang menjalani Perkhidmatan Negara

Menjalani Kehidupan yang Penuh Tekad

Kini, pemain boling telah mensasarkan untuk bertanding dalam Sukan SEA 2019. Pada masa yang sama, dia ingin melanjutkan pelajaran untuk ijazah dalam bidang sukan kejurulatihan dan menjadi jurulatih boling pada masa hadapan.

"Saya bermain boling selama 11 tahun, dan itupun sudah separuh hayat saya setakat ini. Kini sudah tiba masanya untuk berkongsi pengalaman saya dengan generasi muda."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?