BUKAN LALUAN YANG TIPIKAL UNTUK MENJADI PEGAWAI

10may21_news1-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/10may21_news1-photo1.jpg?sfvrsn=1e0d3918_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BUKAN-LALUAN-YANG-TIPIKAL-UNTUK-MENJADI-PEGAWAI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BUKAN-LALUAN-YANG-TIPIKAL-UNTUK-MENJADI-PEGAWAI
BUKAN LALUAN YANG TIPIKAL UNTUK MENJADI PEGAWAI
10 Jun 2021 | PEOPLE

BUKAN LALUAN YANG TIPIKAL UNTUK MENJADI PEGAWAI

// KISAH TEO JING TING

// FOTO ONG JI XUAN DAN IHSAN 2LT CHEW

Sesudah selesai menjalani Perkhidmatan Negaranya sebagai pakar infantri, sehingga disambung perkhidmatan dan mendaftar sebagai pegawai jurutera tempur, perjalanan Leftenan ke-2 (2LT) Marimuthu "Selva" Selvaganapathy untuk menjadi seorang pegawai bukanlah suatu laluan yang tipikal.

2LT Selva (kiri) menerima Pedang Kehormatan daripada Ketua Pegawai Jurutera Kolonel Tong Yi Chuen.

Selva 2LT mempunyai impian untuk menjadi askar sejak dari kecil lagi. Dia begitu minat dengan tentera darat dan ingin menyertai pangkat Regular yang sedang berkhidmat untuk negara.

Cita-citanya tercapai apabila dia menjadi komander seksyen di Batalion ke-4, Rejimen Infantri Singapura pada Disember 2018 ketika bertugas dengan Perkhidmatan Negara. Sebagai pakar baharu, dia harus berurusan dengan askar-askar daripada latar belakang yang berlainan.

Selain berusaha untuk mendapatkan rasa hormat dan kepercayaan mereka, 3SG Selva juga bekerja untuk belajar dan mengikuti protokol dan prosedur unit. Keluk pembelajarannya begitu curam. Sebagai komander tahun pertama, askar-askar selalu membandingkan dirinya dengan pegawai sebelumnya.

Untuk mengejar masa, dia tekun belajar prosedur sehingga larut malam apabila askar-askarnya sedang tidur. Usahanya membuahkan hasil–dia berjaya memimpin askar-askarnya melalui penilaian Pusat Penilaian Latihan Tentera Darat mereka dan mencapai keputusan yang baik.

Kemudian-3SG Selva (barisan kedua, keempat dari kanan) ditauliahkan sebagai pakar infantri sesudah tamat kursusnya di Sekolah Kadet Pakar pada Disember 2018.

Mengambil keputusan untuk mendaftar

Walaupun latihan yang dijalani adalah lasak dan menjerihkan tetapi bagi Selva 3SG, ia amat menyeronokkan. "Apa yang benar-benar mendorong saya untuk mendaftar pada masa itu adalah perasaan cukup selesa dengan diri saya. Saya benar-benar seronok bersama askar-askar saya di medan luar dan hubungan akrab saya dengan mereka dan komander platun saya.”

Di samping itu, dia mempunyai modal peranan dalam Pegawai Pemerintahnya masa itu, Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Muhammad Helmi Bin Khaswan. SLTC Helmi menjaga askar-askarnya dengan baik sekali dan menggalakkan para komander untuk memikirkan tentang masa depan askar mereka sesudah tamat Perkhidmatan Negara (NS) mereka.

"SLTC Helmi sering menggalakkan kami untuk berbual mesra dengan askar-askar kami tentang rancangan Pendidikan mereka, masa depan mereka dan membimbing mereka ke arah yang betul. Saya rasa sekiranya saya menjadi pegawai kelak, saya mahu mengikut jejak langkahnya."

Atas galakan SLTC Helmi, Selva-3SG pada masa itu, mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai pegawai jurutera tempur sebaik sahaja tamat kursus NSnya pada Februari 2020. SLTC Helmi juga membantunya untuk bersiap sedia menghadapi sesi temu duga pegawai. Sementara menunggu permohonannya diluluskan, Selva-3SG melanjutkan khidmat NSnya dan bekerja sebagai pegawai projek di cawangan tenaga kerja di Markas Jurutera Tempur Singapura.

2LT Selva (tiga dari kiri) melengkapkan kursus NS pada Februari 2020, lantas terus melanjutkan perkhidmatannya.

Menjadi pegawai

Pada Disember 2020, 2LT Selva memasuki Sekolah Kadet Pegawai (OCS) di mana dia belajar menangani ancaman Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan (CBRE).

Walaupun Sekolah Kadet Pakar bukan mudah, namun pengalamannya di OCS adalah lebih sukar. Dia perlu meluangkan masa pada hujung minggu untuk belajar – untuk menjadi jurutera CBRE, dia perlu melengkapkan dirinya dengan teknik dan pengetahuan perdagangan yang sangat luas.

"Ancaman CBRE boleh berlaku pada bila-bila masa saja, justeru kami perlu benar-benar yakin dengan apa yang kami lakukan. Kami perlu ada pengetahuan yang amat luas dan tahu bagaimana dan di mana untuk menggunakannya.

"Kami juga perlu menyelesaikan masalah dalam keadaan yang tertekan. Ini melibatkan masa nyata dan nyawa yang dipertaruhkan," kata penerima Pedang Kehormatan (SOH) yang berusia 24 tahun.

2LT Selva (tengah) menjalani latihan CBRE di OCS.

Pada 9 Jun, 2LT Selva adalah di antara 353 pegawai kadet yang ditauliah sebagai pegawai SAF. Daripada para graduan, 286 adalah daripada Tentera Darat Singapura, 33 daripada Tentera Laut Republik Singapura dan 34 daripada Tentera Udara Republik Singapura.

Disebabkan penularan wabak COVID-19, para kadet menerima pedang upacara dan surat pelantikan mereka di majlis pentauliahan berskala kecil yang diadakan di peringkat formasi dari 9 hingga 11 Jun.

Apabila disoal tentang penerimaan SOH, 2LT Selva berkata semua usahanya setakat ini sudah membuahkan hasil daripada suatu perjalanan yang jauh baginya.

Ibu bapa 2LT Selva menyematkan pangkat epaulet 2LT pada pakaian seragamnya.

"Daripada komander seksyen dan berkhidmat selama dua tahun di NS sebelum mendaftar sebagai pegawai, saya benar-benar ingin melakukan yang terbaik dan mendapat hasil yang sebaik mungkin. Ini bukan suatu perjalanan yang mudah bagi saya dengan banyak pengorbanan tetapi kesemuanya amat berbaloi."

Selepas tamat pengajian, 2LT Selva akan dihantar ke Batalion ke-39, Jurutera Tempur Singapura sebagai komander platun. Dia tidak sabar untuk bertemu askar-askarnya dan untuk menubuh pasukan komando yang baik.

"Saya teruja melihat apakah budaya yang wujud dalam unit saya dan falsafah arahan saya adalah agar pasukan komando saya menjadi pendengar yang aktif dan responsif bagi memastikan komunikasi dua hala yang berkesan.

"Saya memang tidak sabar untuk bersua muka dengan platun dan komander seksyen saya."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!