BUKAN ANAK SINGAPURA ANDA YANG SEBARANGAN

08nov21_photo1_thumbnail2 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/08nov21_photo1_thumbnail2.jpg?sfvrsn=97b83fc8_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BUKAN-ANAK-SINGAPURA-ANDA-YANG-SEBARANGAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BUKAN-ANAK-SINGAPURA-ANDA-YANG-SEBARANGAN
BUKAN ANAK SINGAPURA ANDA YANG SEBARANGAN
05 Nov 2021 | PEOPLE

BUKAN ANAK SINGAPURA ANDA YANG SEBARANGAN

// KISAH BENITA TEO

// FOTO ONG JI XUAN & IHSAN KPL TAN DAN ALTI

Jangkitan semasa kecil telah menyebabkan kehilangan lengan kanannya. Tetapi KPL Tan Kok Yew tidak akur kepada keadaannya dan sebaliknya memilih untuk mendaftar, dan telah muncul sebagai askar yang cemerlang dan dihormati dalam unitnya.

KPL Tan memilih untuk menyertai NS kerana dia ingin menikmati perjalanan dua tahun yang sama yang dijalani rakan sebayanya.

Dia seorang ahli sukan yang gemar bermain bola keranjang dan berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara (NS) dengan Angkatan Tentera Singapura. Tetapi kelainan Koperal (KPL) Tan Kok Yew daripada Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa yang lain ialah dia seorang amputee yang kehilangan lengan kanannya akibat jangkitan ketika berusia tiga tahun.

Bukan jenis yang tunduk terhadap kesukaran, KPL Tan memilih untuk menyertai NS dan telah membukti dirinya sebagai askar cemerlang dengan menerima dua syiling komander dan anugerah Askar Terunggul!

KPL Tan (kiri) menerima Syiling Komander ALTI daripada Komander ALTI SLTC Quek pada Jun 2021.

Tiada apa yang boleh menghalangnya

KPL Tan tidak begitu ingat tentang keadaan kesihatannya semasa itu, melainkan dia ada luka yang tidak boleh sembuh. Setahunya, ibu bapanya terpaksa mengambil keputusan yang berat untuk memotong lengannya untuk menyelamatkan nyawanya.

Meskipun begitu, dia tidak pernah menganggap dirinya berbeza, dan sentiasa menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia bermain badminton di sekolah rendah dengan mengajar dirinya berkhidmat dengan hanya sebelah tangan. Di sekolah menengah, dia menyertai taekwondo sebagai aktiviti kokurikulum, dan mendapati badminton bukan untuknya dan berpindah ke kelab infokom.

(Mengikut arah jam dari kiri bawah) KPL Tan bersama abang, kakak dan ibu bapanya. Dia adalah yang bongsu daripada tiga beradik dalam keluarga dan ibu bapanya menjaganya dengan rapi memandangkan kecacatannya.

Dia juga berminat bermain bola keranjang dan mula bermain di sekolah menengah, yang mengejutkan rakan sekolahnya: "Orang ramai pasti terkejut melihat saya buat pertama kalinya di gelanggang. Ia sukar bagi saya kerana anda memerlukan dua tangan untuk bermain, tetapi saya hanya menunjukkan kepada mereka apa yang mampu lakukan."

"Walaupun saya hanya ada satu tangan, saya masih boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain."

Keluarga KPL Tan memberi sorakan bersemangat kepadanya semasa perbarisan tamat pengajian Latihan Asas Tentera pada 16 Jan 2020. Mereka memang menyokong keputusannya untuk berkhidmat dengan NS, lebih-lebih lagi kakaknya, Cik Zann Tan (kanan).

Seperti Anak Singapura yang biasa

KPL Tan diberi pilihan untuk dikecualikan daripada Perkhidmatan Negara. Tetapi keluarganya menggalakkan dia untuk berkhidmat. Walaupun ibu bapanya bersifat melindungi terhadapnya, terutamanya kerana dia anak bongsu daripada tiga beradik, mereka masih mahu dia menikmati pengalaman yang sama seperti rakan sebayanya.

Bapanya, bekas anggota perkhidmatan negara, berharap anaknya dapat berkongsi pengalamannya. Dorongan terbesar datangnya daripada kakaknya, Cik Zann Tan, yang sangat rapat dengan KPL Tan.

"Dia menasihati saya untuk saya menyertai NS kerana apabila saya keluar bekerja nanti, saya akan ada persamaan dengan rakan sekerja yang juga anggota perkhidmatan negara. Jika tidak, saya akan ketinggalan apabila mereka mengisahkan pengalaman NS mereka," katanya.

Tidak sabar untuk meniti jejak langkah bapanya dan membuktikan bahawa dia hanya seorang lelaki Singapura yang biasa, KPL Tan mengambil keputusan untuk berdaftar pada November 2019. Dia ditugaskan Status Pekerjaan Fizikal (PES) E9 dan dihantar ke Sekolah V Pusat Latihan Asas Tentera.

KPL Tan bekerja di ALTI, di mana dia membantu dalam hal pentadbiran berkaitan dengan keselamatan bangunan dan infrastruktur.

Semangat kekitaan

Menyaksikan KPL Tan bertugas di Institut Latihan Logistik Tentera Darat (ALTI), di mana dia bertugas sebagi Pembantu Sokongan Pentadbiran (ASA), jelas sekali dia rapat dengan pihak atasan dan rakan sebayanya.

Rakan-rakannya yang dapat merasakan kegelisahannya semasa bergambar, menyindir dan mengusiknya secara baik, menimbulkan ketawa dan jeritan "Aiyah, saya rasa sangat paiseh (malu) lah!" kata anggota berusia 21 tahun.

Tetapi ini bukan suatu kebiasaan baginya. Semasa di bangku sekolah, dia selalu menghadapi kesukaran dan menjadi sasaran pembuli.

"Di sekolah rendah, pelajar pernah mengatakan kepadanya, 'Anda tidak boleh melakukan sesuatu dengan kedua-dua belah tangan (seperti orang lain), kenapa mahu cuba melakukannya?' Keadaan bertambah teruk di sekolah menengah, di mana mereka menyingkirkan saya sama sekali, walaupun saya cuba bergaul dengan mereka," katanya.

Tidak mahu membimbangkan ibu bapanya, dia menyimpan kesengsaraannya sendiri dan terus pergi ke sekolah, menanggung perasaan dibuli.

Berkawan bukan sesuatu yang mudah bagi KPL Tan (kanan), selepas dia dibuli di sekolah kerana sifat kurang upayanya. Tetapi di NS, dia dapat menikmati semangat kekitaan di kalangan orang seperti rakan sekerja ALTInya REC Lim (tengah) dan 3SG Koh (kiri).

Hanya di ITE College Central, dia memperoleh NITEC dalam Pengurusan Perniagaan, dan kemudian semasa menjalani Latihan Asas Tentera (BMT), dia akhirnya menemui rakan yang dipercayainya.

"Saya rapat dengan rakan sebilik saya di BMT. Apabila mereka mendengar tentang buli itu (saya alami), mereka naik marah bagi pihak saya. Mereka juga menghormati saya kerana saya memilih untuk berkhidmat sedangkan saya boleh dikecualikan," jelasnya.

Berkhidmat dengan bangga

Menyertai ALTI dengan surat perakuan yang cemerlang daripada Pegawai Pemerintahnya di BMT, dia bekerja keras untuk memenuhi harapan bosnya.

Tugasannya di Cawangan Sokongan Latihan, di mana dia membantu mengaturkan Kelulusan Permintaan untuk keselamatan bangunan dan infrastruktur, berfungsi dengan pantas dan menyaksikannya berurusan dengan berbilang unit dan vendor. Tetapi dia berjaya dengan cemerlang dalam kerjanya dan membentuk ikatan persahabatan yang erat dengan rakan sekerjanya.

KPL Tan (kanan) dikenali dalam kalangan pegawai atasan dan rakan sebayanya sebagai rakan sekerja yang berdedikasi dan prihatin yang mementingkan orang di sekelilingnya.

"Dialah yang pertama menawarkan diri setiap kali ada sesuatu yang perlu dilakukan, walaupun untuk mengangkat barangan, dan dia amat cekap menjalankan tugasannya," kata Sarjan Ketiga (3SG) Felix Koh, 21, yang merupakan Komander Seksyen KPL Tan di Cawangan Sokongan Latihan dan bekerja dengannya dalam hal-hal kewangan.

Rakan ASA Recruit (REC) Felix Lim, 21, bersetuju bahawa KPL Tan sering menjaga rakan-rakannya: "Rasa amat berharu mengetahui walaupun dia sibuk dengan kerjanya, dia masih meluangkan masa untuk melakukan semua ini untuk kami."

Dedikasi KPL Tan tidak disedari: tahun ini, beliau menerima Syiling Komander Perkhidmatan dan Sokongan Perkhidmatan Tempur (CSSCOM) dan Syiling Komander ALTI, yang diberikan kepadanya oleh Komander CSSCOM Brigadier-Jeneral Terry Tan dan Komander ALTI Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Quek Yew Sing masing-masing. Pada Julai, dia juga dianugerahkan Askar Cemerlang Bulanan oleh unitnya.

KPL Tan (kiri) menerima anugerah Askar Cemerlang Bulanan daripada SLTC Quek.

"Ia adalah satu penghormatan bagi saya untuk menerima anugerah ini. Saya berasa gembira komander saya menerima baik sumbangan saya kepada unit, dan saya berbangga dengan apa yang saya capai di NS," katanya.

"Saya memilih untuk berkhidmat di NS kerana ingin menikmati pengalaman yang dijalani oleh ramai orang dalam tempoh dua tahun perjalanan mereka. Menyedari bahawa ia adalah perjalanan hidup seorang anak lelaki Singapura, saya tidak sesekali pun menyesali keputusan saya untuk berkhidmat kepada negara dengan penuh kebanggaan dan kemuliaan."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!