BRO, SAYA SENTIASA MENYOKONGMU

15mar22_photo1cropped https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15mar22_photo1cropped.jpg?sfvrsn=d795e3ab_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BRO-SAYA-SENTIASA-MENYOKONGMU
BRO, SAYA SENTIASA MENYOKONGMU https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BRO-SAYA-SENTIASA-MENYOKONGMU
15 Mar 2022 | PEOPLE

BRO, SAYA SENTIASA MENYOKONGMU

Pasangan kembar ini memang tidak dapat dipisahkan semasa membesar. Sekarang, masing-masing mengukir hala tuju sendiri di bahagian-bahagian Perkhidmatan yang berbeza di NS, sambil saling memberi sokongan.

// KISAH THRINA THAM

// FOTO AMOS CHEW

LCP Hassan (kanan) berdaftar untuk menyertai Tentera Singapura pada November 2020, manakala PTE Hussain (kiri) pula menyertai SCDF Mei lalu.
English 华文
English 华文

Apabila seorang berpakaian warna hijau atau yang lain dalam warna biru, sukar bagi anda untuk membezakan antara Lans Koperal (LCP) Muhammad Hassan dan Prebet (PTE) Muhammad Hussain.

Pasangan ini yang berusia 21 tahun mempunyai iras dan suara yang sama, kadang-kadang ahli keluarga dan rakan-rakan juga terut terkeliru.

Tetapi mereka tidak mengambil peduli tentang hal itu. Pernah sekali, mereka tersilap memakai pakaian seragam masing-masing di sekolah. Tetapi rakan dan guru mereka tidak percaya apabila mereka menerangkan siapa diri mereka yang sebenarnya.

Pasangan kembar itu kemudiannya menghabiskan satu hari lagi bertukar kelas sebagai gurauan.

Semasa membesar, mereka jarang berpisah. Walaupun mereka belajar di sekolah menengah yang berbeza, semasa mereka berada di menengah tiga, sekolah mereka bergabung dan mereka dirapatkan semula.

Oleh itu, walaupun pada mulanya, mereka kecewa kerana dipisahkan untuk Perkhidmatan Negara (NS) – LCP Hassan menyertai Tentera Singapura dan PTE Hussain menyertai Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) – mereka juga sedar, tiba masanya untuk mengukir hala tuju masing-masing.

"Kami fikir mungkin inilah detik dalam hidup kami di mana kami akan menjalani laluan yang berbeza dan belajar menjadi lebih berdikari," kata LCP Hassan, kembar yang lebih tua.

Meskipun begitu, mereka saling memberi sokongan moral sepanjang NS mereka. Jelas kelihatan hubungan mereka semakin erat.

Mereka saling berkongsi kisah-kisah menarik tentang walaupun kini berada dalam Perkhidmatan yang berbeza.

Memang menyejukkan hati melihat pasangan kembar dalam pakaian seragam yang berbeza! Apakah tugasan anda masing-masing dalam NS anda?

Hassan: Sebagai seorang Infantri dengan 5 SIR (Batalion Ke-5, Rejimen Infantri Singapura), ia agak intensif. Kami menjalani latihan hutan dan latihan dengan Terrex (Kenderaan Pengangkut Infantri).

Hussain: Saya bertugas di Cawangan Penglibatan Komuniti SCDF, di mana kami bertugas sebagai jurulatih dan pergi ke sekolah untuk mengajar pelajar dan guru tentang cara mengguna alat pemadam api, cara melakukan Resusitasi Cardio Pulmonari, atau cara mengguna aplikasi SG Secure.

Adakah anda menghabiskan banyak masa bersama di luar NS?

Hassan: Ya. Apabila kami bercuti, kami akan lepak dan berkongsi apa yang kami lakukan di dalam kem – tentang sesi latihan kami, sama ada ia memenatkan.

Kami pernah mempunyai rakan-rakan yang sama dan segala-galanya, tetapi kini kami bertemu dengan orang lain dari latar belakang yang berbeza. Contohnya, saya bercerita dengan Hussain tentang rakan baru di NS ini yang tahu menyanyi lagu Melayu dan kini mengajar saya menyanyi lagu Cina. *Terus mendendangkan lagu Mandarin yang penulis tidak kenali*

Apakah hobi yang anda berdua lakukan bersama?

Hussain: Jika ada masa, kami bermain permainan video. Pada hujung minggu, kami juga suka menunggang dan menjelajah tempat yang berbeza. Hassan masih belum ada lesen motosikalnya, jadi dialah pembonceng saya.

Hassan: *mengangguk malu*

Bagaimanakah latihan NS anda?

Hassan: Saya telah banyak melalui pengalaman yang penuh dengan asam garam bersama-sama rakan-rakan NS saya. Semasa menerima Lencana Kemahiran Tempur kami, kami terpaksa melakukan perarakan laluan sejauh 16km dengan membawa semua simpanan Seksyen kami. Walaupun terlalu penat, kami masih tidak berputus asa dan terus saling mendorong sehingga sampai ke penghujung laluan.

Hussain: Selain latihan fizikal saya, saya juga telah melakukan beberapa latihan menyelamat. Di sinilah kami belajar mengguna gergaji rantai, tali, dan beberapa alatan pemadam api.

Apakah yang kembar anda boleh lakukan lebih baik daripada anda?

Hussain: Dari segi fizikal, dia kini lebih tegap. Saya terkejut kerana sejak menyertai NS, staminanya sangat bagus. Pada waktu malam, dia melakukan tekan tubi dan mengheret saya untuk turut melakukan bersamanya. Jadi, saya rasa, memandangkan dia sangat bagus, saya juga perlu melakukannya.

Hassan: Setentunya, keberaniannya. Dia berani melakukan perkara baharu. Semasa di sekolah, apabila diadakan aktiviti berunsur tinggi, saya tidak akan berani melakukannya sehingga dipaksanya. Dia akan cuba dahulu, sebelum mendorong saya untuk melakukannya.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!