Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/01apr20_image01c00806ef-0f3c-41d6-ad78-836d02308c51.jpg?sfvrsn=939b02e5_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BMTC-MENINGKATKAN-LANGKAH-LANGKAH-MENANGANI-COVID-19
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BMTC-MENINGKATKAN-LANGKAH-LANGKAH-MENANGANI-COVID-19
BMTC MENINGKATKAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI COVID-19
01 Apr 2020 | OPS & TRAINING

BMTC MENINGKATKAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI COVID-19

LANGKAH-LANGKAH PENJARAKAN SELAMAT YANG LEBIH KETAT, LEBIH BANYAK KURSUS DIJALANKAN DALAM TALIAN DAN PROSES PENDAFTARAN SECARA LANGSUNG YANG DIPENDEKKAN - INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKSANAKAN DI PUSAT LATIHAN ASAS TENTERA (BMTC) UNTUK MEMINIMUMKAN PENULARAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19).

"Dengan mengambil kira situasi COVID-19 yang sedang berkembang, (BMTC) telah menyesuaikan pendaftaran secara langsung kami di samping juga latihan kami dengan makluman Tentera dan garis panduan kerajaan," terang Leftenan Kolonel (LTC) Dennis Oh, Pegawai Pemerintah Sekolah 1 BMTC.

"Pendaftaran BMT adalah penting dalam usaha membina unit operasi," beliau berkata, dalam satu temu bual di Pulau Tekong pada 1 April.

"Kebajikan dan kesejahteraan tentera kami menjadi keutamaan kami. Jadi langkah-langkah yang dipertingkatkan ini adalah penting dan perlu bagi kami memastikan kesediaan operasi bagi SAF kami, dan pada masa yang sama, memelihara kesejahteraan anggota-anggota tentera kami."

Berikut adalah beberapa langkah kesihatan berjaga-jaga yang sedang dilaksanakan oleh BMTC.

Untuk mengelakkan orang ramai berasak-asak, BMTC telah menyekat tetamu daripada menemani calon-calon ke Pulau Tekong pada hari pendaftaran. Di sini, calon diambil suhu badannya sebelum melaporkan diri ke Kem Selarang dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga tersayang.

Proses pendaftaran secara langsung yang disesuaikan

Sejak 31 Mac, lawatan tetamu telah dikeluarkan daripada kohort 02/2020 BMT untuk mengurangkan jumlah orang yang memasuki Pulau Tekong dan memendekkan proses pendaftaran secara langsung.

Bas dan feri ke Pulau Tekong akan beroperasi dengan jumlah tempat duduk yang dikurangkan untuk kumpulan rekrut yang lebih kecil.

Usaha pendaftaran secara langsung ini juga telah dijalankan dalam pelbagai kumpulan yang lebih kecil - daripada jumlah tempat duduk yang dikurangkan di atas bas dan feri kepada kumpulan kecil 40 rekrut (kurang daripada jumlah biasa 100 hingga 150) melafazkan Sumpah Taat Setia di dalam auditorium.

Rekrut diletakkan dalam kumpulan yang lebih kecil semasa makan dan semasa diperlengkapkan dengan peralatan.

Para rekrut tiba di Terminal Feri Pulau Tekong sambil mematuhi penjarakan selamat.

Langkah-langkah penjarakan selamat yang lebih ketat.

Sejak DORSCON tahap Oren diisytiharkan pada Februari ini, BMTC telah melaksanakan langkah-langkah penjarakan selamat, seperti mengatur waktu makan di samping juga pemasaan book-in dan book-out, untuk meminimumkan interaksi antara kompeni.

Dari 31 Mac, langkah-langkah yang lebih ketat iaitu penjarakan selamat 1 meter telah diperkenalkan.

Ini telah dilaksanakan melalui tanda jelas di semua kawasan sekolah: daripada barisan beratur dan meja di kantin, kepada tempat duduk yang diselangkan satu kerusi di auditorium dan di atas feri.

Memandangkan feri beroperasi pada hanya 50 peratus jumlah tempat duduk, jadual feri di antara Pulau Tekong dan Terminal Feri SAF telah disesuaikan untuk memenuhi keperluan kumpulan penumpang yang lebih kecil dan pelbagai.

Para rekrut mengamalkan penjarakan selamat di dewan makan BMTC.

Latihan dalam kumpulan yang lebih kecil.

Semua latihan dan aktiviti fizikal untuk para rekrut kini akan dijalankan pada tahap seksyen, yang biasanya terdiri daripada 16 anggota.

Pemasaan juga akan diatur untuk kumpulan menjalankan latihan mereka.

Para rekrut diperlengkapkan dengan peralatan dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 20 anggota. Latihan akan diadakan pada tahap seksyen sementara kuliah tertentu akan diadakan secara dalam talian.

Majlis Penyampaian Senjata, yang biasanya dijalankan pada tahap kohort, akan juga dikurangkan dan sebaliknya diadakan pada tahap seksyen.

Acara yang tidak penting seperti ulang tahun dan keraian seperti Malam Rekrut telah dibatalkan untuk mengelakkan kumpulan yang berasak-asak.

Kesempurnaan latihan tidak akan dikompromikan ketika latihan dijalankan dalam kumpulan yang pelbagai dan lebih kecil, kata LTC Oh.

Mengambil kelas dalam talian

BMTC juga akan mengelakkan kuliah yang dihadiri kumpulan besar dengan menyampaikan pelajaran - seperti asas pengendalian Raifal Tempur Singapura (SAR) 21 dan Bantuan Buddy Tempur - dalam talian.

Menggunakan platform pembelajaran digital LEARNet, para rekrut boleh melengkapkan pelajaran mereka di tempat tidur mereka dan meminimumkan hubungan dengan platun lain.

"Sejumlah besar pelajaran kami seperti CPR (resusitasi kardiopulmonari) dan pengendalian senjata juga dimuatnaikkan di platform LEARNet untuk para rekrut belajar tanpa perlu berkumpul. Inilah cara kami menguatkuasakan penjarakan sosial," kata LTC Oh.

"Kesempurnaan latihan tidak akan dikompromikan (hanya) kerana kami melakukannya dalam kumpulan yang lebih kecil. Latihan akan diteruskan dengan objektif (yang menjadi pertimbangan) kami dan standard kami tidak dikompromikan dalam apa cara pun."

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?