Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/26may20-pnr-image01efa1ba59-dc24-4413-94a3-a00dbd5a999c.jpg?sfvrsn=4c74f9fa_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BMT-KEMBALI-DENGAN-PEMERIKSAAN-LEBIH-KETAT-SEMASA-MENDAFTAR-MASUK
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BMT-KEMBALI-DENGAN-PEMERIKSAAN-LEBIH-KETAT-SEMASA-MENDAFTAR-MASUK
BMT KEMBALI DENGAN PEMERIKSAAN LEBIH KETAT SEMASA MENDAFTAR MASUK
26 May 2020 | OPS & TRAINING

BMT KEMBALI DENGAN PEMERIKSAAN LEBIH KETAT SEMASA MENDAFTAR MASUK

ANGKATAN BERSENJATA SINGAPURA (SAF) SEDANG MELAKSANAKAN LANGKAH-LANGKAH KETAT UNTUK MEMASTIKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN PARA REKRUT SEBELUM MEREKA KEMBALI MENJALANI LATIHAN DI PULAU TEKONG.

Mengambil suhu di rumah pada waktu pagi, sebelum menaiki bas ke Terminal Feri SAF dan sekali lagi pada waktu petang di Pulau Tekong – ini semua adalah langkah berjaga-jaga yang diambil oleh SAF bagi memastikan para rekrut sihat sebelum kembali ke Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC).

Ini di samping pelaksanaan tarikh dan tempat melapor yang diatur, juga pelaksanaan langkah-langkah penjarakan selamat untuk meminimumkan penularan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19). Lebih kurang 6,300 rekrut dijangka melaporkan diri ke BMTC dari 26 Mei hingga 7 Jun.

"Kami telah menyesuaikan proses daftar masuk (untuk) dijajarkan dengan langkah berjaga-jaga SAF dan melaksanakan peningkatan ketat untuk kesihatan dan keselamatan anggota-anggota kami," kata Leftenan Kolonel (LTC) Lim Yew Sheng, Pegawai Pemerintah Sekolah IV BMTC.

"(Ini termasuk) pemasaan yang diatur untuk anggota-anggota mendaftar masuk, di samping juga dua lokasi daftar masuk di Pusat Tukaran Bas Pasir Ris (PRBI) dan Kem Selarang. Komander kami (juga) bertindak sebagai penguatkuasa penjarakan selamat di lapangan untuk (memastikan) anggota-anggota mengekalkan jarak sejauh 1m."

Langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan

 

Bas beroperasi pada kapasiti tempat duduk yang berkurangan untuk mengangkut kumpulan rekrut yang lebih kecil. Di sini, para rekrut sedang melaporkan diri di Kem Selarang, salah satu daripada dua tempat melaporkan diri.

Untuk mengelakkan kesesakan, para rekrut yang mendaftar masuk pada 26 dan 27 Mei akan melaporkan diri sama ada di Kem Selarang atau Pusat Tukaran Bas Pasir Ris (PRBI) dengan pemasaan yang diatur pada jarak masa antara 15 hingga 30 minit, sebelum dibawa ke Terminal Feri SAF dengan bas mengikut pergerakan gelombang pergi dan balik.

Kerana PRBI mudah sesak, para rekrut akan dibahagikan lagi ke dua tapak melaporkan diri yang berbeza – PRBI dan kawasan tunggu di Drive 8. Hanya terdapat satu tapak melaporkan diri di Kem Selarang kerana terdapat kawasan tunggu yang lebih besar dalam kawasan sekitar kem.

Sebaliknya, pra calon yang akan melaporkan diri antara 2 hingga 7 Jun akan bergerak ke Kem Selarang dan melalui proses pendaftaran terus yang dipendekkan.

Bas dan feri beroperasi pada jumlah tempat duduk yang dikurangkan sebanyak 50 peratus dan pada satu-satu masa, sehingga 250 rekrut akan berada di dalam feri ke Pulau Tekong. Pemasaan feri juga dijarakkan satu jam.

Pengambilan suhu tiga langkah

Seorang rekrut sedang disaring suhu di PRBI.

Sebelum melaporkan diri, para rekrut telah diminta untuk mengambil suhu mereka di rumah. Sebaik sampai ke tempat melaporkan diri mereka masing-masing, mereka akan tertakluk kepada saringan suhu juga, sebelum dibenarkan menaiki bas.

Sebaik sampai ke Pulau Tekong, saringan suhu ketiga akan dibuat. Jika rekrut tersebut didapati tidak sihat, dia akan diasingkan terus dan dihantar ke pusat perubatan untuk menjalani ujian swab.

Para rekrut menaiki feri di Terminal Feri SAF sambil mematuhi penjarakan selamat.

Memulakan semula BMT diperlukan

Memulakan semula BMT diperlukan untuk melatih askar-askar baharu bagi mengekalkan kesediaan operasi untuk Tentera dan SAF, kata LTC Lim.

LTC Lim memberi jaminan bahawa para rekrut akan menjalani latihan progresif agar mereka boleh membina stamina dan kecergasan mereka dengan yakin dan selamat.

Apabila latihan disambung semula, langkah berjaga-jaga akan diambil untuk memantau gejala jangkitan serta mengurangkan penyebaran jangkitan, jika ada. Ini termasuk mengambil suhu dua kali sehari, berlatih dalam kelompok fungsi yang lebih kecil dan waktu makan yang diatur waktu. Pensanitasi tangan juga diletakkan di setiap tempat tidur.

Dari segi latihan, BMT akan memulakan latihan progresif dalam dua minggu pertama agar rekrut boleh membina stamina dan kecergasan mereka dengan selamat dan yakin.

"Kami memahami bahawa ibu bapa risaukan anak-anak mereka," kata LTC Lim. "SAF menguatkuasakan standard keselamatan dan latihan yang sangat ketat. Komander juga telah menyiapkan program persediaan komander mereka sebelum kedatangan para rekrut, bagi memastikan persediaan berjalan lancar sepanjang program tersebut."

Beliau menambah bahawa majlis tamat pengajian BMT untuk rekrut yang latihan mereka telah digantung akan ditangguhkan dua hingga empat minggu. Ini adalah untuk memberi masa yang mencukupi untuk rekrut menamatkan silibus dan latihan mereka sebelum mereka menamatkan pengajian.

"Sebanyak mana yang boleh, (kami mahu) para rekrut (untuk) mempunyai pengalaman yang selamat dan bermakna dan yang tidak dapat dilupakan di BMT."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?