BERTUNGKUS-LUMUS UNTUK MENCATAT IPPT 100 MATA

16jan23_news1_photo1_updated_1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/16jan23_news1_photo1_updated_1.jpg?sfvrsn=bb84af32_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERTUNGKUS-LUMUS-UNTUK-MENCATAT-IPPT-100-MATA
BERTUNGKUS-LUMUS UNTUK MENCATAT IPPT 100 MATA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERTUNGKUS-LUMUS-UNTUK-MENCATAT-IPPT-100-MATA
16 Jan 2023 | PEOPLE

BERTUNGKUS-LUMUS UNTUK MENCATAT IPPT 100 MATA

Malah sebelum menyertai Angkatan Tentera Darat, LTA Muhammad Irfan sudah pun menetapkan sasarannya untuk memperoleh markah penuh untuk IPPTnya.

KISAH TEO JING TING // FOTO LIONEL LEE & IHSAN LTA IRFAN

Mengambil iktibar daripada rakan Perkhidmatan Negara (NS), LTA Irfan memutuskan untuk berlatih sebanyak empat kali seminggu untuk mencatat markah penuh bagi IPPTnya.
English 华文
English 华文

Mengambil iktibar daripada rakan Perkhidmatan Negara (NS) yang mencatat markah penuh untuk IPPT (Ujian Kecekapan Fizikal Individu), Leftenan (LTA) Muhammad Irfan bertekad untuk mendapat keputusan yang sama.

Ingin memperoleh kejayaan 100 mata sendiri, dia mula berlatih bersungguh-sungguh hampir setengah tahun sebelum menyertai Angkatan Tentera Darat sebagai Regular. Sesudah tamat Perkhidmatan Negaranya pada Februari 2021, pegawai berusia 25 tahun itu mula berlatih empat kali seminggu kerana bertekad untuk mencatat 100 mata bagi IPPT pertamanya sebagai Regular.

"Saya mula latihan saya pada Jun 2021. Pada masa itu, saya bekerja sambilan sementara menunggu keputusan pengerahan ke unit saya sebagai Regular.

"Tatkala hujan atau panas, saya akan buat larian selang empat kali seminggu di Stadium Bedok," kata komander platun daripada Batalion Kedua, Rejimen Infantri Singapura (2 SIR), yang menyertai Angkatan Tentera Darat pada Oktober 2021.

Berkat usahanya, dia berjaya dalam percubaan pertamanya pada April 2022. Ketahui bagaimana dia melakukannya!

LTA Irfan melakukan 4 x 60 tekan tubi dan bangun tubi untuk senaman statiknya.

LTA Irfan, apa yang mendorong anda untuk mencatat 100 mata?

LTA Irfan: Saya belum pernah mendapat 100 mata sebelum ini. Saya bukan pelari terpantas dan stesen paling lemah saya ialah larian sejauh 2.4km. Semasa saya menjadi komander platun (PC) di Pusat Latihan Asas Tentera semasa Perkhidmatan Negara saya, Pegawai Pemerintah dan rakan PC saya mencatat 100 mata. Melihat mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh telah mendorong saya untuk melakukan yang sama bagi diri sendiri.

Sarjan Mejar LTA Irfan (dua dari kanan), Pegawai Waran Ketiga Ivan Goh (kanan sekali), mengesyorkan untuk menyertakan larian jarak jauh dalam rutin latihannya.

Bagaimanakah jadual latihan anda?

LTA Irfan: Wah, ia memang menjerihkan! Saya berlatih sehingga empat kali seminggu – tiga kali pada hari bekerja dan sekali pada hujung minggu ketika saya masih bekerja dari rumah.

Bagi larian 7 x 400m saya, saya pecut selama 1min 25s dan berehat untuk tempoh yang sama sebelum bermula semula. Bagi larian 15 x 200m, saya akan pecut selama 35 saat dan berehat antara 45 dan 60 saat bergantung pada daya ketahanan saya – ini adalah selang yang paling menjerihkan.

Latihan selang terakhir saya ialah gabungan jarak – 2 x 1.6km, 3 x 800m dan 4 x 400m dengan nisbah rehat 1:1.

Sebaik sahaja saya dikerah ke 2 SIR, saya berlatih dalam kem pada hari bekerja dan melakukan larian selang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di Stadium Bedok.

Saya dapat tahu anda juga menerima tip untuk berlatih dengan lebih berkesan untuk IPPT?

LTA Irfan: Pada masa itu, Sarjan Mejar saya juga sedang berlatih untuk 100 mata. Dia memberitahu saya untuk melakukan gabungan larian jarak jauh dan selang dan tidak larian selang semata-matanya.

Ia merupakan pengubah keadaan memandangkan catatan waktu 2.4km saya sudah mendatar, jadi saya berterima kasih atas tip yang diberi. Dia juga memberitahu saya untuk memasukkan latihan statik.

Pasca-larian, LTA Irfan biasanya melakukan 3 x 15 tarik atas.

Jadi apakah latihan statik yang anda lakukan?

LTA Irfan: Saya akan lakukan tekan tubi, tarik atas dan bangun tubi. Selepas larian, saya akan teruskan dengan 4 x 60 tekan tubi dan bangun tubi, dan 3 x 15 tekan tubi.

Begitu menjerihkan! Adakah terdapat hari-hari yang anda tidak mahu berlatih?

LTA Irfan: Ya! (ketawa) Adakalanya apabila saya bangun dan melihat cuaca yang begitu panas, ia langsung tidak memberangsangkan saya. Tetapi saya mengingatkan diri tentang azam saya untuk mencatat 100 mata. Jadi saya kentalkan hati dan heret diri saya keluar dari rumah.

Jadi bagaimanakah perasaan anda setelah mendapat markah penuh?

LTA Irfan: Ia bagaikan suatu pencapaian yang hebat! Sejujurnya, saya tidak pernah sangka dapat mencapainya, justeru saya berasa amat berpuas hati melihat usaha saya membuahkan hasil.

Latihan selang banyak membantu LTA Irfan menambahbaik pemasaan larian sejauh 2.4km.

Sekarang anda telah berjaya, apakah tip-tip untuk mendapat markah yang lebih baik bagi IPPT?

LTA Irfan: Utamakan latihan selang. Ia membantu anda berlari dengan lebih pantas dan mendorong anda untuk meneruskan lagi. Ia juga membantu membina momentum semasa berlari, sesuatu yang penting bagi larian 2.4km.

Ingatkan diri anda setiap kali anda berada di trek, anda perlu menambahbaik pemasaan anda. Walaupun latihannya mungkin meletihkan, tetapi semuanya pasti akan berbaloi.

 

 

Suggested Reading
Feature
Melawan raksasa-G
PEOPLE
16 Jan 2023

Apakah peralatan khas yang dipakai oleh juruterbang untuk memastikan diri mereka cergas terbang?

Cover story
15 FAKTA MENGENAI F-15SG
PEOPLE
16 Jan 2023

Daripada menjaga langit Singapura hingga mengibarkan bendera tinggi dalam latihan multinasional, jet pejuang F-15SG RSAF adalah satu kekuatan yang perlu diperhitungkan.

Feature
TENTERA S'PURA BERLATIH BERSAMA MARIN AS DALAM LATIHAN DUA HALA
PEOPLE
16 Jan 2023

Kira-kira 800 tentera dari SAF dan USMC mengambil bahagian dalam Latihan Valiant Mark tahun ini, latihan bersama selama 10 hari yang berakhir dengan serangan bandar di SAFTI City.

SAF MENYAMBUT 60 TAHUN DENGAN PAMERAN KELILING
PEOPLE
16 Jan 2023

Pameran SAF60 memperingati enam dekad komitmen dan dedikasi dalam menjaga keselamatan Singapura.

DIS MENUBUHKAN DUA MARKAS UNTUK MENANGANI ANCAMAN SIBER
PEOPLE
16 Jan 2023

Dengan peningkatan yang membimbangkan dalam kekerapan, kecanggihan dan skala ancaman siber, adalah lebih penting berbanding sebelum ini bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk meningkatkan keupayaan pertahanan digitalnya.

SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
16 Jan 2023

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
16 Jan 2023

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
16 Jan 2023

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
16 Jan 2023

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
16 Jan 2023

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.