BERTUGAS SEPERTI BIASA UNTUK PARA KOMANDO

07may20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/07may20-photo1.jpg?sfvrsn=bdda87dc_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERTUGAS-SEPERTI-BIASA-UNTUK-PARA-KOMANDO
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERTUGAS-SEPERTI-BIASA-UNTUK-PARA-KOMANDO
BERTUGAS SEPERTI BIASA UNTUK PARA KOMANDO
07 May 2020 | OPS & TRAINING

BERTUGAS SEPERTI BIASA UNTUK PARA KOMANDO

// BERITA OLEH THRINA THAM

// FOTO OLEH PIONEER PHOTOGRAPHERS & IHSAN 1 CDO BN

Beret merah terus berada dalam keadaan siap sedia 24 jam 7 hari seminggu dalam memberi respons pantas kepada kontingensi serta melatih kumpulan baharu walaupun semasa tempoh Pemutus Rantaian Jangkitan.

Komando merupakan salah satu unit operasi Tentera yang bersiap sedia dikerah untuk kontingensi dalam masa yang singkat.

Majlis hari jadi di Kem Hendon selalunya diraikan di kawasan awam, di mana anggota-anggota Batalion Komando Pertama (1 Cdo Bn) akan berkumpul menyanyi.

Memandangkan langkah-langkah penjarakan sosial telah dilaksanakan kerana COVID-19 (atau penyakit koronavirus 2019), ia kini diraikan dengan cara yang berbeza.

"Pelik sedikit apa yang kami lakukan sekarang – kami (sebaliknya) akan menyanyikan (lagu hari jadi) dari dalam bilik kami sehingga boleh didengari ke bilik lain," kata Sarjan 3 (3SG) Carvalho Antonio Pottier Mohammad Fakhri, seorang Panglima Detasmen di 1 Cdo Bn.

Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan Singapura, para Komando – yang kebanyakannya terdiri daripada Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) –makan, tidur dan berlatih hanya dalam kumpulan fungsi mereka.

Selain daripada langkah-langkah sedemikian, operasi tidak berubah bagi 1 Cdo Bn.

Sebagai sebahagian daripada Pasukan Siap Sedia Tentera, 1 Cdo Bn terus bersedia mempertahankan Singapura daripada ancaman luar, di samping juga menyokong keselamatan tanah air daripada ancaman dalaman.

Ini bermakna unit ini siap sedia 24 jam, 7 hari seminggu untuk memberi respons kepada kontingensi dalam tempoh masa yang singkat.

Para komando yang menjalankan latihan komponen di Kem Hendon.

"Semasa COVID-19, beberapa perkhidmatan boleh berhenti terus... Tetapi apabila ia membabitkan pertahanan, ia tidak akan terhenti," kata Pegawai Pemerintah, Leftenan Kolonel (LTC) Fabian Pwi.

Beliau menambah bahawa salah satu daripada kebimbangan utama unit tersebut adalah bagaimana ia boleh menyambung semula pengambilan anggota tentera daripada Latihan Asas Tentera (BMT). Pengambilan akhir 1 Cdo Bn daripada NSF adalah sebelum penggantungan BMT, dan ia menjangkakan pengambilan seterusnya antara Jun dan Julai, jika tiada sebarang perubahan kepada tempoh pemutus rantaian jangkitan.

"Apabila anggota-anggota tentera meneruskan ke ORD mereka (sampai ke Tarikh Sedia Beroperasi), kita perlu mengekalkan saiz pasukan yang cukup bersatu bagi mencapai misi yang ditugaskan kepada kami," kata LTC Pwi.

Para komando melalui perjalanan selama 10 bulan daripada pendaftaran kepada menjadi beroperasi, serta melalui pelbagai kecekapan seperti kursus di udara untuk memperoleh beret merah mereka.

Beret merah mengkhusus dalam serangan dan peninjauan dan dilatih dalam pelbagai kemahiran termasuk turun bertali (gambar) dan terjun paracut.

Langkah-langkah penjarakan selamat lain yang dilaksanakan oleh 1 Cdo Bn termasuk pemasaan yang diatur untuk mengambil hidangan dan mengeluarkan senjata.

Para komando juga mensanitasikan peralatan mereka selepas setiap latihan, seperti peralatan di Balapan Berhalang Standard.

Untuk memastikan anggota-anggota tentera cergas dan sihat untuk tugas mereka, mereka juga menjalani Perintah 14 hari Duduk di Rumah sebelum mendaftar masuk. Semasa tempoh ini, Komando dijangka memaklumkan ketua mereka setiap kali mereka meninggalkan rumah untuk perkhidmatan penting, kata LTC Pwi.

Komando menjalani latihan bertepatan masa di dalam kumpulan fungsi mereka.

Kerana langkah-langkah ini, anggota-anggota tentera berada di kem lebih lama dari biasa.

Panglima Detasmen 3SG Varatharajan Ramkumar Rohan berkongsi bahawa dia mempunyai tanggungjawab tambahan untuk memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.

"Saya memastikan anggota-anggota di bawah saya kekal bersemangat tinggi, dan mereka berada dalam keadaan yang baik. (Dan) Saya juga memastikan semua orang mengikuti langkah-langkah keselamatan baru," kata anggota berusia 22 tahun itu.

Panglima Detasmen 3SG Carvalho berkata dia dan anggota-anggotanya telah biasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka.

Bagi 3SG Carvalho, langkah-langkah ketat pada awalnya menjadi kejutan budaya kerana unitnya sangat rapat.

"Kami berlatih setiap hari, sehinggakan ia menjadi sebahagian daripada tindakan naluri semua orang bahawa virus in serius dan kita perlu…melaksanakan semua langkah-langkah ini dengan serius dan mematuhinya dengan ketat," tambah anggota berusia 21 tahun itu.

Beliau menambah bahawa walaupun latihan peringkat detasmen mengambil masa yang lebih lama, meluangkan masa yang lebih dengan anggota-anggota bawahannya membolehkan dia mengenali mereka dengan lebih baik.

"Latihan menjadi lebih memuaskan hati kerana anda berada dengan sekumpulan orang untuk masa yang lama, jadi anda lebih memahami mereka… Apabila anda melalui kesusahan dengan mereka, anda telah benar-benar memupuk persaudaraan dengan mereka."

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?