BERLAYAR KE LUBUK HATIKU

10feb23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/10feb23_news1_photo1fff60be7-aa63-4ff3-be39-540ea6686fcf.jpg?sfvrsn=302cedf6_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERLAYAR-KE-LUBUK-HATIKU
BERLAYAR KE LUBUK HATIKU https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERLAYAR-KE-LUBUK-HATIKU
10 Feb 2023 | PEOPLE

BERLAYAR KE LUBUK HATIKU

Selain merahsiakan hubungan mereka sehinggalah mengharungi tempoh perpisahan selama tiga bulan semasa pandemik, ME2 Elizer Deepa dan ME2 Jeevan Raj berkongsi pahit-manis hidup bersama dalam tentera laut.

KISAH TEO JING TING // FOTO KENNETH LIN & IHSAN MEREKA YANG DITEMUDUGA

ME2 Elizer dan ME2 Jeevan – digambarkan bersama-sama anak perempuan mereka yang berusia 13 bulan, Dasriya– saling bertemu semasa bekerja dalam tentera laut.
English 华文
English 华文

Ia bukan cinta pandang pertama. Sekurang-kurangnya bagi Pakar Tentera (ME) 2 Elizer Deepa.

"Dia merupakan lelaki pelik yang asyik merenung saya," katanya sambil bergelak. "Saya berasa geram dan merenung balik dengan mata yang tidak berkelip."

Sebaliknya, ME2 Jeevan, pula terpikat. "Walaupun kelihatan garang, tetapii bila dia senyum, memang cantik sekali."

Keika itu, ME2 Elizer, seorang pra-pendaftar, menguruskan kerja pentadbiran dalam kursus yang sedang dihadiri oleh ME2 Jeevan Raj.

Semua percubaan awal untuk berbual dengannya langsung tidak dilayan. Tetapi seperti askar-askar lain yang baik, ME2 Jeevan tidak berputus asa.

Titik perubahannya berlaku pada Jun 2015, apabila mereka bekerja bersama dalam menganjurkan lawatan Pendidikan Kebangsaan (NE) untuk pra-pendaftar. Daripada pengalaman itu, hubungan mereka menjadi lebih erat dan ME2 Jeevan mengajaknya keluar selepas itu.

Hubungan ME2 Jeevan (baris belakang, keempat dari kiri) dan ME2 Elizer (baris depan, dalam kemeja putih) menjadi lebih erat selepas lawatan NE mereka.

"Kapal" rahsia

Walaupun mereka berpacaran, mereka tidak pernah merasmikannya. Selama hampir tiga tahun, tidak siapa yang tahu tentang hubungan mereka, termasuk keluarga mereka.

"Kami mahu mengambil masa untuk saling mengenali dengan lebih mendalam terlebih dahulu. Kami juga merahsiakan hubungan kami kerana berita seperti ini akan tersebar dengan pantas di tentera laut," kata ME2 Elizer. Lelaki berusia 26 tahun itu kini memegang jawatan sebagai penolong jurutera kanan di Markas Logistik Tentera Laut.

Berhampiran tarikh lamaran barulah keluarga mereka mendapat tahu tentang hubungan mereka. Tidak lama selepas itu, ME2 Jeevan masuk meminang ME2 Elizer pada hari lahirnya yang ke-21, pada November 2017.

ME2 Jeevan melamar ME2 Elizer pada hari lahirnya yang ke-21.

Lamaran

"Dia pernah berkata kepada saya bahawa dia membayangkan peminangannya pada hari lahirnya – jadi saya tahulah apa yang perlu dilakukan!" kata ME2 Jeevan, ketua sistem navigasi dalam kapal frigat kelas Formidable RSS Stalwart.

Lelaki berusia 32 tahun itu merancangkan satu kejutan – daripada membeli pakaian tradisional India untuk ME2 Elizer dan menyediakan jurusolek sehinggalah mendapat bantuan rakan dan keluarga mereka untuk menghiaskan dewan di Ceylon Sports Club.

Untuk mengelak daripada disyaki, dia memberitahunya bahawa dia adalah anggota rombongan pengantin perempuan di majlis perkahwinan rakannya.

"Sebaik sahaja dia tiba, alangkah terkejutnya melihat saudara-mara dan rakan-rakannya di situ. Saya menari untuknya sebelum berlutut untuk meminang," kata ME2 Jeevan.

"Sebenarnya saya tidak sangka dia akan melamar, jadi saya memang terkejut. Dia tidak mengajak saya untuk menjadi teman wanitanya!" kata ME2 Elizer sambil bergelak.

"Saya terkejut melihatnya dan mengambil sedikit masa untuk mengatakan ya dan berasa amat terharu apabila mendapat tahu dia memohon izin daripada penjaga saya untuk berkahwin dengan saya."

ME2 Elizer dibesarkan di rumah kanak-kanak bersama dengan dua kakak dan penjaganya, iaitu penguasa rumah yang berbangsa Cina.

Pasangan itu menjalankan penggambaran pra-perkahwinan mereka di Pangkalan Tentera Laut Changi dan diijabkabulkan pada Mac 2018.

Mengharungi lautan yang bergelora

Hubungan mereka diuji semasa pandemik COVID-19 menular.

Selepas perkahwinan mereka pada Mac 2018, mereka jarang berjumpa dan terpaksa menangguhkan rancangan untuk berbulan madu kerana pengerahan yang berturut-turut. Tetapi ini perkara remeh berbanding dengan pemutus litar pada 2020.

"COVID-19 memang paling sukar bagi kami kerana kami tinggal serumah tetapi tidak bersua muka selama tiga bulan," kata ME2 Jeevan, yang pada masa itu, bertugas sebagai penyelia sistem navigasi di kapal peronda kelas Fearless kapal RSS Gallant yang kini telah ditamatkan perkhidmatan.

ME2 Elizer merupakan pengendali sistem perintah dan kawalan di tangki kapal pendaratan kelas Endurance RSS Persistence.

"Kami digabungkan ke dalam pasukan yang berbeza dan tidak sepatutnya bertemu. Jadi semasa saya dalam perjalanan pulang, dia terpaksa meninggalkan rumah untuk melaporkan diri kepada kapalnya," kata ME2 Jeevan.

"Ia amat sukar bagi saya kerana saya suka meluangkan masa bersamanya selepas seharian bekerja tetapi apabila saya pulang ke rumah, saya akan bersendirian."

Untuk mengatasinya, pasangan itu akan berkomunikasi melalui panggilan video, dan ME2 Jeevan kadangkala akan menghantar makanan kepada ME2 Elizer di dermaga manakala dia tunggu dalam kapal.

ME2 Elizer (kanan), ketika itu seorang pelaut kanan, mengajar pelatih midshipmen bagaimana mengendalikan pengisian semula di laut semasa pengerahan latihan kapal midshipman pada Januari 2021.

Jauh di mata, dekat di hati

Dua bulan setelah bekerja bersama, Tentera Laut Republik Singapura (RSN) menawarkan mereka peluang untuk bertukar ke pasukan yang sama tetapi pasangan itu menolak.

"Kami tidak mahu menyusahkan orang lain dengan menukar pasukan kerana ia melibatkan banyak isu logistik dan penjadualan," jelas ME2 Jeevan.

Tambah ME2 Haresh: "Kami semua menghadapi tempoh masa yang mencabar– mereka juga tidak dapat berjumpa ahli keluarga dan orang yang mereka sayangi. Jadi kenapa kami diberi layanan istimewa? Kami hanya mahu menjalankan tuigas kami untuk negara."

Selepas tamatnya kohort, pasangan itu akhirnya dapat meluangkan masa bersama-sama di rumah. "Kami bermain permainan papan, menonton Netflix, memasak, membuat kuih dan kami tidak bosan dengannya," kata ME2 Elizer sambil tersenyum.

Pasangan itu di majlis pentauliahan kapal misi littoral kelas Kemerdekaan RSS Dauntless pada Januari 2020. ME2 Jeevan menganggotai kontinjen perbarisan kehormatan di majlis pentauliahan tersebut.

Detik-detik yang paling manis

Apabila ditanya apakah perkara paling manis yang dilakukan untuk satu sama lain, ME2 Jeevan terus menjawab: "Dia tidak pernah gagal mengejutkan saya pada hari lahir saya."

Pada hari lahir tahun lepas, ME2 Elizer mengumpulkan rakan-rakan suaminya untuk mengejutkannya dengan kek di rumah mereka pada 12.59 pm, sejurus sebelum usianya meningkat setahun.

"Kejutan tidak berhenti di situ sahaja – malahan ia bertubi-tubi sepanjang hari dan dia juga mengadakan sambutan yang berasingan bersama-sama anak perempuan kami dan saya. Saya memang tidak mengharapkannya kerana dia sedang sarat mengandung dan berasa letih."

Pasangan itu menyambut kelahiran anak kedua mereka, Zayen, pada 23 Feb.

ME2 Elizer berasa sungguh terharu dengan layanan dan penjagaan ME2 Jeevan semasa dan selepas kehamilan. Semasa mengandung anak pertama mereka, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memuaskan kempunannya dan melayani perubahan emosinya. Dia juga mengambil cuti tambahan untuk menjaganya selepas bersalin.

"Pernah sekali, dia berkempunan untuk makan burger Ramly daripada sebuah gerai tertentu di Jurong East ini pada pukul 8 lebih malam dan saya bergegas dari Punggol kerana gerai akan tutup pada pukul 9 malam!" kata ME2 Jeevan, sambil berketawa.

Anak perempuan mereka, Dasriya, dilahirkan pada 29 Dis 2021. Baru-baru ini pada 23 Feb, pasangan itu menyambut kelahiran Zayen, anak lelaki mereka.

ME2 Elizer dan ME2 Jeevan berusaha untuk terus maju dalam karier masing-masing walaupun kini sudah menjadi ibu bapa.

Mengukir perjalanan baharu

Semasa menyesuaikan diri dengan penambahan baharu dalam keluarga, ME2 Elizer dan ME2 Jeevan juga tidak sabar untuk mengorak laluan baharu dalam karier mereka.

Tidak lama lagi, ME2 Jeevan akan memulakan pengerahan di kapal untuk masa yang panjang dan ME2 Elizer juga ada rancangan untuk maju dalam kariernya sebaik sahaja dia kembali bertugas.

"Saya mahu menjadi modal peranan kepada anak-anak muda dan anak perempuan saya – walaupun saya seorang ibu, ia tidak menghalang kemajuan saya dalam karier dan saya boleh menguruskan kerja dan keluarga sekali," kata ME2 Elizer.

Dan pada suatu masa nanti jika anak perempuan mereka ingin menyertai RSN, mereka berdua akan merestuinya.

"Cuma jangan suruh saya basuh beret kamu, basuhnya sendiri," kata ME2 Elizer.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!