PEOPLE

BERLATIH YOGA RUMAH DENGAN CPT (NS) HAFIZ

12 May 2020

Pegawai infantri ini membawa minatnya terhadap sukan ini ke tahap yang lebih tinggi - berkenalanlah dengan CPT (NS) Mohammed Hafiz, yang mempunyai bilik yoga dan bilik pendakian di flat HDB empat biliknya.

12may20_news1_photo1

// DITERBITKAN & DIEDIT OLEH THRINA THAM

// RAKAMAN DARIPADA CPT (NS) HAFIZ


English 华文
English 华文

Kapten (CPT) (NS) Mohammed Hafiz Bin Akhirrudin tidak pernah menolak cabaran. Selama 11 tahun dia berkhidmat dalam Tentera Singapura, dia berjaya menamatkan Balapan Ranger yang terkenal kerana amat mencabar, di samping juga Kursus Di Udara dan Kursus Penyelam.

Anggota berusia 34 tahun ini meninggalkan perkhidmatan Tetap dua tahun dahulu untuk menubuhkan syarikat pembangunan aplikasi dan laman web-nya sendiri, tetapi terus kekal cergas di rumah walaupun semasa COVID-19.

Tontoni petua CPT (NS) Hafiz tentang bagaimana untuk memulakan amalan yoga:

Ceritakan tentang perjalanan kecergasan anda.

Saya dahulunya Naib Kapten Kelab Memanjat Batu semasa di Politeknik Nanyang. Ketika itulah saya mula mengamalkan yoga untuk membantu meningkatkan kelenturan badan semasa memanjat.

Perkhidmatan Tentera juga memainkan peranan yang penting dalam memaksa saya menjadi amat berdisiplin (dari segi kecergasan). Berbekalkan semangat kerja berpasukan dan keakraban, saya memaksa diri saya dan rakan sepasukan saya untuk kekal cergas dan bersenam.

CPT (NS) Hafiz, yang kini Pegawai Latihan dan Operasi di dalam Batalion ke-790, Regimen Infantri Singapura, memuji keakraban di dalam Tentera kerana memotivasikannya untuk menjadi cergas bersama-sama dengan rakan sepasukannya.

Bagaimanakah anda melakukan yoga dengan lebih kerap?

Sala satu pelajaran yang paling besar yang saya peroleh daripada yoga adalah perkara-perkara menakjubkan yang anda boleh lakukan dengan kawalan pernafasan yang bagus. Jika anda tahu bagaimana untuk mengawal pernafasan anda, anda boleh mengurangkan kebimbangan dalam keadaan banyak tekanan, atau mengepam lebih banyak oksigen ke dalam salur darah untuk memberikan anda tenaga.

Saya mula mengamalkan yoga sebelum isteri saya, tetapi dia mengamalkannya dengan lebih serius malahan menubuhkan syarikatnya sendiri. Sekarang, dia seorang pengajar yoga dan saya pula yang menyertai kelasnya.

CPT (NS) Hafiz berlatih yoga dengan isterinya, seorang pengajar yoga.

Bagaimanakah anda memotivasikan diri pada hari-hari yang anda berasa malas?

Selepas saya meninggalkan perkhidmatan Tentera (pada 2018), tahap kecergasan saya menurun untuk seketika. Saya akhirnya memberitahu diri saya yang saya perlu meneruskan senaman untuk cergas - sepanjang karier 11 tahun saya (sentiasa mencapai) Emas IPPT! Dengan kesedaran inilah saya memulakan regim kecergasan dengan menggabungkan yoga dan Latihan Selang Intensiti Tinggi.

 

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story