Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/24sep21_news1-hero_imageb4e9b7f1-834c-4e23-91b0-3774fd2be2a2.jpg?sfvrsn=1aa35d93_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERJUANG-BERSAMA-SEBAGAI-PASUKAN-BERSEPADU
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERJUANG-BERSAMA-SEBAGAI-PASUKAN-BERSEPADU
BERJUANG BERSAMA SEBAGAI PASUKAN BERSEPADU
24 Sep 2021 | OPS & TRAINING

BERJUANG BERSAMA SEBAGAI PASUKAN BERSEPADU

UNSUR DARAT DAN UDARA BERGANDING BAHU DALAM LATIHAN FORGING SABER 2021 UNTUK MEMBERI GAMBARAN JELAS TENTANG MEDAN PERANG DAN MENCARI ASET SERANGAN YANG PALING OPTIMUM UNTUK MENGHAPUSKAN PELBAGAI SASARAN MUSUH.

HIMARS melepaskan tembakan ke arah sasaran.HIMARS melepaskan roket ke arah sasaran musuh. Mengesahkan operasi kesan dan serang bersepadu oleh unsur darat dan udara adalah objektif XFS tahun ini.

Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) dari Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Angkatan Tentera Singapura mengesan kehadiran pasukan musuh. Mengimbas dari ketinggian yang berbeza-beza, mereka memberi gambaran tepat tentang lokasi ancaman dan mula mengesan pergerakan mereka. Di Pos Perintah (CP), Sistem Maklumat Perintah dan Kawalan (CCIS) mengenalpasti Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS) sebagai aset yang paling sesuai untuk menghapuskan ancaman pertahanan udara. Sebaik sahaja ancaman itu dihapuskan, helikopter serangan Apache AH-64D akan melayar turun dengan pantas untuk menyingkirkan sasaran yang bergerak di darat.

Dengan tiba-tiba, ancaman baharu dikenal pasti di darat. CCIS mengesyorkan penggunaan semula pesawat F-15SG yang berdekatan untuk menghapuskan sasaran dan para panglima menerima cadangannya. Setelah menerima arahan baharu, jet pejuang yang dilengkapi untuk pertempuran udara-ke-udara, beralih ke pertempuran udara-ke-darat dengan lancar. Juruterbang mengecam sasaran dan menyingkirkannya dengan satu serangan. Ancaman itu dihapuskan.

Pesawat F-15SG berlepas menjalankan misi.

Ini hanyalah sebahagian daripada misi-misi yang dikendalikan di Latihan Forging Sabre 2021 (XFS21). XFS yang berlangsung dari 14 hingga 25 Sep di Mountain Home Air Force Base (MHAFB), Idaho, Amerika Syarikat merupakan latihan kemuncak kesan dan serang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), yang menggabungkan pelbagai aset daripada RSAF dan Angkatan Tentera untuk menguji integrasi dan kebolehoperasian mereka.

Mengesan unsur-unsur seperti UAV yang berganding bahu dengan pelbagai unsur serangan darat dan udara untuk mengecam sasaran musuh dan menghapuskannya. Di XFS21, manusia dan mesin juga berfungsi sebagai satu, seperti komando dan pasukan STrike ObserveRs Mission atau STORM yang memancarkan sinar laser GBU-56 Laser Joint Direct Attack Munitions secara langsung oleh F-15SGs untuk membimbing mereka memusnahkan berbilang sasaran dengan satu hantaran.

Ketua Pegawai Perisikan Tentera Darat Kolonel Anand Sathi Kumar (paling kiri) dan Panglima Divisyen Singapura ke-6 (dua dari kiri) bekerja bersama Panglima RSAF dalam CP bersepadu, meneliti penyelesaian medan perang yang disyorkan oleh CCIS dan menghantar aset pertempuran ke arah sasaran.

Penugasan semula peranan untuk perjuangan yang lebih berkesan

CCIS mengguna teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan analitik data untuk mencipta gambaran keseluruhan medan perang yang komprehensif. Ia juga melakukan pemadanan senjata-ke-sasaran, mengenal pasti jenis ancaman dan mengesyorkan aset atau senjata yang paling optimum untuk menyingkirkannya. Ini bererti aset yang dikonfigurasi untuk misi tertentu boleh disuruh untuk mengubah haluan dan menyingkirkan sasaran yang lain pula.

Warga kerja di lapangan sedang memuatkan peluru hidup di F-15SG sebelum memulakan misi. Juruterbang bekerjasama dengan pasukan darat seperti komando dan pasukan STORM yang memancar sinar laser ke sasaran untuk memastikan bom dijatuhkan dengan tepat.

Bagi para pejuang, ini bererti beralih dengan segera untuk melawan misi yang berbeza. Pegawai Sistem Senjata F-15SG (WSO) Kapten (KPT) Dineswaran Singaraverloo, 30, menjelaskan: "Penugasan semula peranan bererti semasa kami sedang bersiap sedia untuk menjalankan misi tertentu, lazimnya dari udara-ke-udara memandangkan kami adalah pesawat pelbagai peranan yang membawa (pelbagai) senjata, kami mungkin akan ditugaskan semula ke misi darat. CP bersepadu (dengan CCIS) membuat keputusan untuk penugasan semula peranan kami. Tetapi kami memperoleh kesedaran situasi (lebih baik) daripada pelbagai sumber di udara dan di darat, dan ia seterusnya memudahkan urusan kami."

CP yang disepadukan dengan CCIS memberi anak kapal pesawat seperti KPT Dineswaran kesedaran situasi yang lebih meluas di medan perang.

Tetapi ia bukan suatu cabaran yang sukar, kerana anak kapal terlatih untuk menukar gear dan menangani misi baharu dengan pantas. "Ini adalah berkaitan dengan mengekalkan kefleksibelan kerana anda tidak akan tahu bila CP akan menugaskan semula peranan anda. Anda perlu fleksibel untuk menyahut sebarang misi baharu," kata rakan Leftenan F-15SG WSO (LTA) Brandon Ang, 29.

Petua menguruskan misi penugasan semula peranan anda adalah memastikan anda tetap fleksibel dan bersedia untuk menjalankan arahan baharu, kata LTA Ang.

Memandang dengan kaca mata baharu

Pelancaran VELOCE 15 mini-UAV (V15 mUAV), terbaharu dalam rangkaian sensor Angkatan Darat di XFS. Dron sistem sayap tetap mendarat dan hibrid menegak berlepas akan menggantikan mini-UAV Skyblade III yang ada sekarang. Berbanding dengan pesawat sebelumnya, ia hanya memerlukan separuh tenaga kerja dan separuh masa – 10 minit– untuk bersedia.

Pegawai keselamatan dan pengendali V15 mUAV sedang menjalankan pemeriksaan pra-penerbangan sebelum dron dihantar untuk misi mengesan. Ini adalah penampilan sulung V15 mUAV di XFS.

V15 mUAV berfungsi dengan Heron 1 UAV untuk mengimbas medan perang. UAV Heron 1 yang lebih besar akan memberi pemandangan yang meluas dari udara di kawasan ini, sambil V15 mUAV mengesan sasaran tertentu Di XFS21, mUAV V15 dipasangkan dengan aset yang lebih besar demi menyokong pasukan olah gerak dalam misi kesan dan serang.

Kawasan latihan yang meluas di MHAFB merupakan medan buruan utama bagi V15 mUAV, tanpa sebarang halangan semula jadi dan tahap kesesakan ruang udara yang rendah. Meskipun begitu, keadaan cuaca Idaho yang lebih teruk menyebabkan anak kapal terpaksa bekerja lebih keras untuk mengekalkan dron.

Pakar logistik V15 mUAV 2SG Abdul Haziq perlu memastikan dron bersedia untuk misi menghadapi keadaan cuaca Idaho yang teruk dan berangin.

Kata pakar logistik V15 mUAV Sarjan ke-2 (2SG) Abdul Haziq: "Tiupan angin di tempat latihan adalah sangat kuat, sehingga khemah-khemah (untuk melindungi pengendali dan peralatan) sering dibawa angin kencang."

"Justeru, selain menyediakan logistik untuk misi seperti pengecas, bateri dan aksesori V15 mUAV yang lain, saya perlu pastikan khemah terpasang dengan betul dan engsel dan sendi tidak pecah bila ditiup angin kencang." Inilah kali pertama 2SG Abdul Haziq mengambil bahagian di XFS. Pakar logistik yang berusia 24 tahun itu dipertanggungjawabkan untuk memastikan mUAV dibungkus dengan teliti dan dihantar ke MHAFB dan semasa di sana, memantau keperluan logistik pengendali.

HIMARS bersama dengan Apache akan menghapuskan sebarang ancaman di udara untuk membolehkan helikopter melayar turun memusnahkan sasaran bergerak di darat.

Pertempuran bersepadu darat-udara

Serangan darat-udara terkoordinat juga dijalankan dengan kerjasama HIMARS dan Apache. Sebagai sebahagian daripada operasi bersepadu, HIMARS akan menembak sasaran pertahanan udara, membuka jalan bagi helikopter penyerang untuk menghapuskan sasaran bergerak di darat.

Apache AH-64D siap berlepas untuk misi malam.

Pasangan ini adalah amat penting kerana Apache adalah helikopter serangan jarak dekat, yang mudah terjejas oleh pertahanan udara apabila mereka melayar turun untuk melepaskan tembakan ke arah sasaran. HIMARS memainkan peranan penting dalam mempertahankan mereka daripada serangan ini sambil mereka bersedia untuk melepaskan tembakan.

Inilah kali pertama latihan HIMARS dijalankan di MHAFB.

Peserta XFS kali pertama, CPL Yap menyaksikan tembakan langsung HIMARS buat pertama kalinya.

Bagi peserta XFS kali pertama dan Koperal Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (KPL) Adon Yap, melihat HIMARS beraksi sebagai sebahagian daripada ekosistem latihan yang lebih besar adalah suatu pengalaman yang memuaskan.

Menurut pengendali HIMARS berusia 20 tahun: "Ini adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup kerana ini adalah kali pertama saya berpeluang untuk melakukan penembakan langsung pada HIMARS dan menyaksikannya aksinya. Iklim dan persekitaran di sini adalah berbeza dari Singapura, dan memberi kami persekitaran latihan baharu. Kami juga berpeluang untuk berkolaborasi dengan pasukan dari RSAF, yang membantu kami memantapkan lagi keupayaan kesan dan serang."

Suggested Reading
Feature
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
MILESTONES
01 Jul 2025

She used to serve on the SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

Cover story
MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF
MILESTONES
28 Jun 2025

Unit-unit ini diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini. Ketahui apa yang menjadikan mereka juara!

Feature
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MEREKA KEPADA SAF
MILESTONES
27 Jun 2025

She used to serve on the Anggota kerahan ini adalah antara lebih 1,200 kakitangan MINDEF dan SAF yang dinaikkan pangkat atas prestasi dan potensi baik mereka – temui COL Fairoz, SWO Zulkarnaen, MAJ Muhammad Iskandar dan 1SG Muhd Hidhir.

PERTUNJUKAN NDP 2025 MELUAS DARI PADANG KE MARINA BAY
COMMUNITY
26 Jun 2025

Pertunjukan NDP tahun ini akan menjadi ekstravaganza muzikal dengan lebih 3,000 penghibur, lapan terapung darat dan air, dan pentas mudah alih terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah NDP!

Feature
MENYEDIAKAN PERBARISAN UNTUK JUBLI INTAN SAF
PEOPLE
23 Jun 2025

She used to serve on the Komander Perbarisan Hari SAF LTC Shew Narian dan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Perbarisan ME4 Lee Han Seng berkongsi bagaimana mereka dan para peserta perbarisan telah bekerja keras untuk mengadakan perbarisan yang sempurna pada 1 Jul.

Cover story
Paparan udara-darat-laut pertama di Kontinjen Kenderaan NDP 2025
PEOPLE
23 Jun 2025

Kontinjen Kenderaan NDP membuat pulangan yang sangat dinanti-nantikan tahun ini bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara dan di perairan Marina Bay!

Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
OPS & TRAINING
04 Jun 2025

She used to serve on the Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
OPS & TRAINING
03 Jun 2025

She used to serve on the

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
DIPLOMACY
01 Jun 2025

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
29 May 2025

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.