PEOPLE

BERENAM & MENYELAM DENGAN JURUSELAM 2WO SIA YEW BOON

03 Apr 2020

Penyelam Angkatan Laut dan perenang SAFSA Pegawai Waran 2 (2WO) Sia Yew Boon berusia 45 tahun, tetapi masih bertenaga dalam menjalani aktiviti fizikal.

03Apr20-photo1

// BERITA OLEH CHIA CHONG JIN

// FOTO OLEH ONG JI XUAN

// VIDEO OLEH PETER CHO


English 华文
English 华文

Kolam renang adalah rumah kedua 2WO Sia. Pegawai Waran Projek daripada Unit Selam Laut Angkatan Tentera Laut (NDU) cemerlang dalam semua acara renang - daripada 50m kupu-kupu dan 50m gaya bebas kepada 50m kuak lentang dan 200m rampaian individu.

2WO Sia telah berkecimpung dalam arena sukan renang secara kompetitif selama lebih 30 tahun.

2WO Sia mula berenang secara kompetitif sejak berusia 12 tahun. Semasa dalam sukan renang, dia berpeluang mengenali beberapa ahli pasukan renang SAFSA. Melihat bakatnya, mereka akhirnya mengajak dia menyertai pasukan mereka.

2WO Sia (baris hadapan, tiga dari kanan) dengan pasukan renang SAFSA semasa Temasya Renang Perkhidmatan Awam tahun lepas, ketika mempertahankan Piala Kejohanan keseluruhan.

Kehandalannya di dalam air secara semula jadi memberikan dia kelebihan dalam peranannya suatu waktu dahulu sebagai jurulatih selam NDU.

"Pengetahuan dalam selok-belok berenang membolehkan saya memberikan latihan yang lebih baik kepada pelatih-pelatih saya, dari segi keyakinan di dalam air dan kemahiran berenang," terang Penolong Pengurus Pasukan bagi pasukan renang SAFSA.

2WO Sia (kanan) menerima Persembahan Terbaik untuk anugerah kategori Senior Lelaki di Temasya Renang Perkhidmatan Awam tahun lepas.

Tontoni video di bawah, di mana dia berkongsi bagaimana dia mula menyertai sukan ini, dan berkongsi tip bagaimana untuk berenang secara kompetitif:

Sekiranya anda tidak boleh menonton video ini, berikut adalah beberapa petua yang dikongsikan oleh 2WO Sia:

1 Anda mesti mempunyai keghairan untuk berenang untuk berkecimpung dalam sukan renang secara kompetitif. Tahap komitmen dan standard latihan sangat berbeza berbanding dengan berenang semasa waktu lapang, jadi hanya galas cabaran ini jika anda pasti bahawa anda cekal hati untuk mengharungi cabaran dalam sukan ini.

2 Berlatih di dalam kolam sahaja tidak mencukupi untuk menjadi perenang yang bagus. Lengkapi latihan berenang ini dengan berlari untuk membina stamina anda, atau pergi ke gim untuk membina otot-otot di bahagian badan yang berbeza, terutamanya otot teras anda.

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story