BERASA BANGGA MENJADI MP

11aug21_news1-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/11aug21_news1-photo1.jpg?sfvrsn=d048ecb1_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERASA-BANGGA-MENJADI-MP
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERASA-BANGGA-MENJADI-MP
BERASA BANGGA MENJADI MP
11 Aug 2021 | PEOPLE

BERASA BANGGA MENJADI MP

// KISAH TEO JING TING

// FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN 3SG SYUKRI

Daripada rekrut yang berlebihan berat badan kepada penerima Bayonet Emas dan pakar Polis Tentera (MP), 3SG Muhammad Syukri Bin Sutresno berkongsi kisah perjalanan NSnya dan kenapa dia berhasrat untuk melangsungkan perkhidmatannya.

Penerima Bayonet Emas 3SG Syukri berasa bangga menjadi pakar MP.

Pada waktu 2 pagi, Sarjan ke-3 (3SG) Syukri, yang sedang bertugas, menerima amaran daripada komander pengawalnya tentang ancaman bom di rumah pengawal di Kem Mowbray.

Tanpa berlengah-lengah, dia dan rakan-rakan MPnya segera membunyikan penggera kehadiran dan bergegas membangun dan mengeluarkan askar-askar lain yang berada di dalam kawasan tersebut.

Ini adalah sebahagian daripada latihan 24 jam di peringkat syarikat yang diadakan pada Jun ini. Sebagai anggota yang dipertanggungjawabkan dengan bekalan senjata bagi latihan tersebut, 3SG Syukri terpaks bertindak pantas untuk membekal senjata dan peluru kepada Pasukan Tindak Balas Pantas (QRF) yang diaktifkan untuk menangani ancaman bom.

Senario latihan ini telah memberi kesedaran kepadanya terhadap peranan penting yang dimainkan oleh seorang MP dalam melindungi kem dan pangkalan tentera.

3SG Syukri (paling kiri) menjalani latihan anti-rusuhan semasa Kursus Kadet Pakarnya.

"Apa yang kami lalui dalam latihan itu (pada hari itu) mungkin pada suatu hari nanti akan menjadi ancaman sebenar yang bakal kami hadapi," kata pakar MP berusia 21 tahun dari Institut Latihan Pertahanan Pulau (IDTI).

3SG Syukri juga bercadang untuk mendaftar sebagai Regular di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). "Ada orang yang menganggap menjadi MP adalah tugasan yang lemah, pada hal, kami sebenarnya adalah barisan hadapan yang melindungi setiap kem SAF daripada sebarang ancaman dan bahaya.

"Kami perlu sentiasa berwaspada kerana anda tidak tahu bila ancaman akan berlaku."

3SG Syukri (tengah) bersama rakan-rakan kadet pakar yang lain di IDTI.

Berbadan gemuk berubah tegap

Perjalanan 3SG Syukri untuk menjadi pakar diharunginya dengan tabah. Sebelum ini, rekrut yang berlebihan berat badan sebanyak 120kg, telah banyak berubah setelah menjalani Latihan Asas Tentera dan Kursus Kadet Pakar (SCC).

"Anda perlu cergas untuk menjadi MP dan saya terpaksa banyak berlari semasa menjalani kursus saya – daripada larian 4km sehingga 10km, termasuk juga jalan naik dan turun bukit.

"Saya juga menerima pingat emas untuk Ujian Kecekapan Jasmani Individu saya semasa SCC, sesuatu yang saya anggap di luar pencapaian saya," kata 3SG Syukri, kini berat badannya hanya 75kg.

Penerima Bayonet Emas ini adalah di kalangan 1,139 kadet yang lulus sebagai pakar dan pakar ketenteraan SAF pada 11 Ogos. Dari para graduan tersebut, 938 adalah daripada Tentera Darat Singapura, 87 daripada Tentera Laut Republik Singapura, 43 daripada Angkatan Tentera Udara Republik Singapura dan 71 berasal daripada Gabungan.

Untuk memperingati peristiwa ini, perbarisan dalaman skala kecil terpencar akan diadakan di Kem Pasir Laba dan juga di pelbagai Institut Latihan dari 11 hingga 19 Ogos.

Ibu 3SG Syukri melekatkan pangkat 3SG pada pakaian seragamnya.

Menjadi model peranan yang baik

Dalam penyampaian ucapannya kepada para graduan dalam rakaman pesanan video selaku Pegawai Semakan, Menteri Komunikasi dan Maklumat & Pembangunan Negara Tan Kiat How menyentuh tentang kepentingan corak latihan keras untuk memastikan tahap kesediaan operasi SAF kekal tinggi, di samping mengutamakan keselamatan.

Menurut beliau lagi, mengambil berat tentang kebajikan anggota tentera adalah asas pembinaan kepimpinan yang mantap: "Pangkat anda mungkin menarik perhatian, walaupun untuk sementara waktu, manakala sikap kepimpinan andalah yang akan memberi penghormatan kepada anda. Dan ia mesti bermula dengan bersikap sahih dan benar-benar menjaga kesejahteraan anggota-anggota tentera di bawah tanggungjawab anda.

"Askar-askar anda menghormati anda, bukan kerana anda lebih pintar atau lebih cergas, tetapi kerana anda mengambil berat dan memimpin mengikut teladan."

3SG Syukri berhasrat untuk menjadi model peranan yang baik dan mencungkil bakat-bakat dalam anggota-anggota pasukannya.

Kata-kata Encik Tan dipegang kuat oleh 3SG Syukri, yang berhasrat untuk menjadi model peranan yang baik dan menjalin hubungan persahabatan yang erat dengan anggota tenteranya.

"Saya mahu menjadi pemimpin yang prihatin dan bersemangat yang boleh mencungkil bakat anggota tentera saya. Menjadi seorang sarjan melibatkan sikap bertanggungjawab dan beramanah bukan sahaja terhadap diri saya malahan juga terhadap anak-anak buah saya.

"Saya juga ingin mengikat hubungan yang erat dengan mereka yang saya bekerja bersama, kerana hanya dengan adanya jalinan hubungan yang rapat maka banyak perkara boleh diuruskan dengan lancar dan efisien."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!