We apologise for the inconvenience. Our website is currently undergoing scheduled maintenance. We are working hard to improve the site as soon as possible.

PEOPLE

BELIAU SUKA CABARAN YANG BAIK

01 Jul 2019

As a cyberthreat analyst working in the private sector, Ms Serena Ong’s interest was piqued when the Singapore Armed Forces (SAF) announced the setting up of the Defence Cyber Organisation (DCO) in 2017.

BackPage

// CERITA OLEH FRANCIS KAN / GAMBAR OLEH MARK TEO

// GAYA OLEH MEI-Z / TATARIAS OLEH LENY FU DARIPADA PALETTEINC

// BAJU JUMPSUT DARIPADA CRAYON HAJI LANE / LOKASI DI FLOR PATISSERIE @ DUXTON HILL


Serena Ong, 32, Pengurus, Bahagian Keselamatan Siber, Pertubuhan Pertahanan Siber

Sebagai seorang penganalisa ancaman siber di sektor swasta, rasa minat Serena Ong telah timbul apabila Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengumumkan mengenai pembentukan Pertubuhan  Pertahanan Siber (DCO) pada tahun 2017. Ingin berkhidmat bagi tujuan yang lebih besar, dia beliau memutuskan untuk memasuki DCO pada permulaan tahun 2018.

"Ia adalah sangat menarik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan perintis di DCO dan dapat menyumbang kepada keselamatan negara. Keselamatan siber adalah industri yang semakin meningkat dan terdapat banyak peluang untuk pembangunan peribadi dan pertumbuhan kerjaya," kata Cik Ong.

Peranan beliau melibatkan pemantauan Web untuk ancaman siber yang berpotensi memberi kesan kepada keselamatan Singapura. Sejak menyertai DCO, beliau telah menghadiri kursus untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan keselamatan sibernya, dan pergi ke luar negara untuk menghadiri persidangan keselamatan siber antarabangsa pada bulan Jun tahun lepas.

Pada masa lapang, beliau suka keluar mencari makanan yang sedap di kafe-kafe. Untuk mencari tempat baru, beliau mengikuti pemblog makanan tempatan untuk cadangan.

Beliau juga suka membaca buku mengenai topik seperti sejarah Timur Tengah, dan kini mempelajari bahasa Jepun sebagai sebahagian daripada minat beliau dengan budaya negara Jepun. "Walaupun bahasa itu sukar dipelajari, saya suka mencabar diri sendiri!"

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story