BELIAU SESUAI MENGAJAR

02sep22_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/02sep22_photo11ae0d6df-6104-4348-90c4-8c466efee6c9.jpg?sfvrsn=c3f9bd02_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BELIAU-SESUAI-MENGAJAR
BELIAU SESUAI MENGAJAR https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BELIAU-SESUAI-MENGAJAR
22 Sep 2022 | PEOPLE

BELIAU SESUAI MENGAJAR

Walaupun rupa luarannya kelihatan ganas – dan latihan yang dia beri amat sukar – Komando 2WO Lam Wai Keung yakin bahawa pelatihnya harus diberi galakan.

// KISAH OLEH THRINA THAM

// FOTO OLEH CHUA SOON LYE

2WO Lam telah melatih pelbagai jenis pelatih – daripada kadet sekolah menengah yang muda, kepada Anggota Tetap Komando yang sebaya.
English 华文
English 华文

Dia telah melatih mereka semua – daripada rekrut dan Anggota Komando Tetap, kepada kadet Kor Kadet Kebangsaan (NCC) dan Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen).

Kini, sebagai Penolong Ketua Jurulatih di Pusat Kecergasan dan Penyesuaian (FCC) Kranji, Pegawai Waran Kedua (2WO) Lam Wai Keung menyelia pelbagai program latihan – termasuk program Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT) untuk NSmen, serta Balapan Berhalang Standard untuk anggota tentera aktif.

Jurulatih berumur 46 tahun ini berbadan tegap – tinggi dan sasa – serta kelihatan tenang dan bersahaja; dia menggelarkan pelatihnya sebagai "pelanggan".

Dia mengambil pendekatan berlainan apabila mendidik pelatih yang berbeza, namun, secara asasnya dia tidak percaya bahawa pelatih perlu dimarahi. "Apabila anda meninggikan suara atau marah, hubungan dan latihan tersebut menjadi kurang berkesan," kata 2WO Lam, yang mempunyai kerjaya sebagai seorang Komando.

Sebaliknya, dia lebih suka memberi latihan dengan pendekatan yang lebih lembut sambil menegakkan disiplin: "Tidak kira perwatakan pelatih, anda harus beri mereka galakan supaya mereka berminat menjalani latihan dan tidak akan berputus asa dengan mudah."

2WO Lam (kedua dari kanan) mengawasi seorang NSman ketika sesi NS FIT di FCC Kranji.

Daripada melatih rekrut kepada NSmen

2WO Lam telah masuk tentera pada 1998 sebagai pakar Komando. Dia memikul pelbagai peranan askar dan jurulatih, termasuk khidmat di Institut Latihan Komando (CTI).

Semasa tempoh khidmatnya di sana, dia menyertai Operasi Flying Eagle 2004 sebagai anggota pasukan gerak pantas bagi Angkatan Bersenjata Singapura yang menggiatkan usaha bantuan tsunami di Aceh, Indonesia.

Pada 2016, dia ditugaskan ke Markas NCC sebagai Sarjan Mejar Kompeni, sebelum menuju ke Pusat Kecemerlangan bagi Prestasi Askar (CESP) pada 2020.

Di sana, dia bertugas sebagai Jurulatih Kecergasan Tempur di Pusat Kecergasan Askar selama satu tahun – menjalankan kursus kecergasan tempur asas dan kursus menyelamat nyawa – sebelum menerima tugasnya sekarang.

2WO Lam (hujung kiri) bersama kadet NCCnya semasa Peringatan Konfrontasi 2018 yang diadakan di McDonald House.

Berjenaka untuk mengurangkan rasa gementar

Antara semua tugasannya, 2WO Lam paling tegas semasa dia menjalankan Kursus Hantaran Udara Asas di CTI – yang melatih kemahiran askar payung terjun bagi Tentera Darat untuk penghantaran melalui helikopter.

"Kami perlu menggalakkan mereka untuk melakukan latihan mereka dengan betul. Bukan untuk sekadar pertunjukan tetapi kerana setiap posisi (yang mereka ambil) akan mempengaruhi cubaan mendarat mereka," kata 2WO Lam, tentang latihan payung terjun.

Oleh sebab ramai pelatih takut tinggi, 2WO Lam sering membantu mereka bertenang apabila mereka terlalu cemas untuk melaksanakan tugas. Untuk berbuat demikian, dia kadangkala berjenaka bersama mereka.

Salah satu contoh, askar payung terjun perlu mengangkat tangan di atas kepala semasa mengendalikan payung terjun mereka. Jika postur mereka senget, 2WO Lam akan mengusik pelatihnya dengan mengangkat tangannya sendiri dan membuat bentuk hati.

"Selepas gelak ketawa, sudah tentu saya akan katakan 'Baiklah, teruskan latihan', dan mereka akan faham bahawa itu masa untuk betul-betul berusaha," dia jelaskan.

Seorang pelatih melompat keluar daripada helikopter Chinook semasa terjun pesawat udara dalam Kursus Hantaran Udara Asas. [Foto Fail]

Kepuasan jurulatih

Di FCC Kranji, 2WO Lam kelihatan segak semasa menyelia latihan NSmen, memantau dan membetulkan kesilapan mereka.

Usahanya disedari oleh Sarjan Ketiga (NS) Kelvin Bau, yang menulis surat kepada unit untuk memuji 2WO Lam kerana membantunya untuk melakukan tekan tubi.

"(Saya) amat berterima kasih kepada (2WO) Lam kerana sanggup membantu lebih daripada tanggungjawabnya untuk menjadi mentor dan memantau prestasi saya semasa saya menjalani IPPT. Dia bukan sahaja membetulkan kesilapan saya dengan sabar, malah dia sendiri menunjukkan tindakan yang betul," ditulis dalam e-mel tersebut.

"Dia bersikap prihatin dan amat mesra… Bimbingannya juga khusus dan membantu."

Dengan bimbingan 2WO Lam, 3SG (NS) Bau membetulkan posturnya dan lulus IPPT pada cubaan ketiga.

2WO Lam (hujung kanan) membimbing seorang NSman tentang postur senamannya ketika sesi NS FIT di FCC Kranji.

2WO Lam mengaku bahawa amat mudah untuk melatih sesiapa yang berminat untuk belajar. Bagi NSmen yang lebih bersikap bo chup (bahasa Hokkien untuk tidak peduli), dia akan fokus terhadap memberi galakan motivasi secara perlahan-lahan.

"Selepas setiap sesi, saya memberitahu mereka, 'Bagus, itu sesi yang baik'. Saya beritahu mereka bahawa aktiviti bersenam, walaupun hanya 10 atau 5 minit, adalah lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa," katanya.

Usahanya membuahkan hasil apabila dia melihat prestasi yang meningkat daripada para pelatihnya. "Itulah sebenarnya – tidak kira apa-apa jenis latihan yang saya beri – jika saya nampak prestasi pelatih semakin meningkat, jika saya dapat membantu mereka menguasai ketakutan mereka, atau mengatasi cabaran: Itulah kepuasan terhebat yang saya dapat terima sebagai jurulatih."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!