BELIAU PENGGERAK PENYELAM TENTERA LAUT

02dec21news2_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/02dec21news2_photo1e7e22c44-10a0-4146-a94f-bbb948cefa9c.jpg?sfvrsn=80f4c889_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BELIAU-PENGGERAK-PENYELAM-TENTERA-LAUT
BELIAU PENGGERAK PENYELAM TENTERA LAUT https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BELIAU-PENGGERAK-PENYELAM-TENTERA-LAUT
07 Dec 2021 | PEOPLE

BELIAU PENGGERAK PENYELAM TENTERA LAUT

Jurutera bot khas ini benar-benar memacu pergerakan unit penyelam tentera laut.

// KISAH OLEH KOH ENG BENG

// FOTO OLEH KENNETH LIN & IHSAN ME3 LEE

ME3 Lee menyelenggara Bot Tempur Sederhana, iaitu bot laju yang digunakan oleh penyelam tentera laut untuk operasi seperti menaiki kapal dan pencegahan keganasan.
English 华文
English 华文

Apabila memperkatakan tentang Unit Penyelam Tentera Laut (NDU), imej yang timbul tentulah sebuah pasukan penyelam tempur elit yang amat terlatih. Namun, pasukan tersebut disokong secara diam-diam oleh sekumpulan jurutera bot khas – mereka memastikan armada bot NDU berada dalam keadaan terbaik, sedia untuk membawa penyelam dalam operasi pada bila-bila masa.

Salah satu daripadanya ialah Pakar Tentera (ME) 3 Lee Chee Tiong, 40, ketua jurutera bot di NDU. Dia menyelenggara pelbagai bot yang dikendalikan oleh NDU, termasuk Bot Tempur Sederhana – bot laju yang dapat membawa sehingga 15 orang penyelam tentera laut bagi operasi seperti menaiki kapal dan pencegahan keganasan.

Penyelam tentera laut mendemonstrasikan cara mereka berundur dari persekitaran bermusuh dengan pantas menggunakan Bot Tempur Sederhana, selepas menyelesaikan misi mereka.

Bagi operasi tertentu, ME3 Lee berlayar dengan penyelam tentera laut untuk menyediakan sokongan kejuruteraan di tapak. Setiap bot dinaiki seorang jurutera bot, dan inilah sebabnya jurutera tentera laut yang berpengalaman dan mahir sahaja yang ditugaskan ke NDU.

"Bukan seperti kapal Tentera Laut yang diurus oleh seluruh bahagian kejuruteraan, jurutera bot khas bekerja secara bersendirian di laut, oleh itu kami mesti mahir dalam kerja kami," kata beliau.

Tiada ruang untuk kesilapan di NDU: ME3 Lee harus memastikan sentiasa terdapat bot yang secukupnya, termasuk bot sokongan, yang sedia untuk operasi.

Beliau menganggap tempoh khidmatnya di NDU sebagai tempoh yang paling memuaskan hati dalam kerjayanya setakat ini. Apabila saya ditugaskan ke sini, saya dapat melakukan aktiviti operasi khas dengan penyelam tentera laut jadi saya bersemangat."

Dari tempat duduk depannya, beliau dapat menyaksikan kerja mereka, risiko yang ditanggung oleh mereka, serta sikap "tidak mengalah" dan semangat "yakin diri" mereka.

Penyelam tentera laut elit RSN dapat melaksanakan misi mencabar di udara, darat dan laut.

Kerjaya berpakaian seragam

ME3 Lee menyertai Tentera Laut Republik Singapura (RSN) pada 2002 selepas menyelesaikan pengajian servis mekanikal di Institut Pendidikan Teknikal. Peranan pertama beliau dalam Tentera Laut ialah sebagai pakar kejuruteraan laut yang menyelenggara Bot Patrol bekas kelas Fearless.

Prebet Lee (kiri) pada ketika itu dengan teman platun semasa Perbarisan Kelulusan Latihan Asas Tentera pada 2003.
Kerjaya berpakaian seragam merupakan pilihan semula jadi bagi ME3 Lee, iaitu seorang kadet Kor Kadet Polis Negara di Sekolah Menengah Fuchun.

Pembelajaran berterusan

Selepas bekerja selama 12 tahun, beliau mendaftar untuk kursus diploma sambilan bagi kejuruteraan mekanikal di Politeknik Singapura pada 2014.

"Pada ketika itu 12 tahun sudah berlalu sejak saya mendapat sijil tinggi NITEC saya, dan Tentera Laut sedang maju kepada generasi seterusnya, jadi saya perlu bersedia untuk perkembangan tersebut," kata ME3 Lee tentang hal yang memotivasikan beliau untuk kembali meneruskan persekolahan.

ME3 Lee (kedua dari kanan) bersama ibu bapa, isteri (hujung kanan) dan anak perempuan sulungnya di upacara penyampaian ijazah politeknik pada 2016.

Tiga tahun seterusnya adalah seolah-olah "Minggu Neraka" yang berpanjangan bagi dirinya – beliau perlu mengendalikan tugas kerja, pengajian dan menjaga bayi baru lahir pada masa yang sama. Namun, usahanya membuahkan hasil apabila beliau menjadi pelajar terbaik!

"Mengimbangi kerja dan pengajian tidak mudah, terutamanya dengan bayi yang baru lahir. Mujurlah, saya mempunyai sokongan isteri saya, yang menjaga keluarga dan bayi kami," kata bapa bagi dua anak perempuan, kini berumur enam dan empat tahun.

Sebuah keluarga

ME3 Lee pada asalnya ditugaskan ke NDU pada 2010 untuk menyelenggara kelengkapan menyelam dan salvaj, kemudian ditugaskan semula pada 2020 sebagai jurutera bot khas. Apabila ditanya tentang perkembangan NDU sejak beberapa tahun ini, ME3 Lee menyatakan bahawa kini ia merupakan wadah tumpuan pelbagai jenis orang.

Kakitangan NDU berkumpul untuk meraikan ulang tahun ke-45 unit pada 2016. ME3 Lee memerihalkan NDU sebagai sebuah keluarga rapat yang bekerja dan berhibur secara bersama – tidak kira sama ada mereka penyelam, kelasi atau jurutera bot.

Beliau mengingati bahawa pada masa lalu, kelasi dan jurutera tentera laut yang ditugaskan ke NDU mungkin rasa tidak rapat dengan komuniti penyelam.

"Kami biasa bekerja di atas kapal tetapi apabila kami mula bertugas di NDU, hampir semua orang menyelam atau melakukan operasi khas di dalam air. Jadi sesetengah daripada kami rasa tidak serasi dan perlu menyesuaikan diri.

"Namun, sekarang amat berbeza. Penyelam, kelasi, jurutera, pegawai dan pakar tentera bekerjasama dengan rapat."

Jurutera bot sering menyertai penyelam untuk menjalani latihan fizikal, dan anggota yang lebih suka cabaran boleh mengambil kursus menyelam asas, kata ME3 Lee.

Para penyelam pula, mempelajari pengetahuan kejuruteraan asas daripada jurutera bot, kata beliau.

"Pada masa lalu, penyelam hanya dapat memberitahu kami bahawa bot rosak, tetapi kini mereka boleh memberitahu kami bahagian khusus pada bot yang rosak, malah sesetengah daripada mereka boleh menjalankan sendiri langkah penyelesaian masalah yang paling asas."

Ucapan selamat

Menjelang ulang tahun ke-50 bagi NDU pada tahun ini, ME3 Lee ingin mengucapkan terima kasih kepada golongan lama kerana membina asas yang kukuh dan identiti untuk generasi terkini.

"Bersama-sama, kami akan terus menegakkan kehormatan kami dan membawa unit ini ke peringkat yang lebih tinggi. Tiada apa-apa yang dapat menjadi halangan. Hooyah!"

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!