BEKAS PEGAWAI ANGKATAN LAUT MELATIH REMAJA UNTUK MEMBINA KEYAKINAN

26feb20_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/26feb20_news1_photo1.jpg?sfvrsn=36ac9354_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BEKAS-PEGAWAI-ANGKATAN-LAUT-MELATIH-REMAJA-UNTUK-MEMBINA-KEYAKINAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BEKAS-PEGAWAI-ANGKATAN-LAUT-MELATIH-REMAJA-UNTUK-MEMBINA-KEYAKINAN
BEKAS PEGAWAI ANGKATAN LAUT MELATIH REMAJA UNTUK MEMBINA KEYAKINAN
26 Feb 2020 | PEOPLE

BEKAS PEGAWAI ANGKATAN LAUT MELATIH REMAJA UNTUK MEMBINA KEYAKINAN

// BERITA OLEH THRINA THAM

// FOTO OLEH KENNETH LIN & IHSAN MAJ (NS) YAP

Dia telah memimpin beratus-ratus anggota sebagai Pegawai Pemerintah tiga kapal sepanjang kariernya. Kini, dia Askar Simpanan dalam Skim Simpanan Lanjutan Sukarela (ROVERS) dan menganjurkan kem latihan untuk remaja.

1-UP-B-caption

Berbekalkan pengalaman tentera selama 33 tahun, Mejar (MAJ) (NS) Yap Chee Eng mempunyai karier yang panjang dan tidak dapat dilupakan dalam Angkatan Laut Republik Singapura.

Pegawai Angkatan Laut yang mengetuai kapal yang menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa tsunami Boxing Day 2004 di Indonesia; telah terlibat dalam operasi cari berikutan insiden SilkAir MI185; dan telah mengawal selia sejumlah latihan luar negara.

Sejak menamatkan perkhidmatan sebagai Anggota Tetap pada 2005, Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi (NSman) mengetuai salah satu daripada kapal-kapal Skuadron 192/193 Sumber Awam - di mana dia meneruskan khidmatnya dia bawah ROVERS hari ini.

Semasa tempoh perkhidmatannya, dia mengetuai anak-anak kapalnya untuk memenangi dua Anugerah Kapal Terbaik (RSS Bedok dan RSS Endeavour) dan dua anugerah Pasukan NSmen Terbaik.

Pegawai berusia 55 tahun ini terus melatih anak-anak muda: dia menubuhkan syarikat latihannya sendiri, Aspen 3, yang menganjurkan program kepimpinan dan kem pengembaraan untuk remaja.

Syarikat ini telah menganjurkan program untuk Universiti Nasional Singapura, Universiti Teknologi Nanyang dan institusi- institusi pengajian tinggi lain dan sekolah-sekolah menengah.

Bapa tiga orang anak ini memberitahu kenapa beliau bermotivasi untuk terus berkhidmat kepada negara.

MAJ (NS) Yap memegang kuasa Kereta Kebal Kapal Pendarat RSS Endeavour pada Mei 2004.

Kenapakah anda menyertai Angkatan Laut?

Singapura mengalami kemelesetan ekonomi pada 1986. Ibu bapa saya penjaja dan mereka terpaksa menutup gerai mereka. Saya tidak perlu berfikir panjang setelah tamat pengajian dari Politeknik Singapura (dalam Kejuruteraan Marin) - saya masuk tentera bagi memperoleh pendapatan untuk keluarga.

MAJ (NS) Yap (kanan) menerima Surat Pelantikan untuk memegang kuasa RSS Endeavour.

Apakah saat yang paling membanggakan untuk anda di dalam Angkatan Laut?

Ia sentiasa menjadi saat yang membanggakan setiap kali saya memegang kuasa. Saya menerima pelantikan pertama saya sebagai Pegawai Pemerintah (CO) bagi Kapal Peronda Pinggir Pantai RSS Swift Centurion ketika saya agak muda, pada usia 30 tahun!

Apabila saya menjadi CO RSS Endeavour, saya sangat berbangga diberikan penghormatan ini. Ia merupakan kapal terbesar dalam Angkatan Laut dan saya diberikan peluang untuk memimpinnya.

MAJ (NS) Yap dengan isterinya Rachael dan dua orang anak lelakinya semasa majlis kepulangan RSS Endeavour selepas misi kemanusiaan akibat bencana tsunami Boxing Day.

Anda juga memimpin RSS Endeavour bagi menyokong usaha bantuan selepas bencana tsunami Boxing Day.

Kami antara tiga kapal akhir yang berlepas. Saya rasa itulah pertama kali sebuah kapal Angkatan Laut membawa lebih 60 orang awam di atas kapal…dan kami terpaksa menjaga dan mengawasi mereka, bersama-sama dengan sumbangan bekalan bantuan.

Anak-anak kapal saya dan saya merasakan perkara yang sama: kami gembira dapat membantu, tidak kira kecil atau besar (usahanya).

Anak-anak kapal RSS Endeavour membina ikatan sebagai keluarga setelah melalui kerahan yang lama bersama-sama.

Kenapa menubuhkan syarikat latihan?

Semasa saya meninggalkan Angkatan Laut ketika berusia 40 tahun, saya tahu bahawa saya ingin melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan latihan.

Memandangkan kami bergerak atas platform operasi, pegawai-pegawai angkatan laut muda lebih banyak berjumpa dengan kami (komander) berbanding ahli-ahli keluarga mereka sendiri - sama juga seperti saya; saya pernah diaktifkan pada hari jadi saya dan keluarga saya meneruskan majlis hari jadi tersebut tanpa saya - tetapi saya seronok melihat pegawai-pegawai muda ini membesar dalam Angkatan Laut dan menjadi lebih yakin. Usaha kami telah membuahkan ganjaran yang amat memuaskan.

Salah satu daripada program latihan yang dijalankan oleh Aspen 3 dianjurkan di Forest Adventure, di mana pelajar-pelajar menjalani kursus elemen tinggi untuk membina keyakinan.

Jadi, bagaimanakah anda melatih anak-anak muda yang menjalani program anda?

Dengan kursus elemen tinggi, kami meletakkan mereka dalam persekitaran di luar zon selesa mereka untuk mencabar mereka melepasi sempadan diri dan membina ketokohan.

Sekolah-sekolah berbeza yang kami bekerjasama dengan mahu pelajar-pelajar mereka mempelajari pelbagai kemahiran ketara - seperti mendengar dengan empatetik untuk memudahkan perbincangan - jadi kami merancang program kami berdasarkan keperluan mereka.

Kenapakah anda terus berkhidmat dengan tentera sehingga hari ini?

Saya masih menyayangi Angkatan Laut. Saya memberitahu orang atasan saya: jika anda masih memerlukan perkhidmatan saya, saya akan terus menyumbang.

Kerana itulah saya kekal sebagai CO pasukan saya, kapal-kapal Sumber Awam, dari 2005 (semasa saya menamatkan perkhidmatan) sehingga ke hari ni.

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?