BAPA KEPADA EMPAT ANAK MENGUNGGULI KURSUS PEMERINTAHAN DAN STAF

18oct22_news1_image1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/18oct22_news1_image1.jpg?sfvrsn=e3c62a59_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BAPA-KEPADA-EMPAT-ANAK-MENGUNGGULI-KURSUS-PEMERINTAHAN-DAN-STAF
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BAPA-KEPADA-EMPAT-ANAK-MENGUNGGULI-KURSUS-PEMERINTAHAN-DAN-STAF
BAPA KEPADA EMPAT ANAK MENGUNGGULI KURSUS PEMERINTAHAN DAN STAF
18 Oct 2022 | PEOPLE

BAPA KEPADA EMPAT ANAK MENGUNGGULI KURSUS PEMERINTAHAN DAN STAF

//KISAH KOH ENG BENG

//FOTO IHSAN MEJ (NS) TWOHILL

MEJ (NS) Twohill (kiri) bersama rakan kursusnya di jamuan makan malam GKSCSC pada Sep tahun ini.

Anak keempat anda akan dilahirkan tidak lama lagi. Anda sibuk dengan tugasan di bank. DAN anda sedang menjalani pengajian MBA eksekutif. KEMUDIAN anda terima berita, anda perlu menghadiri kursus ketenteraan selama sepuluh bulan. Adakah anda mampu menanganinya?

MEJ (NS) Edmund Twohill bukan sahaja meneruskannya. Malahan, beliau mengunggulinya, dan muncul sebagai graduan terbaik Kursus Pemerintahan dan Staf (CSC) (NS) tahun ini. Bagaimana beliau melakukannya?

Beliau merupakan di antara 231 Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara yang tetap dan pegawainya, pakar tentera, pegawai waran, pegawai polis dan pegawai antarabangsa yang tamat kursus di Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee (GKSCSC) tahun ini.

MEJ (NS) Twohill bersama isteri dan anak-anaknya. Anak bongsunya tiba dua minggu sebelum permulaan CSC (NS).

Pada mulanya, MEJ (NS) Twohill berasa bimbang untuk menghadiri CSC (NS). Anak keempatnya akan dilahirkan tidak lama lagi, dan dia sedang sibuk menguruskan tugasan dan pengajian MBA eksekutifnya. Tetapi Melissa, isterinya yang sentiasa menyokongnya mengatakan, "Lakukan sahaja. Kami akan mengatasinya bersama-sama."

MEJ (NS) Twohill sedang bersiap sedia untuk menghantar anak-anak perempuannya ke sekolah.

Semasa fasa kediaman lima minggu kursus CSC (NS), anak-anaknya akan bangun lebih awal supaya beliau boleh menghantar mereka ke sekolah. Ini membolehkan beliau meluangkan sedikit masa bersama mereka sebelum melaporkan diri ke kem.

Ini amat penting untuk MEJ (NS) Twohill kerana anak-anaknya akan tidur apabila beliau pulang ke rumah, adakalanya selewat-lewat jam 11 malam.

Rakan sekolah MBA eksekutifnya, serta rakan sekerja dan pengurus juga menyokongnya apabila dia terpaksa menghadiri latihan. Naib presiden di bank DBS, MEJ (NS) Twohill mengetuai bersama pasukan pembangun yang sedang mengusahakan produk digital.

Prebet Twohill semasa muda bersama dengan bersama ibunya di perbarisan tamat pengajian Latihan Asas Tentera (BMT) pada tahun 2003.

MEJ (NS) Twohill meneruskan perkhidmatannya sebagai Anggota Tetap dalam Perkhidmatan Negara selepas tamat kursus BMTnya pada 2003. Pada 2019, beliau meminta dilepaskan untuk sementara waktu meneruskan minatnya dalam ruang teknologi digital.

Tetapi MEJ (NS) Twohill sambung khidmat dengan penuh semangat sebagai Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara. Kini beliau bertugas sebagai pegawai operasi dalam batalion NS dalam formasi Pengawal.

Ketika ditanya apakah faktor pendorong baginya untuk melakukan yang terbaik dalam latihan Perkhidmatan Negara, MEJ (NS) Twohill berkata: "Tanpa Perkhidmatan Negara, anda tidak akan mempunyai pertahanan yang boleh dipercayai. Selain itu,  saya tidak fikir anda mungkin tidak ada Singapura pun.

"Sebagai pemimpin Perkhidmatan Negara, saya berperanan untuk memastikan unit di bawah penjagaan saya atau orang yang berinteraksi dengan saya seharusnya kekal positif dan ingin berkhidmat sebagai Anggota Tentera Perkhidmatan Negara."

MEJ (NS) Twohill (baris kedua, kedua dari kiri) menghargai hubungan persahabatan yang dijalin dengan rakan-rakan pegawai Perkhidmatan Negara.

MEJ (NS) Twohill amat menghargai hubungan eratnya dengan rakan-rakan pegawai Perkhidmatan Negara sepanjang kursus CSC (NS).

"Saya mendapat ramai kawan baik, kawan yang kekal sepanjang hayat," kata MEJ (NS) Twohill. "Kami semua berkomited untuk memastikan NS terus kekal relevan. Kami semua mahu melihat Singapura berkembang maju dan makmur."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!