Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/08sep23_news1-thumbnail95f6fba8-5681-4cad-908b-1d1429df17ea.jpg?sfvrsn=4519ad0a_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BAPA-HELIKOPTER
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BAPA-HELIKOPTER
BAPA HELIKOPTER
08 Sep 2023 | PEOPLE

BAPA HELIKOPTER

BAGI PELATIHNYA, DIA SEPERTI SEORANG BAPA YANG MENUNJUKKAN JALAN. MENURUT ME3 ANTHONY GILBERT – YANG TELAH MENYELAMATKAN NYAWA DAN MENGIBARKAN BENDERA SINGAPURA DENGAN TINGGI DI NDP DALAM KERJAYANYA SELAMA 42 TAHUN – DIA INGIN MEMBANTU JURUTERA PENERBANGAN MUDA MENCARI MAKNA DALAM KERJAYA MEREKA.

ME3 Anthony (kiri) berharap jurutera penerbangan muda seperti pelatih ME1 Wong (kanan) akan menjumpai minat terhadap pekerjaan mereka, sama seperti dirinya.

"Saya orang yang paling tua di Pangkalan Udara Sembawang yang masih terbang!" Pakar Tentera (ME) 3 Anthony Gilbert Vincent mengisytiharkan dengan bangga.

Pada umur 59, dia melakukan sesuatu yang tidak berani dilakukan oleh kebanyakan orang berumur sebaya – mengatasi cabaran mental dan fizikal penerbangan untuk beroperasi di atas helikopter Chinook sebagai Jurutera Angkatan Udara (Jurutera Penerbangan). Dan kini, dia berharap dapat menyampaikan tanggungjawabnya kepada jurutera penerbangan generasi baharu.

Raja helikopter

ME3 Anthony mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang helikopter RSAF. Sejak menyertai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) pada 1981, dia telah berkhidmat dengan helikopter UH-1H "Huey"; Bell 212; Super Puma; dan sekarang, helikopter CH-47D, CH-47SD dan CH-47F Pengangkut Berat.

Tugas ME3 Anthony telah membawanya ke seluruh dunia, termasuk tempoh bertugas dalam Detasmen Oakey (digambarkan di sini) di Australia pada Februari.

Helikopter berbeza ini telah membawanya menghadapi pelbagai misi yang penting. Apabila Hotel New World runtuh pada 1986, dia merupakan sebahagian daripada pasukan UH-1H yang dikerah dengan pantas untuk memindahkan mangsa ke Hospital Tan Tock Seng dan Hospital Besar Singapura. Sebagai Juruteknik Angkatan Udara pada ketika itu, dia membawa mangsa daripada usung ke pesawat.

Dia menjadi juruteknik kanan pada 1989 dan kemudian menyertai skuadron AS-332 Super Puma yang baru ditubuhkan pada masa tersebut.

Pada 1991, penerbangan SQ117 Singapore Airlines telah dirampas dan anggota Pasukan Gerak Khas telah dihantar untuk meneutralkan pihak yang bertanggungjawab. Dia telah dikerahkan ke Lapangan Terbang Changi dengan helikopter Super Puma, dan di sana pasukan menunggu sedia untuk membawa mangsa tercedera ke hospital.

Dia mengingati hari tersebut dengan jelas: "Kami dikerah pada awal pagi dan diatur kedudukan berhampiran dengan pesawat SQ. Kami menunggu ketika Pasukan Gerak Khas menyerbu pesawat tersebut, sekiranya terdapat mangsa. Mujurlah, tiada sesiapa yang tercedera."

Walaupun selepas 42 tahun, ME3 Anthony terus mengagumi ilmu mekanik helikopter.

Misi menyelamat nyawa

Pada 1997, dia menjadi jurutera penerbangan, dan dengan itu bermulalah perjalanan penerbangannya. Dia menyertai Skuadron (SQN) 127, yang mengendalikan Chinook.

Menggunakan pengalamannya dengan Super Puma untuk mengibarkan bendera Singapura di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), dia melatih anak kapal Chinook untuk penerbangan Hari Kebangsaan pertama mereka pada 2001.

Dia ditugaskan sekali lagi pada 2012 untuk memindahkan orang awam yang ada di atas kapal saudagar di Laut China Selatan. Warga Greece itu mengalami serangan sakit jantung dan pasukan Pencarian dan Penyelamat CH-47 telah diaktifkan bersama dengan 1 Skuadron Perubatan.

"Ini merupakan misi yang penting bagi diri saya," dia beritahu. "Misi ini mencabar kerana cuaca sangat buruk dan tiada tempat sesuai untuk mendarat, jadi kami terpaksa mengangkat doktor dan Pakar Anak Kapal Udara menggunakan win untuk membawanya naik.

"Apabila kita tahu kita telah menyelamatkan nyawa, itu sememangnya misi yang bermakna," katanya. Oleh sebab misi ini, dia memakai lencana yang menggambarkan palang kecil, menandakan nyawa yang dia telah selamatkan.

ME3 Anthony (kiri) dan ME1 Wong menjalankan pemeriksaan pra-penerbangan pada CH-47SD. Dia percaya dalam membimbing para pelatihnya agar mencari penyelesaian sendiri dan bukannya memberi setiap jawapan.

Sebab bangun tidur setiap hari

ME3 Anthony juga telah menghabiskan masa dua dekad yang lalu dalam mendidik jurutera penerbangan baharu. Falsafah peribadinya adalah untuk mengelakkan daripada memberi sahaja jawapan kepada pelatih; sebaliknya, dia percaya harus membimbing mereka supaya mencari jawapan.

Namun pembelajaran tidak berhenti di sana, dia tambah. "Jangan rahsiakan maklumat itu untuk diri sendiri; kongsikan maklumat itu! Apabila anda menceritakan pengalaman anda dan berkongsi pengajaran, ini membolehkan anda belajar lebih cepat daripada pembelajaran bersendirian."

ME1 Wong Liguang daripada SQN 127 sedang belajar di bawah bimbingan ME3 Anthony di Sekolah Darat Jurutera Penerbangan.

"Semasa saya baru tiba, saya tidak banyak pengetahuan. Encik menggalakkan saya untuk membuat pemikiran kritis, dan memberitahu saya: 'Kamu mesti ada sifat ingin tahu tentang aspek yang ingin dipelajari (tentang pesawat tersebut)'. Jadi apabila saya mendapat jawapan, saya bertekad sepenuhnya. Ini lebih berkesan daripada sekadar menghafal maklumat."

Semangat dan minat ME3 Anthony terhadap helikopter telah mendorongnya melalui kerjaya selama 42 tahun yang amat berbaloi.

Mencari semangat dan minat

Bagi ME1 Wong yang berusia 23 tahun itu, ME3 Anthony bukan sekadar guru, tetapi seorang mentor: "Dia bersifat seperti bapa dan amat penyayang. Apabila saya hilang motivasi akibat masalah yang dihadapi, dia akan tanya saya apakah tujuan saya dan apakah yang ingin saya capai."

Ini nasihat sama yang dia beri kepada anaknya sendiri, kata ME3 Anthony. Minat dan semangatnya untuk kerjanya adalah sangat ketara – semasa dia seorang pelatih, dia pernah menampal halaman sistem yang sedang dipelajari di seluruh biliknya dan menghabiskan masa 20 minit setiap pagi dan malam untuk belajar!

"Saya pengendali helikopter pertama yang masih terbang sehingga berumur 60 tahun. Saya lakukan ini untuk kekal cergas dari segi fizikal dan untuk membuktikan bahawa saya dapat lakukannya. Saya ingin menjadi inspirasi kepada anak-anak saya – lakukan tugas yang digemari dan bergembira!"

ME3 Anthony (kedua dari kiri) dengan anak kapal Chinook yang mengibarkan bendera di atas Padang pada NDP tahun ini.

Kerjaya menjulang langit

Pada Hari Kebangsaan ini, ME3 Anthony terbang buat kali terakhir dalam kerjayanya: membawa bendera kebangsaan merentas Padang sambil menaiki CH-47SD ketika Majulah Singapura sedang dinyanyi. Dia merancang untuk bersara daripada RSAF apabila dia mencapai 60 tahun pada November ini.

Walaupun dia telah hilang kiraan penerbangan dekat NDP yang pernah dia sertai, tahun ini amat istimewa. Terutamanya dengan pertunjukan udara untuk meraikan ulang tahun ke-55 RSAF.

ME3 Anthony berharap menjadi inspirasi kepada anak-anaknya, agar mereka dapat mencari semangat dan makna kerjaya mereka. Dia digambarkan di sini dengan isterinya (kedua dari kanan) dan anak-anaknya di Rumah Terbuka RSAF 2016.

"Warga di darat tidak memahami tahap keprofesionalan yang kami patuhi. Ini bukan bersikap kiasu; ini kebanggaan yang ada pada kita semasa berkhidmat untuk negara kerana ini hari jadi kita. Ini perasaan indah yang tidak dapat diperihalkan dengan kata-kata.

"Itulah sebabnya saya akan menutup tirai bab (hidup) saya ini dengan penerbangan NDP. Saya tahu saya telah menutup pintu kerjaya saya dengan cara yang terbaik mungkin," katanya dengan penuh senyum.

Suggested Reading
BAKAT MUDA KOMITED UNTUK PERTAHANAN SINGAPURA
PEOPLE
13 Aug 2025

Sebanyak 82 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah disampaikan kepada calon pelajar muda yang bercita-cita tinggi tahun ini.

SG60 Sambutan di Kawasan Perumahan Awam
COMMUNITY
10 Aug 2025

Sambutan Hari Kebangsaan mungkin sudah berakhir, namun kemeriahannya diteruskan hingga sepanjang hujung minggu dengan pelbagai acara di seluruh pulau!

Cover story
SELAMAT ULANG TAHUN KE-60, SINGAPURA!
COMMUNITY
09 Aug 2025

Feature
JUARA UNTUK INOVASI
TECHNOLOGY
30 Jul 2025

She used to serve on the Sebelas Anugerah Menteri Pertahanan (MDA) diberikan pada tahun ini, untuk inovasi oleh kakitangan MINDEF dan SAF yang membawa kepada kecekapan yang lebih baik dan keadaan kerja yang lebih selamat.

Feature
LOMPATAN GERGASI KE DALAM BUT BARU
PEOPLE
29 Jul 2025

She used to serve on the Perubahan kerjaya tidak pernah mudah, tetapi melompat keluar dari zon selesa mereka ke SAF adalah apa yang diinginkan oleh wanita-wanita pertengahan kerjaya ME4 Jessica Ho dan ME4 V. Yoginita.

Feature
DI BELAKANG PERBARISAN
COMMUNITY
28 Jul 2025

She used to serve on the Berbulan-bulan bekerja keras dan hujung minggu yang dihabiskan, semuanya untuk pesta ulang tahun terbesar Singapura. Inilah pas belakang pentas anda untuk Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini!

SUKARELAWAN MINDEF DIHORMATI ATAS SUMBANGAN KEPADA PERTAHANAN S'PURA
COMMUNITY
24 Jul 2025

Sukarelawan-sukarelawan ini memainkan peranan penting dalam mempromosi kesedaran tentang hal-hal pertahanan kepada orang ramai dan memberi inspirasi atas sokongan kepada Perkhidmatan Negara.

DARIPADA JURUAUDIT KEPADA PEGAWAI PERANG UDARA
PEOPLE
23 Jul 2025

LTA Liz Voon menukar audit kewangan untuk misi pertahanan udara. Temui wanita pertengahan kerjaya ini yang meninggalkan salah satu firma perakaunan "4 Besar" untuk meneruskan tujuannya dalam RSAF, dalam siri "Dari Meja ke Lapangan" PIONEER!

PAPARAN KAPAL HEBAT NDP 2025 DI TELUK MARINA
COMMUNITY
19 Jul 2025

Paparan maritim adalah sebahagian daripada kontinjen kenderaan NDP khas tahun ini, menyertai terbang lalu udara di atas Padang dan pandu lalu di sepanjang St Andrew’s Road.

APABILA INOVASI KEJURUTERAAN MENEMUI PERTAHANAN NEGARA
PEOPLE
16 Jul 2025

ME5 Joshua Tay membawa 18 tahun kepakaran dalam pelbagai bidang ke Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS). Temui ahli pertengahan kerjaya ini dalam siri terbaharu PIONEER "Dari Meja ke Lapangan"!