Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/22mar21_news1_photo13cd73aaf-b7c6-4072-b6d7-387590359e74.jpg?sfvrsn=dacc8355_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BANGGA-DENGAN-BERPAKAIAN-SERAGAM
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BANGGA-DENGAN-BERPAKAIAN-SERAGAM
BANGGA DENGAN BERPAKAIAN SERAGAM
22 Mar 2021 | PEOPLE

BANGGA DENGAN BERPAKAIAN SERAGAM

PAKAR TENTERA (ME) 3 SANHTI A / P THANAPAL, 44, BERKONGSI PENGALAMANNYA DALAM MISI CARI DAN KESAN PESAWAT MH370 YANG HILANG, DAN KENAPA DIA MASIH MENIKMATI SETIAP HARI BEKERJANYA SEPANJANG 23 TAHUN BEKERJA DENGAN TENTERA UDARA REPUBLIK SINGAPURA (RSAF).

ME3 Sanhti adalah antara sukarelawan pertama yang menyahut seruan dalam misi pencarian pesawat MH370 yang hilang.

Menjadi sukarelawan dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing merupakan detik-detik yang tidak dapat saya lupakan sepanjang 23 tahun saya bekerja.

Saya masih ingat lagi, pada hari Pegawai Pemerintah (CO) saya mengirim teks kepada kami, meminta sesiapa yang ingin melibatkan diri dalam misi pencarian secara sukarela. Saya terus bersetuju tanpa berfikir panjang.

Pada keesokan harinya, CO saya bertanya sama ada saya yakin dengan keputusan saya dan adakah keluarga saya bersetuju untuk saya menyertai misi tersebut. Saya meyakinkannya bahawa saya ingin membantu dalam usaha pencarian itu.

Sepanjang penerbangan selama 10 jam, ME3 Sanhti ditugaskan mengimbas laut untuk mencari tanda-tanda serpihan.

Pada 9 Mac 2014, saya terbang dengan pesawat pengangkutan C-130 bersama-sama 18 anak kapal. Sepanjang penerbangan selama 10 jam, dengan mengguna binokular, saya perlu mencari sekiranya ada orang yang masih hidup atau serpihan-serpihan di lautan.

Walaupun saya berasa gementar memandangkan nyawa yang dipertaruhkan, tetapi saya bertekad untuk membantu menjadi "pengimbas".

Pesawat itu terbang rendah, dan saya berasa mabuk kerana asyik merenung objek-objek yang bergerak. Meskipun begitu, saya bertahan dan menetapkan fokus saya sepanjang misi 10 jam.

Pencarian yang berlangsung di Laut China Selatan adalah seumpama mencari jarum dalam timbunan rumput kering. Walaupun kami tidak berjaya menemui apa-apa pada hari itu, saya masih berpuas hati kerana berpeluang menyertai misi tersebut.

Sebagai Ketua Bahagian Operasi Udara di Sekolah AOSX, ME3 Sanhti (paling kiri) melatih Anggota Perkhidmatan Nasional Sepenuh Masa (NSF) dan anggota tetap tentang topik operasi udara yang berkaitan dengan kawalan lalu lintas udara dan pengurusan operasi pangkalan.

Berjiwa masyarakat

Kini saya bertugas sebagai Ketua Bahagian Operasi Udara di Sekolah Pakar Operasi & Sistem Udara (AOSX) di Institut Latihan Perang Udara (AWTI).

Tugasan saya adalah melatih Anggota Perkhidmatan Nasional Sepenuh Masa (NSF) dan anggota tetap tentang topik operasi udara yang berkaitan dengan kawalan lalu lintas udara dan pengurusan operasi pangkalan. Ini adalah termasuk latihan praktikal guna tangan di simulator menara di AWTI.

Semasa pengajaran, saya akan berkongsi kisah peribadi saya tentang pengalaman kerja saya dan misi cari dan kesan MH370 yang saya sertai.

Tujuan utama saya berkongsi kisah-kisah ini adalah untuk memberi kesedaran tentang senario-senario sedemikian dan untuk memberi motivasi kepada generasi muda untuk mengambil langkah dan menghulurkan bantuan pada bila-bila masa.

ME3 Sanhti (kanan) membimbing pelatihnya, Prebet Teo Kia Wee, di simulator menara.

Saya pernah bertugas sebagai koordinator pos perintah pangkalan sebelum menjadi instruktur operasi udara. Saya bertugas mengikut kitaran 24 jam untuk memantau aktiviti seperti operasi penerbangan dan penyenggaraan platform, serta membantu dalam koordinasi dan liaison dengan unit-unit pengurusan pangkalan.

Walaupun ia merupakan suatu tugasan yang mencabar, kami sepasukan tetap bekerja dengan bersungguh-sungguh. Tidak wujud perbezaan jantina–kami semua memainkan peranan masing-masing dengan bangga dan dengan penuh kerjasama.

Kedua-dua ME3 Sanhti dan suaminya, ME3 Ganisen (paling kiri), bertugas di RSAF. ME3 Ganisen adalah AOSX dari Skuadron 202. Mereka mempunyai dua cahaya mata, Marcus, 19 dan Marianne, 14.

Menjugel kerja & keluarga

Di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), kami tidak ditentukan mengikut jantina kami tetapi menurut kecekapan dalam menjalani tugasan kami.

Sebagai ibu kepada dua orang anak, saya perlu menjugel tugasan, keluarga dan pelajaran. Saya dan suami saya bekerja mengikut syif di RSAF. Walaupun tidak mudah, kami masih boleh menguruskannya.

Saya juga mengambil kesempatan untuk meningkatkan kemahiran dan melengkapkan kursus Diploma Pakar berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran yang ditaja oleh SAF di Institut Pendidikan Nasional baru-baru ini.

ME3 Sanhti tidak berasa kesal berkhidmat dengan RSAF dan masih menikmati pekerjaannya selama 23 tahun.

Hidup dengan penuh semangat

Adalah penting bagi saya untuk melakukan apa sahaja yang digemari di samping menawarkan perkhidmatan yang terbaik pada setiap masa. Perjalanan hidup seseorang sememangnya tidak selalu mudah – kami sering menghadapi pelbagai rintangan, tetapi akhirnya semuanya akan berbaloi.

Inilah sebabnya, walupun berhadapan dengan banyak cabaran, saya masih menikmati pekerjaan saya di tentera dan tidak menyesal menyertai RSAF.

Saya sedar saya sedang mempertahankan negara dan berasa bangga memakai pakaian seragam saya.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

She used to serve on the Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

She used to serve on the COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

She used to serve on the Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!