BAGAIMANA KPT (NS) MELVIN TAN MENEWASKAN DIABETES

06dec19pnr1-photo0 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/06dec19pnr1-photo0ff860703-0106-493d-bebf-66745bdad975.jpg?sfvrsn=2faa71f8_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BAGAIMANA-KPT-NS-MELVIN-TAN-MENEWASKAN-DIABETES
BAGAIMANA KPT (NS) MELVIN TAN MENEWASKAN DIABETES https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BAGAIMANA-KPT-NS-MELVIN-TAN-MENEWASKAN-DIABETES
06 Dec 2019 | PEOPLE

BAGAIMANA KPT (NS) MELVIN TAN MENEWASKAN DIABETES

Diabetes tidak boleh diubati tetapi Kapten (KPT) (NS) Melvin Tan berjaya "mengundur" penyakitnya.

// BERITA KOH ENG BENG

// FOTO KENNETH LIN

English 华文
English 华文

Didiagnos dengan penyakit ini ketika hanya berusia 31 tahun, KPT (NS) Tan mengetahui bahawa dia mempunyai kebarangkalian untuk meninggal dunia lebiah awal berbanding rakan-rakan sejawatnya. Penyakit ini boleh membawa kepada serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

Tetapi dengan senaman dan regim diet yang ketat namun berterusan, dia berjaya meletakkan penyakitnya dalam remisi.

Hari ini, pengurus dana berusia 40 tahun itu tidak lagi memerlukan suntikan insulin atau ubat. Tontoni bagaimana dia "mengundur" penyakit diabetes-nya:

Membentuk tabiat sihat

Baginya, kunci menewaskan diabetes berkaitan dengan mengamalkan tabiat baik dan kekal mengamalkannya.

"Terdapat pelbagai regim diet dan senaman di luar sana. Tetapi ia tidak akan berkesan jika anda tidak menjadikan bersenam dan makan dengan sihat satu tabiat," kata KPT (NS) Tan, timbalan pegawai operasi dalam formasi Armour.

1-UP-B-caption

Dia menambah: "Bila saya mula bersenam, saya rasa benar-benar teruk dan berasa amat berat untuk melakukannya. Untuk memotivasikan diri saya, saya memberi ganjaran kepada diri saya dengan coklat gelap (yang tidak mengandungi gula), atau segelas wain merah, setiap kali saya melengkapkan senaman."

Senaman seluruh badan

1-UP-B-caption

Tarik ke atas (dengan beban 20 kg)
8 set daripada 5 ulangan

1-UP-B-caption

Tekan tubi (dengan beban 10 kg)
8 set daripada 20 ulangan

1-UP-B-caption

Cangkung Archer (cangkung dengan mendepakan sebelah kaki)
8 set daripada 12 ulangan

1-UP-B-caption

L-sit (berat badan disokong oleh tangan dengan kedua-dua kaki dijulurkan ke hadapan badan anda)
3 set daripada 30 saat

1-UP-B-caption

Bridge (baring dengan tangan di sisi anda, dan kemudian mengangkat punggung anda ke atas)
3 set daripada 30 ulangan

"Saya mula membuat hanya tiga set daripada 10 senaman tarik ke atas atau tiga tekan tubi tanpa pemberat tambahan. Penting untuk bermula dengan perlahan, kerana jika anda boleh mencapainya, anda akan lebih bermotivasi untuk terus bersenam. Ia berkaitan dengan membentuk tabiat yang berterusan."

1-UP-B-caption

KPT (NS) Tan mengamalkan diet yang sihat dan mapan yang membolehkan dia mengambil makanan istimewa sekali-sekala (namun jarang-jarang sekali).

Peraturan diet yang ringkas

"Saya mengamalkan peraturan ringkas: elakkan karbohidrat ringkas dan gula. Ini bermakna tidak makan mee atau nasi, dan minuman tanpa gula.

"Tetapi penting bagi anda untuk mengekalkan diet anda agar berterusan. Untuk memuaskan keinginan saya, saya membenarkan diri saya untuk makan satu atau dua sudu nasi lemak atau beehon goreng setiap minggu. Saya juga mempunyai ‘bajet karbo' tahunan dan makan satu atau dua ulas durian. Untuk buah mangga, saya membenarkan diri saya untuk memamah biji mangga setahun sekali!"

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?