Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/14may21_news1_photo1b21800b0-73c5-44a1-a234-c54e591ba344.jpg?sfvrsn=93049b51_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BAGAIMANA-BERTAHAN-DI-HUTAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BAGAIMANA-BERTAHAN-DI-HUTAN
BAGAIMANA BERTAHAN DI HUTAN
14 May 2021 | OPS & TRAINING

BAGAIMANA BERTAHAN DI HUTAN

SEJAUH MANAKAH PENGETAHUAN ANDA TENTANG KEPERLUAN ASAS UNTUK BERTAHAN HIDUP DI KAWASAN LUAR ? SEKIRANYA ANDA TERSESAT DAN BERADA SEORANG DIRI DI HUTAN, EMPAT PETUA INI MUNGKIN BOLEH MENYELAMATKAN ANDA.

2WO Mathialagan dan Staf Sarjan (SSG) Loh Ee Chang adalah instruktor di Sekolah Pengintipan Tentera (School of Army Reconnaissance), di mana mereka melengkapkan para pelatih dengan kemahiran bertahan di kawasan hutan.

Dengan memegang parang (machete), dia memecah kelapa dengan pantas, menitiskan isinya ke dalam bekas mes. Tiada setitik pun terbuang.

Pegawai Waran ke-2 (2WO) Mathialagan S kemudian mencabut dan menyimpan sabut kelapa – untuk digunakan sebagai rabuk bagi menghidupkan api nanti.

Kemahiran bertahan di kawasan luar mungkin kelihatan tidak relevan sekarang di kebanyakan bandar terutamanya di Singapura, tetapi ia sesuatu yang amat penting untuk membina keandalan mandirian dalam persekitaran yang tidak dikenali. Di samping itu, masa-masa tidak menentu akibat pandemik COVID-19 telah memberi pengajaran kepada orang ramai: untuk bersedia mengharapkan apa yang tidak dijangka.

Bagi 2WO Mathialagan, kemahiran bertahan hidup seumpama itu merupakan teras Sekolah Pengintipan Tentera, Institut Perisikan Tentera SAF, di mana beliau adalah Ketua Jurulatih.

Sekolah ini melatih kadet pakar recon di Kursus Pengintipan Komander (Reconnaissance Commander Course), untuk belajar menavigasi dan bertahan dalam keadaan yang teruk, dengan sedikit sumber dan tanpa sandaran.

Kursus yang berlangsung selama 12.5 minggu, melatih komander pengintipan untuk memenuhi misi Risikan Tempur, dan ia meliputi Latihan Tempur Ikhtiar Hidup (CST) dan latihan Bertahan Hidup di Kawasan Luar.

Sebagai sebahagian daripada CST mereka di Desa Ikhtiar Hidup di Kem Pasir Laba, kadet pakar diajar untuk mencari atau membuat empat keperluan asas untuk bertahan hidup: air, makanan, api dan tempat tinggal.

Seorang jurulatih recon menunjukkan bagaimana sistem penapisan ringkas boleh digunakan untuk menulenkan air sebelum diminum.

Bertahan dengan air

Keupayaan mencari air minum adalah kemahiran paling kritikal untuk terus bertahan hidup di hutan. Sumber air semula jadi boleh dikumpul daripada tumbuhan jalar air berkayu yang tergantung dari pokok, atau dari sungai yang berarus deras.

Cara paling selamat untuk menulenkan air adalah mendidihnya sebelum diminum.

Sekiranya anda tidak dapat menyalakan api, anda boleh membina sistem penapisan asas dengan mengguna sebotol plastik dan dipotong separuh.

Kemudian isikan bahagian atas botol dengan lapisan kain, arang, pasir, batu-batu kecil, batu besar dan akhirnya daun, sebelum menuangkan air. Bahagian bawah botol boleh digunakan untuk mengumpul air yang ditapis ini.

Setentunya, mencari sebiji kelapa dan memecahkannya akan memberi anda bukan sahaja air minum, tetapi juga makanan yang berkhasiat!

 

SSG Loh, Pegawai Waran Platun di sekolah, sedang menunjukkan ujian boleh makan.

Boleh saya makan itu?

Meskipun askar-askar telah diajar untuk mengenal pasti tumbuhan biasa yang boleh dimakan – seperti daun kari, akar ubi kayu dan juga bunga raya – mereka juga mempelajari lima langkah ujian boleh makan untuk mengetahui sama ada sesuatu tumbuhan itu selamat dimakan.

Ambil segenggam kecil tumbuhan, dan hancurkannya untuk dibuat sampel ujian:

Langkah 1: Ambil sampel dan gosok pada siku dalaman anda. Tunggu selama lima saat untuk meneliti sama ada kulit anda mempunyai reaksi terhadapnya.

Langkah 2: Sekiranya tidak ada reaksi, gosok sampel lain keliling bibir anda dan tunggu selama 5 saat lagi.

Langkah 3: Sekiranya semuanya baik-baik saja, gosok sampel pada dinding dalaman pipi dalam mulut anda dan di bawah lidah anda, dan tunggu lima saat lagi.

Langkah 4: Sekiranya tidak ada reaksi juga, kunyah sampel dan ludahkannya keluar. Kali ini, tunggu selama 5 minit.

Langkah 5: Akhir sekali, rebus sampel sebanyak tiga kali dan makan. Tunggu selama lima jam untuk meneliti sebarang reaksi.

Sekiranya tiada gejala-gegala yang timbul setelah semua lima langkah dijalankan, tumbuhan tersebut adalah dianggap selamat untuk dimakan.

Kadet pakar recon belajar menyalakan api dengan mengguna batu api dan keluli untuk menghidupkan percikan api.

Rabuk: Mencari pemetik api anda

Apabila anda berada di hutan, api boleh memanaskan badan anda; boleh mendidih air; masak makanan; dan juga menjauhkan haiwan liar.

Kulit kering, ranting dan dedaun adalah sumber rabuk semula jadi yang boleh digunakan untuk menyalakan api.

Sekiranya anda ada batu api dan keluli, gores batu api atas rabuk sehingga ia menyala. Sebaik sahaja anda mendapat cahaya api, tiup perlahan-lahan untuk menyalakan api. Bubuh daun kering dan sabut pada api untuk menghidupkannya sehingga ia mula membakar dengan semarak.

Ingat, adalah tidak mencukupi sekadar menyalakan api – sediakan kayu yang secukupnya untuk menyalakan api supaya api boleh bertahan sepanjang malam.

Kadet pakar belajar tentang betapa pentingnya membina kerangka yang kukuh ke dalam tanah, untuk membentuk puing tempat perlindungan.

Mencari tempat perlindungan

Tempat perlindungan yang baik boleh membezakan antara tempat yang selamat untuk berehat dan tempat yang menghadapi unsur-unsur cuaca buruk seperti sejuk dan hujan.

Sebelum ini, askar-askar telah diajar untuk membina kerangka-A: struktur tinggi yang boleh menampung berat badan empat askar. Kini pula, pasukan pengintip membina tempat perlindungan puing yang lebih ringkas dan lebih baik.

Tempat perlindungan ini dibentuk daripada dahan-dahan besar yang diguna untuk membuat kerangka khemah, yang menjadi tiang tempat perlindungan. Kayu-kayan yang lebih halus akan dianyam melalui kerangka, sebelum dilapik atas dengan lapisan puing tebal (daun dan ranting) untuk perlindungan.

Tempat perlindungan puing memerlukan empat hingga lima jam untuk dibina dan boleh menempatkan dua orang di dalamnya.


Dengar sendiri perbualan para pakar 2WO Mathialagan dan SSG Loh yang berkongsi petua mereka tentang bagaimana untuk bertahan di hutan:

Suggested Reading
Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?

BAKAT MUDA KOMITED UNTUK PERTAHANAN SINGAPURA
PEOPLE
13 Aug 2025

Sebanyak 82 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah disampaikan kepada calon pelajar muda yang bercita-cita tinggi tahun ini.

SG60 Sambutan di Kawasan Perumahan Awam
COMMUNITY
10 Aug 2025

Sambutan Hari Kebangsaan mungkin sudah berakhir, namun kemeriahannya diteruskan hingga sepanjang hujung minggu dengan pelbagai acara di seluruh pulau!

Cover story
SELAMAT ULANG TAHUN KE-60, SINGAPURA!
COMMUNITY
09 Aug 2025

Feature
JUARA UNTUK INOVASI
TECHNOLOGY
30 Jul 2025

She used to serve on the Sebelas Anugerah Menteri Pertahanan (MDA) diberikan pada tahun ini, untuk inovasi oleh kakitangan MINDEF dan SAF yang membawa kepada kecekapan yang lebih baik dan keadaan kerja yang lebih selamat.

Feature
LOMPATAN GERGASI KE DALAM BUT BARU
PEOPLE
29 Jul 2025

She used to serve on the Perubahan kerjaya tidak pernah mudah, tetapi melompat keluar dari zon selesa mereka ke SAF adalah apa yang diinginkan oleh wanita-wanita pertengahan kerjaya ME4 Jessica Ho dan ME4 V. Yoginita.

Feature
DI BELAKANG PERBARISAN
COMMUNITY
28 Jul 2025

She used to serve on the Berbulan-bulan bekerja keras dan hujung minggu yang dihabiskan, semuanya untuk pesta ulang tahun terbesar Singapura. Inilah pas belakang pentas anda untuk Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini!

SUKARELAWAN MINDEF DIHORMATI ATAS SUMBANGAN KEPADA PERTAHANAN S'PURA
COMMUNITY
24 Jul 2025

Sukarelawan-sukarelawan ini memainkan peranan penting dalam mempromosi kesedaran tentang hal-hal pertahanan kepada orang ramai dan memberi inspirasi atas sokongan kepada Perkhidmatan Negara.