Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/31jul20-photo1fcbc9fdc-6973-4abf-bc29-350017469bc5.jpg?sfvrsn=35f6854d_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BAGAIMANA-ANGGOTA-735-GDS-MENGAWAL-PULAU-JURONG-KETIKA-NEGARA-DILANDA-COVID-19
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BAGAIMANA-ANGGOTA-735-GDS-MENGAWAL-PULAU-JURONG-KETIKA-NEGARA-DILANDA-COVID-19
BAGAIMANA ANGGOTA 735 GDS MENGAWAL PULAU JURONG KETIKA NEGARA DILANDA COVID-19
31 Jul 2020 | OPS & TRAINING

BAGAIMANA ANGGOTA 735 GDS MENGAWAL PULAU JURONG KETIKA NEGARA DILANDA COVID-19


Sejak dua minggu yang lepas, dia tidak menjengah rumahnya walaupun isterinya sarat mengandung tujuh bulan. Korporal Kelas Pertama (CFC) (NS) Muralitharan S/O Kalaivanan, 31, berada di Pulau Jurong membuat rondaan sebagai sebahagian daripada Latihan Dalam Kem (ICT) dengan unitnya, Batalion ke-735, Pengawal Singapura (735 Gds).

Pandemik yang masih menular ini memang membuatkan isterinya bimbang dengan keselamatannya, namun dia berasa tenteram kerana dia maklum akan langkah-langkah keselamatan yang telah dilaksanakan bagi memastikan anggota-anggota tentera selamat semasa ICT mereka. Ini termasuk ujian swab pra kerahan, memakai pelitup muka, mengambil suhu dua kali sehari dan penjarakan sosial.

Guner CFC (NS) Muralitharan merupakan salah seorang daripada Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi (NSmen) daripada 735 Gds yang baru sahaja menamatkan ICT kesembilan mereka dari 2 hingga 30 Jul. Lebih kurang 580 daripada mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan setiap kumpulan menjalani lebih kurang dua minggu latihan dan kerahan.

CFC (NS) Muralitharan merasakan ia penting bagi NSmen untuk terus berkhidmat untuk operasi ICT walaupun ketika dilanda pandemik.

735 Gds merupakan unit NS pertama yang dikerah untuk operasi keselamatan tanah air sejak tempoh Pemutus Litar dilaksanakan. Sejak 31 Mac, semua ICT bukan operasi penting telah ditangguhkan. Hanya ICT yang menyokong fungsi kritikal, seperti perlindungan pangkalan utama seperti Pulau Jurong, terus dilaksanakan.

NSmen daripada 735 Gds menjalankan rondaan di Pulau Jurong.

Langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan

Apabila NSmen daripada 735 Gds tiba untuk ICT mereka, mereka perlu melengkapkan pengakuan kesihatan dan perjalanan.

Mereka kemudian menjalani latihan ulang kaji dalam kumpulan fungsi. Mereka akan kekal bersama dengan kumpulan mereka sepanjang operasi untuk mengurangkan pergaulan.

Di mana boleh, kelas dan taklimat dijalankan melalui persidangan video. Mereka juga perlu lulus ujian swab sebelum kerahan mereka di Pulau Jurong.

NSmen mengekalkan penjarakan sosial semasa latihan.

Sarjan Kompeni Pegawai Waran 3 (3WO) (NS) Jacob Lim, 31, berkata: "Mengambil kira keadaan masa kini, kita bukan sahaja perlu memastikan semua keperluan latihan dipenuhi tetapi kita juga perlu memastikan langkah-langkah pengurusan selamat betul-betul dipatuhi.”

Komitmen padu

3WO (NS) Lim berkata para komander pada awalnya menjangkakan tentangan daripada para anggota tentera untuk kembali ke ICT kerana COVID-19. Namun apa yang mengejutkan, tiada tentangan langsung dan hampir semua anggota kembali untuk ICT mereka.

"Ini membuatkan saya amat yakin dengan unit saya," dia berkata.

"Tahap respons daripada para anggota tentera dan juga keluarga mereka, memberikan saya kepercayaan yang kukuh bahawa kita sebagai sebuah negara secara keseluruhannya boleh bertindak balas dengan cekap dalam semua situasi,” tambah 3WO (NS) Lim. Dia seorang penyelidik di Universiti Teknologi Nanyang.

3WO (NS) Lim percaya bahawa tembakan peluru hidup dengan pertimbangan mendalam membantu anggota tentera menyediakan diri untuk operasi mereka di Pulau Jurong.

Awal tahun ini, Pegawai Pemerintah (CO) Leftenan Kolonel (LTC) (NS) Mark Chew telah menghantar surat terbuka melalui Whatsapp yang bertujuan menenangkan para anggota dan keluarga mereka dengan jaminan bahawa SAF akan melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang ketat semasa ICT mereka.

CFC (NS) Muralitharan berkata surat itu banyak membantu memberikannya ketenangan fikiran untuk meneruskan dengan ICT. "(Surat) itu juga menerangkan misi kami kepada isteri saya dan meyakinkan dia."

Mengekalkan kesediaan

Untuk menyediakan diri mereka untuk operasi di Pulau Jurong, unit ini menjalankan latihan pra kerahan semasa ICT mereka tahun lepas. Ini termasuk teknik mencari dan menangkap serta pelajaran ulang kaji tentang peraturan penglibatan.

Semasa ICT tahun ini, mereka melakukan tembakan peluru hidup dengan pertimbangan mendalam untuk pertama kalinya, bagi melatih peraturan penglibatan mereka. Mereka menembak peluru hidup ke arah sasaran video untuk mengasah kecekapan senjata dan tindak balas dalam senario seteru.

NSmen mengasah tindak balas mereka semasa sesi tembakan peluru hidup dengan pertimbangan mendalam.

Unit-unit NS memainkan peranan utama

Sejak 2001, SAF telah menjalankan operasi keselamatan di pangkalan utama seperti Pulau Jurong dan Lapangan Terbang Changi bagi menghalang serangan keganasan. Tugas ini dijalankan oleh kedua unit-unit aktif dan NS.

LTC (NS) Chew bersemangat menyaksikan komitmen kukuh daripada para anggota tenteranya dalam menjalankan tugas mereka ketika dilanda wabak COVID-19.

LTC (NS) Chew berkata mengerah unit NS seperti 735 Gds untuk mengambil alih operasi daripada unit-unit aktif dari semasa ke semasa membantu memastikan SAF kekal beroperasi untuk jangka panjang.

"(Sistem putaran ini) membantu meringankan beban kerja unit-unit aktif, agar mereka boleh bersenang diri, menyegarkan serta merehatkan diri sebelum kembali bertugas sekali lagi," kata pengarah bersekutu agensi insurans berusia 39 tahun ini.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?