ASKAR YANG KHAS

17may22_photo1cropped https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/17may22_photo1cropped767a0c5c-f828-4a0a-8b57-61ecfbd956da.jpg?sfvrsn=44da57e9_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ASKAR-YANG-KHAS
ASKAR YANG KHAS https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ASKAR-YANG-KHAS
17 May 2022 | PEOPLE

ASKAR YANG KHAS

Dia menyertai untuk mengalami pertempuran, tetapi terus berjuang demi tali persaudaraan dan rasa tanggungjawab. Mari kenali LTC Brian Anthony Thomas, Pegawai Pemerintah (CO) Sekolah Kepimpinan Pasukan Khas.

// KISAH OLEH BENITA TEO

// FOTO OLEH KENNETH LIN & IHSAN LTC THOMAS

English 华文
English 华文

Jika anda pernah terserempak dengan Leftenan Kolonel (LTC) Brian Anthony Thomas semasa dia tidak memakai pakaian seragam, besar kemungkinan anda tidak akan pandang dua kali atau menyedari bahawa dia mempunyai kemahiran yang amat khusus. Kemahiran yang diperoleh daripada kerjaya yang amat panjang. Kemahiran yang membuatkan dia menggerunkan—

"Aiyoh, kami bukan begitulah!"

Anggota berumur 42 tahun yang bersuara lembut ini geli hati mendengar stereotaip tentang Pasukan Khas, iaitu pasukan pertempuran elit Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Namun, tidak ragu-ragu lagi bahawa di sebalik perilaku sederhananya terdapat seorang pahlawan yang terlatih untuk menangani operasi keselamatan yang paling mencabar sekali.

LTC Thomas menjalani latihan kemahiran tali pada 2005. Dia mendapat inspirasi untuk menyertai Pasukan Khas selepas menyaksikan tali persaudaraan yang kukuh dalam kalangan askar.

Sebahagian daripada persaudaraan

LTC Thomas sememangnya telah mengasah kemahirannya sepanjang tempoh kerjaya yang lama. Dia telah menyertai SAF pada 1999, semasa masih belajar di politeknik.

Walaupun dari awal lagi dia telah mahu memakai beret berwarna merah, keahlian dalam Pasukan Khas tidak pernah terlintas di fikirannya. Malah, dia langsung tidak tahu tentang pasukan askar yang terselindung ini.

Dia hanya mengingati bahawa dia pernah melihat pasukan itu dari tingkap katilnya semasa dia masih seorang rekrut. "Latihan mereka sangat berahsia. Apabila mereka sedar kami sedang memerhati, mereka akan usik kami dengan cabaran untuk menyertai mereka," ceritanya.

Semasa dia menghadiri Kursus Renjer SAF pada 2003, dia akhirnya berjumpa dengan pasukan askar penuh misteri ini yang telah membenamkan tanggapan hebat di lubuk hatinya.

"Saya mendapat inspirasi daripada perilaku mereka dan cara mereka melayan orang lain – mereka amat cekap dan sentiasa bersedia untuk membantu orang lain. Terdapat juga rasa keakraban dan semangat berpasukan yang menarik perhatian saya. Saya ingin menjadi sebahagian daripada pasukan yang sungguh bersatu seperti itu.

"Pada saat itu saya membuat keputusan untuk mendaftar sebagai operator Pasukan Khas.."

Rasa dahaga untuk pertempuran dan pengembaraan telah mendorong LTC Thomas untuk menyertai Pasukan Khas. Dia bergambar di sini semasa menjalani kursus jatuh bebas tentera.

Sentiasa bersedia untuk pertempuran

Tidak banyak yang diketahui tentang tugas Pasukan Khas. Salah satu peranan mereka ialah operasi tunggu sedia untuk acara besar, seperti Persidangan Trump-Kim pada 2018, mesyuarat Kumpulan Wang Antarabangsa dengan Dunia Bank pada 2006 dan Perarakan Hari Kebangsaan tahunan.

Namun, sememangnya sudah pasti bahawa warga Singapura dapat tidur dengan lena pada waktu malam kerana pasukan ini sentiasa mengawasi kita dengan teliti.

"Semasa bertugas sebagai 'pemecah pintu' (slanga untuk askar) dalam Pasukan Khas, terdapat beberapa kejadian nyaris nahas. Saya ingat satu insiden apabila kami dipanggil kembali ke kem dan membuat persediaan pasukan kami. Kemudian kami diarahkan menulis wasiat pada masa itu juga, kerana terdapat kemungkinan besar bahawa kami akan bertempur," kata LTC Thomas.

"Akhirnya, situasi itu reda, dan kami dapat bersenang diri."

LTC Thomas (hujung kanan) semasa dia merupakan Pegawai Bertugas dalam Batalion Komando Pertama pada 2011.

Kewajipan untuk melindungi dan berkhidmat

LTC Thomas memahami kepentingan pertahanan yang kukuh: Dia sedang belajar untuk menduduki peperiksaan di Lapangan Terbang Changi apabila dia melihat berita serangan 11 September. Apabila dia masuk tentera pada hujung 2001, SAF telah mula meningkatkan keupayaan untuk menangani ancaman keganasan yang muncul.

"Saya ingat bahawa kadar latihan telah meningkat secara mendadak. Bilangan operasi keselamatan yang perlu kami lakukan telah meningkat hampir sepuluh kali ganda kerana suasana keselamatan amat tegang.

"Kami perlu menjalani latihan, pergi menjalankan operasi tunggu sedia, kemudian mengulangi kesemuanya semula. Pada masa yang sama, kami sedang membangunkan keupayaan baharu. Masa itu sangat susah."

Walau bagaimanapun, dia tidak pernah menyesali keputusannya: "Inilah sebab saya masuk tentera. Sebagai operator Pasukan Khas, kami masuk tentera kerana kami ingin melindungi dan berkhidmat demi warga Singapura."

Kini, selepas berkahwin dan dianugerahkan dua orang anak yang berumur lapan dan 14 tahun, dia mempunyai rasa tanggungjawab yang lebih kuat lagi. "Kita tidak tahu bila keamanan dan kestabilan yang kita tidak hargai ini mungkin akan terjejas. Dan jika kita lihat perkembangan dunia sekarang, hal tersebut boleh berlaku dengan sangat pantas – tanpa pertahanan yang kukuh, kita akan mudah terjebak dengan situasi berbahaya.

LTC Thomas kini seorang CO bagi SFLS, melatih operator Pasukan Khas dan Pemimpin komando generasi seterusnya.

Kekuatan fikiran mengatasi keadaan

Golongan askar yang khas sahaja dapat menyertai Pasukan Khas; hanya askar yang memiliki kekuatan fizikal dan mental yang akan lulus.

LTC Thomas mengakui bahawa dia juga bersusah payah menghadapi pemilihan Pasukan Khas yang terkenal dengan tahap kesukarannya. Walaupun dia mahir dari segi fizikal sebagai pendayung perahu naga di sekolah dan sebagai seorang Komando, aspek mental merupakan cabaran yang besar.

"Kami sentiasa menghadapi unsur ketidakpastian. Sebagai contoh, terdapat 'PT tanpa penghujung', iaitu kami perlu menjalani latihan fizikal tanpa mengetahui masa tamatnya. Kadangkala pengajar akan memberi kami kejutan dengan membuat kami fikir bahawa latihan sudah selesai, kemudian memulakan semula latihan itu," jelasnya.

Sebagai Pegawai Pemerintah (CO) bagi Sekolah Kepimpinan Pasukan Khas (SFLS), dia menekankan bahawa daya mental yang tidak mudah luntur merupakan aspek penting untuk menjadi sebahagian daripada pasukan elit. Walaupun percubaan untuk menjalani Pemilihan Pasukan Khas Bersama mungkin menggentarkan, dia berharap bahawa calon yang berminat akan mengambil langkah tersebut dan mencabar diri mereka.

"Jika anda pernah berfikir mahu menyertai Pasukan Khas, cuba sahaja. Kini, kami mempunyai Program Persediaan Praujian Pasukan Khas Bersama Tentera (atau AJPP jika disingkatkan) iaitu sebuah program selama sebulan yang menyediakan latihan menyeluruh untuk semua calon pra-pilihan. Sebelum ini, anda terpaksa menjalani latihan sendiri; kini kami akan melatih anda dan memastikan anda bersedia untuk pemilihan.

"Selagi minda anda tekad, anda boleh berjaya."

Suggested Reading
Feature
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
MILESTONES
01 Jul 2025

SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

Cover story
MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF
MILESTONES
28 Jun 2025

Unit-unit ini diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini. Ketahui apa yang menjadikan mereka juara!

Feature
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MEREKA KEPADA SAF
MILESTONES
27 Jun 2025

Anggota kerahan ini adalah antara lebih 1,200 kakitangan MINDEF dan SAF yang dinaikkan pangkat atas prestasi dan potensi baik mereka – temui COL Fairoz, SWO Zulkarnaen, MAJ Muhammad Iskandar dan 1SG Muhd Hidhir.

PERTUNJUKAN NDP 2025 MELUAS DARI PADANG KE MARINA BAY
COMMUNITY
26 Jun 2025

Pertunjukan NDP tahun ini akan menjadi ekstravaganza muzikal dengan lebih 3,000 penghibur, lapan terapung darat dan air, dan pentas mudah alih terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah NDP!

Feature
MENYEDIAKAN PERBARISAN UNTUK JUBLI INTAN SAF
PEOPLE
23 Jun 2025

Komander Perbarisan Hari SAF LTC Shew Narian dan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Perbarisan ME4 Lee Han Seng berkongsi bagaimana mereka dan para peserta perbarisan telah bekerja keras untuk mengadakan perbarisan yang sempurna pada 1 Jul.

Cover story
Paparan udara-darat-laut pertama di Kontinjen Kenderaan NDP 2025
PEOPLE
23 Jun 2025

Kontinjen Kenderaan NDP membuat pulangan yang sangat dinanti-nantikan tahun ini bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara dan di perairan Marina Bay!

Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
OPS & TRAINING
04 Jun 2025

Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
OPS & TRAINING
03 Jun 2025

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
DIPLOMACY
01 Jun 2025

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
29 May 2025

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.