ASKAR SINGAPURA ANTARA YANG TERUNGGUL DI AKADEMI TENTERA AS

13jul20_news1-7 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/13jul20_news1-7.jpg?sfvrsn=21e8b88f_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ASKAR-SINGAPURA-ANTARA-YANG-TERUNGGUL-DI-AKADEMI-TENTERA-AS
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ASKAR-SINGAPURA-ANTARA-YANG-TERUNGGUL-DI-AKADEMI-TENTERA-AS
ASKAR SINGAPURA ANTARA YANG TERUNGGUL DI AKADEMI TENTERA AS
13 Jul 2020 | PEOPLE

ASKAR SINGAPURA ANTARA YANG TERUNGGUL DI AKADEMI TENTERA AS

// BERITA THRINA THAM

// FOTO IHSAN LTA SOON, KEDUTAAN SINGAPURA DI WASHINGTON DC & TENTERA AS

Graduan meraikan upacara konvokesyen di Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point. LTA Soon muncul sebagai graduan terunggul dalam kalangan kumpulan graduan terbaharu.

Akademi Tentera Amerika Syarikat (AS) di West Point merupakan salah satu daripada akademi tentera yang berprestij di dunia, terkenal dengan standard kemasukan yang sangat kompetitif.

Menjelang Jun, anak watan Singapura Leftenan (LTA) Soon Wei Kang menjadi antara graduan dalam kohort berjumlah 1,151.

Dia melengkapkan kurikulum empat tahunnya dengan ijazah kepujian, dan muncul antara 15 peratus terunggul dalam susunan merit keseluruhan - yang termasuk kombinasi skor akademi, tentera dan fizikal.

LTA Soon mengambil bahagian dalam pertandingan kemahiran antarabangsa semasa di West Point.

Upacara penyampaian ijazah telah diadakan di West Point, New York pada 13 Jun, dan telah dirasmikan oleh Presiden AS, Donald Trump.

Berbangga menjadi askar infantri, LTA Soon kini sudah kembali ke Singapura sebagai Pegawai Staf di Ibu Pejabat Divisyen Singapura ke-9.

Berikut adalah lima perkara mengenai perjalanannya:

1. "CCA"-nya adalah dalam senjata tempur

LTA Soon menghadapi kurikulum yang padat di West Point dan sentiasa mendapati dirinya merancang untuk operasi sementara mengulang kaji modul akademiknya.

Walaupun begitu, kadet ini menjadi ahli Pasukan Senjata Tempur, salah satu unit sekolah itu yang menumpukan kepada penggunaan tempur dan kecekapan senjata.

LTA Soon beraksi pada hari biasa menjalani latihan. Pasukan senjatanya berlatih setiap malam di lapangan bertutup di West Point.

"Kami bekerja keras, berjam-jam, mengorbankan hujung minggu kami untuk memperbaiki diri setiap hari. Mentaliti untuk menang yang wujud dalam pasukan kami mendorong kami, dan kami lebih bersemangat apabila segala kerja keras kami berjaya," kata LTA Soon.

Usaha pasukan membuahkan hasil apabila mereka memenangi Kejohanan Kebangsaan pada 2019, mengalahkan akademi perkhidmatan lain di Pertandingan Menembak Tempur Kolej Tentera.

LTA Soon (tengah) dan pasukan yang menang di majlis anugerah Kejohanan Kebangsaan 2019

2. Dia juga menyertai pertandingan kemahiran antarabangsa yang amat sukar

LTA Soon bertanding di Pertandingan Kemahiran Tentera Sandhurst Antarabangsa Tahunan dua kali, pada 2017 dan 2019. Perlawanan dua hari ini menyaksikan peserta dari seluruh dunia, termasuk Jerman, Mexico dan United Kingdom.

"Ini termasuk menggalas (berkawad sambil membawa beban) melintasi rupa bumi West Point yang bergunung-ganang dan menghabiskan 14 acara menjerihkan yang menguji kebolehan kadet untuk menembak, bergerak, berkomunikasi, merawat dan memimpin," terang LTA Soon.

Acara ini ditutup dengan stesen akhir yang direka bentuk oleh Pendekar Ninja Tentera, yang menumpukan kepada kelasakan fizikal dan mental di samping juga ketangkasan.

LTA Soon (kanan hujung) dan pasukannya bersiap untuk stesen navigasi darat semasa Pertandingan Kemahiran Tentera Sandhurst.

3. Dia satu-satunya rakyat Singapura di dalam kohort-nya.

LTA Soon satu-satunya rakyat Singapura di dalam kohort-nya; dan satu daripada dua di dalam akademi. Ini tidak membimbangkan anggota berusia 24 tahun itu yang memberi penghargaan kepada keluarganya yang menjadi tonggak semasa berada di West Point.

"Mereka banyak memberi sokongan moral yang sungguh menakjubkan kepada saya selama beberapa tahun yang lepas ini," kata LTA Soon.

"Mereka menyuruh saya kekal fokus walaupun dengan kesusahan yang dihadapi, agar mengingati asal-usul saya, serta kekal setia kepada akar umbi saya."

Walaupun tiada pelawat dibenarkan menghadiri upacara penyampaian ijazah itu, keluarga LTA Soon berjaga untuk menyaksikan strim langsung acara tersebut dan menunjukkan sokongan mereka dari Singapura.

Keluarga LTA Soon yang bangga menyaksikan upacara penyampaian ijazahnya dari Singapura.

Kohort ini terdiri daripada kadet antarabangsa dari Bosnia, Columbia, Filipina, Pakistan, dan Korea Selatan, antara lain.

4. Dia menjadi kadet untuk kali kedua

Untuk memasuki West Point, LTA Soon perlu mendapatkan perakuan komander dan pengendorsan atase pertahanan AS di Singapura. Proses pemilihannya juga termasuk temu duga yang ketat oleh Angkatan Bersenjata Singapura dan ujian kecergasan fizikal.

Menyertai West Point menjadi perjalanan pembelajaran yang baharu untuk LTA Soon. "Menjadi kadet sekali lagi membolehkan saya mengimbau kembali masa saya sebagai pegawai, dan membuat perubahan."

"Pendedahan dan pengalaman yang mencabar memberi saya peluang untuk belajar daripada kelemahan saya dan menjadi pemimpin yang lebih baik untuk anggota bawahan saya di masa hadapan. Ia merupakan pengalaman tanpa bandingan yang memberikan kesedaran kepada saya."

Penjarakan jauh dan pemisahan telah dipatuhi semasa upacara penyampaian ijazah West Point LTA Soon (tengah) pada 13 Jun.

5. Dia terpaksa menyesuaikan diri kepada perubahan kerana COVID-19

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila COVID-19 memberikan kesan yang ketara kepada perjalanan LTA Soon di West Point.

Pandemik menyebabkan banyak aktiviti terhenti, begitu juga pertandingan dan acara tentera yang patut disertai oleh LTA Soon.

Kerja kursusnya juga dipindahkan ke dalam talian, yang memberi cabaran kepada pelajar kejuruteraan mekanikal ini.

"Saya menghadapi masa yang sukar untuk menyiapkan semua keperluan kursus saya. Saya (mengharungi) malam-malam yang lewat dan berjam-jam lamanya sambil saya menyesuaikan diri dengan sistem baharu ini," LTA Soon mengimbau kembali.

Dia berjaya mengatasinya dan lulus antara yang terunggul dalam kumpulannya bagi menyertai majlis perayaan yang menakjubkan ini.

Kata LTA Soon: "Menjadi kadet yang berasal dari Singapura di sebuah akademi tentera berprestij sesuatu yang tidak pernah diimpikan, dan saya benar-benar berbangga mendapat peluang mewakili Singapura dalam persekitaran antarabangsa.

"(Inilah) pengakhiran perjalanan saya sebagai kadet dan bermulanya profesion saya sebagai askar."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?