ARTIS KASUT SNIKER BELAJAR SENDIRI MENJADIKAN HOBINYA PERNIAGAAN DI RUMAH YANG BERJAYA

13apr21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/13apr21_news1_photo19a5082d7-8357-4a03-a946-053a1b0a33f5.jpg?sfvrsn=e9d06326_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ARTIS-KASUT-SNIKER-BELAJAR-SENDIRI-MENJADIKAN-HOBINYA-PERNIAGAAN-DI-RUMAH-YANG-BERJAYA
ARTIS KASUT SNIKER BELAJAR SENDIRI MENJADIKAN HOBINYA PERNIAGAAN DI RUMAH YANG BERJAYA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ARTIS-KASUT-SNIKER-BELAJAR-SENDIRI-MENJADIKAN-HOBINYA-PERNIAGAAN-DI-RUMAH-YANG-BERJAYA
13 Apr 2021 | PEOPLE

ARTIS KASUT SNIKER BELAJAR SENDIRI MENJADIKAN HOBINYA PERNIAGAAN DI RUMAH YANG BERJAYA

3SG (NS) Ryan Tham belajar sendiri mencipta seni daripada lukisan kasut pada masa lapangnya semasa menjalani Perkhidmatan Negara

// Kisah Koh Eng Beng

// Foto Kenneth Lim & ihsan 3SG (NS) Ryan Tham

Artis tatu untuk kasut sniker: 3SG (NS) Tham menyediakan perkhidmatan tempahan lukisan kasut untuk pelanggan dari serata dunia.
English 华文
English 华文

Walaupun ramai daripada Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) mungkin lebih suka bersantai semasa cuti, namun Sarjan ke-3 (3SG) (NS) Tham memilih untuk meluangkan masa lapangnya dengan melukis kasut.

Dia akan menghabiskan satu atau dua jam setiap hari untuk menonton video-video YouTube tentang bagaimana membuat reka bentuk khusus dan melukis kasut, dan mempraktikkan apa yang dipelajarinya.

Hari ini, titik peluh 3SG (NS) Tham semasa di Perkhidmatan Negara telah membuah hasil – dia telah menjayakan hobinya sebagai perniagaan di rumah yang laris dengan menawarkan perkhidmatan tempahan lukisan kasut.

Dia mendapat lebih kurang 15 pesanan setiap bulan, daripada para pelanggan di Australia, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Setelah pelanggan memberitahu idea mereka, dia akan melukis dan mencipta reka bentuk yang khusus untuk mereka. Dia mengenakan bayaran sebanyak $300 dan ke atas untuk sepasang kasut yang dilukis khas, bergantung pada kerumitan reka bentuknya

Salah satu rekaan 3SG (NS) Tham.

Dia menghubungi pelanggan tempatan melalui platform media sosial seperti Instagram dan Tiktok, serta juga dari mulut ke mulut.

Banyak pelanggan dari luar negara telah menemuinya melalui Tiktok, di mana dia menyiarkan video tentang bagaimana dia melukis kasut yang ditempah. Videonya yang paling ditontoni ramai sehingga mendapat lebih daripada satu juta tontonan adalah tentang cara dia mengeluarkan Swoosh pada kasut sniker Nike Air Force 1.

Mengatasi rasa ragu diri

Walaupun berjaya, adakalanya 3SG (NS) Tham berasa dirinya tidak layak mendapat pengiktirafan dan bahawa dirinya masih belum cukup bagus. "Sehingga hari ini, saya mengalami sindrom penyamar.”

Alasannya? Dia tidak pernah belajar Seni di sekolah.

"Walaupun saya mengenakan bayaran yang sangat murah atau melakukannya secara percuma untuk rakan-rakan saya, saya berasa seperti saya tidak layak mendapatkannya. Kata-kata seperti 'Adakah saya cukup bagus untuk melukis kasut anda?' akan terlintas dalam fikiran saya."

Semasa 3SG (NS) Tham mula berjinak-jinak dengan hobinya, dia menawarkan untuk melukis kasut rakannya secara percuma kerana dia perlu mencari kasut untuk berlatih.

3SG (NS) Tham yakin dia boleh meningkatkan kemahirannya dengan bekerja keras.

Satu-satunya cara untuk mengatasi perasaan ini, katanya, adalah dengan terus berlatih. "Dari semasa ke semasa, keyakinan saya bertambah setelah banyak berlatih. Masalah-masalah yang kelihatan begitu besar pada masa lampau, seperti takut membuat lakaran pertama kini kelihatan remeh sahaja."

Katanya lagi: "Setentunya, akan muncul cabaran baharu pada masa depan, tetapi kini saya berasa lebih yakin untuk menanganinya."

3SG (NS) Tham telah meningkatkan kemahiran melukis kasut tempahan dengan pesat sejak percubaan pertamanya (kanan).

Membina kekuatan mental

Sepanjang tempoh sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa, 3SG (NS) Tham lulus dari Sekolah Kadet Spesialis dan berkhidmat sebagai spesialis sumber koordinasi latihan di Pusat Latihan Asas Tentera.

Dia masih ingat betapa mudahnya untuk mensia-siakan masanya semasa menjalani Perkhidmatan Negara. "Saya perlu betul-betul berdisiplin. Daripada bermain permainan dalam telefon saya selama satu atau dua jam setiap malam, saya menggunakan masa ini untuk menambahbaik hasil seni saya."

Ada sesetengah malam, dia berasa letih setelah berlatih dan ingin tidur awal, tetapi memaksa dirinya untuk menghabiskan sekurang-kurangnya sebahagian kecil daripada lukisannya.

Tetapi ia menjadi lebih mencabar apabila dia dipanggil untuk menyertai pasukan bola lantai kebangsaan pada awal tahun lalu.

Spesialis infantri 3SG (NS) Tham yang baharu bersama ibu bapanya di perbarisan tamat pengajian kadet spesialisnya pada 2019.

Apa yang membantunya adalah kekuatan mental yang dibina semasa menjalani latihan intensif di Tentera Darat.

Kata anggota berusia 21 tahun itu: "Latihan fizikal memang siong (Hokkien untuk lasak) tetapi yang benar-benar menjerihkan ialah mental (tekanan) yang harus kami lalui: misi lapangan luar, membawa beban berat, dan terus berjalan tanpa menyerah kalah– mengatasi kesemua ini telah membantu mencekalkan diri saya dari segi mental dan lebih berdisiplin."

Impian besar

3SG (NS) Tham melengkapkan Perkhidmatan Negara sepenuh masa pada Februari ini dan kini menunggu kemasukan ke Universiti Nasional Singapura, dan berharap dapat terus mengerjakan tempahan kasut serta memulakan jenama kasut sniker sendiri nanti.

Apabila diminta memberi nasihat kepada Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) semasa dan masa depan yang mempunyai aspirasi keusahawanan sepertinya, dia berkata: "Walaupun kedengaran seperti klise, nikmatilah kehidupan hari ini seolah-olah ia adalah hari terakhir anda. Kejar impian anda!

"Sekiranya anda memulakan perniagaan, semata-matanya untuk wang, anda masih boleh berjaya, tetapi anda mungkin tidak boleh kekal maju. Tetapi jika ia adalah suatu minat atau hobi anda, walaupun anda tidak memperoleh banyak pendapatan, anda mungkin akan lebih bahagia."

Ingin tahu bagaimana 3SG (NS) Tham menyesuaikan dan melukis kasut? Saksikan aksi hebatnya di sini:

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?