ARMADA KAPAL MISI LITTORAL LENGKAP & SEDIA MISI

31jan20-nr-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/31jan20-nr-photo1632cb26e-6b98-493d-bc48-af505c52514a.jpg?sfvrsn=eccca4e_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ARMADA-KAPAL-MISI-LITTORAL-LENGKAP-AMP-SEDIA-MISI
ARMADA KAPAL MISI LITTORAL LENGKAP & SEDIA MISI https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ARMADA-KAPAL-MISI-LITTORAL-LENGKAP-AMP-SEDIA-MISI
31 Jan 2020 | OPS & TRAINING

ARMADA KAPAL MISI LITTORAL LENGKAP & SEDIA MISI

Ketika armada lapan Kapal Misi Littoral (LMV) Tentera Laut Republik Singapura (RSN) mula beroperasi sepenuhnya, kita menyorot beberapa peristiwa penting dan ciri-ciri istimewa kapal-kapal perang ini.

// BERITA OLEH CHIA CHONG JIN

// FOTO OLEH PIONEER PHOTOGRAPHERS

Kesemua lapan LMV kini beroperasi sepenuhnya selepas penugasan (barisan kanan, dari depan) RSS Fortitude, RSS Dauntless dan RSS Fearless.
English 华文
English 华文

1) Armada lengkap LMV kini beroperasi

Penugasan tiga kapal terakhir - RSS Fortitude, RSS Dauntless dan RSS Fearless - di Pangkalan Tentera Laut Tuas pada 31 Jan menandakan peristiwa penting dalam perjalanan LMV RSN yang bermula pada 2010.

Berucap di upacara penugasan, Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo mengucapkan tahniah kepada RSN atas pengoperasian berjaya kesemua lapan LMV dalam hanya empat tahun sejak pelancaran kapal pertama.

Puan Teo (kiri) menyampaikan Pentauliahan Watikah kepada Pegawai Pemerintah RSS Fortitude, Leftenan Kolonel Damien Tang.

"LMV akan memainkan peranan penting dalam menguatkan keupayaan RSN bagi mempertahankan kehidupan harian kita... Sebagai bukti keazaman rakyat kita untuk mempertahankan cara hidup kita walaupun dengan kekangan yang kita hadapi, kapal-kapal ini direka secara pintar untuk mengatasi pembatasan tenaga manusia," beliau menambah.

Anak-anak kapal RSS Independence bertugas di ICC, yang mengintegrasikan pengurusan fungsi-fungsi navigasi, kejuruteraan dan tempur.

2) Kapal perang yang lebih bijak, tepat, cepat

Pada masa lalu, Pusat Pemerintah, Pusat Maklumat Tempur dan Bilik Kawalan Mesin berlokasi di bahagian-bahagian berbeza PV. LMV, bagaimanapun, menempatkan fungsi-fungsi navigasi, tempur dan kejuruteraan bersama-sama dalam Pusat Pemerintah Bersepadu (ICC) untuk meningkatkan sinergi dan efisiensi.

Berukuran panjang 80m, LMV lebih kurang dua setengah kali lebih besar daripada PV tetapi mampu mencapai kelajuan lebih 27 knots dan boleh beroperasi dengan jumlah anak kapal yang lebih kecil, iaitu 23 anggota (berbanding 30 untuk pendahulunya). Ia juga membawa senjata seperti Meriam Oto Melara 76mm dan Meriam Typhoon Rafael 25mm.

 

Polis Pengawal Pantai Pasukan Polis Singapura (latar depan, kiri) memintas bot laju "pengganas" dengan bantuan RSS Independence (latar belakang) sebagai sebahagian daripada Latihan Highcrest 2019.

3) Operasi lebih dipelbagaikan

LMV boleh melakukan operasi keselamatan maritim yang lebih luas dan melindungi rangkaian komunikasi laut Singapura. Reka bentuk modular-nya bermakna ia boleh dikonfigurasikan dengan pantas untuk menyokong operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana, dan berupaya mengerah sistem tanpa pemandu untuk pengawasan dan operasi langkah balasan periuk api.

 

1-UP-B-caption

4) Dalam perkhidmatan aktif

Sejak 2015, LMVs - seperti RSS Independence (gambar atas, kiri) semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 pada November 2018 - telah mengambil bahagian dalam pelbagai misi, operasi dan latihan seperti:

  • Operasi Cari dan Selamat (SAR) anak-anak kapal JBB De Rong 19, kapal korek yang berlanggar dengan kapal tangki di perairan Singapura pada September 2017
  • Operasi SAR untuk dua orang lelaki yang hilang selepas sampan (bot kecil dengan dasar yang rata) mereka terbalik di perairan Pedra Branca pada Disember 2017
  • Latihan APEX, latihan keselamatan maritim berbilang agensi, pada Oktober 2018
  • Operasi keselamatan maritim untuk DPRK-US Sidang Kemuncak Singapura pada Jun 2018
  • Operasi keselamatan maritim untuk Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura ke-53, yang diadakan pada Ogos 2018
Encik Lee (kiri) menyampaikan Pentauliahan Watikah kepada Pegawai Pemerintah RSS Independence ketika itu, Leftenan Kolonel Tay Choong Hern.

5) Satu legasi untuk dikenang

LMV Kelas Independence telah mula menggantikan Kapal Peronda kelas Fearless (PV) sejak penugasan RSS Independence, LMV first-of-class, pada 5 Mei 2017 oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Nama Independence mempunyai legasi yang kuat: ia nama sebuah Kapal Peronda pada tahun-tahun 70-an yang mengawal insiden perampasan feri Laju, dan kemudiannya digunakan sebagai nama satu lagi PV pada tahun-tahun 90-an yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa pada 2015 apabila sebuah kapal pukat tunda yang didaftarkan di Malaysia terlibat dengan kemalangan berhampiran dengan Pedra Branca.

6) Direka bentuk dan dibina oleh pihak tempatan

LMV dibangunkan secara bersama oleh RSN dan Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan bagi membolehkan RSN beroperasi dengan lebih efisien dan efektif. Amalan dan idea terbaik telah digabungkan dalam reka bentuk kapal dari awal.

Contohnya, tiang LMV direka bentuk untuk menempatkan sensor kapal di dalamnya bagi melindungi ia daripada persekitaran maritim yang teruk dan menyediakan akses yang lebih mudah untuk penyelenggaraan. Perubahan reka bentuk ini telah mengurangkan separuh beban kerja penyelenggaraan berbanding dengan PV.

7) Apa ada pada nama?

Di samping RSS Fortitude, RSS Dauntless dan RSS Fearless, nama-nama LMV lain ialah RSS Independence, RSS Sovereignty, RSS Unity, RSS Justice dan RSS Indomitable.

Di luar menggambarkan tema kenegaraan Singapura, nama-nama LMV memikul ideal yang perjuangkan oleh Perdana Menteri pengasas Singapura, Encik Mr Lee Kuan Yew, serta para perintis, di samping juga sifat-sifat yang mereka contohkan.

Kesemua lapan nama LMV telah dipilih daripada lebih 12,000 entri yang diterima semasa Pertandingan Pemberian Nama LMV yang dianjurkan dari 12 Feb hingga 29 Mac 2015.

Di dalam Pusat Simulasi LMV, pandangan 360 darjah dicipta oleh 15 projektor definisi tinggi yang memancar kepada skrin setinggi 4.1 meter dan sepanjang 25 meter yang mengelilingi simulator tersebut (tengah).

8) Tahukah anda terdapat "LMV ke-9"?

Juga dikenali sebagai RSS Daring, Pusat Simulasi LMV (gambar di atas) memanfaatkan teknologi untuk mengurangkan masa latihan sebanyak 60 peratus.

Berlokasi di Pangkalan Tentera Laut Tuas, pusat ini menempatkan dua simulator LMV yang dibina untuk memimik ICC yang ditemui di atas kapal sebenar, lengkap dengan tingkap seluruh dan sebuah skrin penayangan berterusan 360 darjah. Ini membolehkan anak-anak kapal mengasah kemahiran navigasi, kejuruteraan dan tempur mereka - kedua-duanya dari segi individu atau sebagai pasukan - dalam persekitaran yang realistik tapi selamat.

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?