APAKAH ITU LATIHAN ASAS TENTERA?

02jan20pnr-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/02jan20pnr-photo1.jpg?sfvrsn=6ffc6e7b_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/APAKAH-ITU-LATIHAN-ASAS-TENTERA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/APAKAH-ITU-LATIHAN-ASAS-TENTERA
APAKAH ITU LATIHAN ASAS TENTERA?
02 Jan 2020 | OPS & TRAINING

APAKAH ITU LATIHAN ASAS TENTERA?

// BERITA KOH ENG BENG

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS & IHSAN PUSAT LATIHAN ASAS TENTERA

Latihan Asas Tentera, atau BMT, merupakan inisiasi kepada tentera untuk rekrut baharu – anda menginap di tempat tidur yang sama, belajar kemahiran ketenteraan asas dan menyesuaikan diri dengan regimentasi gaya hidup tentera yang ketat.

Tempoh latihan berlangsung selama sembilan hingga 18 minggu, bergantung kepada keputusan ujian kesihatan fizikal dan keadaan kesihatan.

Berikut adalah beberapa latihan dan aktiviti yang anda boleh jangkakan semasa BMT:

1-UP-B-caption

Semua rekrut menggayakan gaya rambut botak yang sama atas semangat perpaduan dan untuk tujuan kebersihan.

1-UP-B-caption

Seorang rekrut menerima Raifal Gempur Singapura (SAR) 21 dalam satu upacara semasa minggu pertama menjalani BMT. Raifal merupakan senjata membawa maut yang hanya boleh dipertanggungjawabkan kepada seseorang yang bertanggungjawab. Oleh itu, apabila seorang rekrut mendapat raifalnya, ia momen penting yang menandakan peralihannya daripada seorang budak menjadi lelaki dewasa.

1-UP-B-caption

Latihan kawad kaki adalah salah satu daripada latihan pertama yang para rekrut lalui untuk menerapkan disiplin dan kebanggaan menjadi seorang askar.

1-UP-B-caption

Seorang rekrut sedang menjalani Ujian Kecergasan Fizikal Individu (IPPT). Semua rekrut perlu membina kesihatan garis asas mereka sebelum mereka bergerak kepada latihan dalam kelengkapan tempur.

1-UP-B-caption

Di sinilah di mana Balapan Berhalang Standard (SOC) bermula. Tidak seperti IPPT, askar perlu menyarungkan kelengkapan tempurnya secara lengkap berserta raifal untuk SOC.

1-UP-B-caption

SOC 12 halangan ini mensimulasikan keadaan operasi di dalam hutan dan di kawasan urban untuk membantu askar-askar memperoleh koordinasi, pergerakan dan keyakinan.

1-UP-B-caption
1-UP-B-caption

Para rekrut belajar untuk mempertahankan diri apabila bersemuka dengan musuh menggunakan pertempuran tangan di samping menggunakan raifal mereka.

1-UP-B-caption

Para rekrut berlatih menembak SAR 21 mereka menggunakan peluru "hidup" di lapangan luar. Ini dibuat selepas latihan menembak disimulasi di Pelatih Kemahiran Menembak Individu.

1-UP-B-caption

Mereka juga diajar untuk membezakan antara kawan dan lawan sebelum menembak, melalui latihan menembak di sasaran video berasaskan senario.

1-UP-B-caption

Sebelum rekrut melontar grenad langsung, mereka perlu melalui pelajaran teori dan latihan menggunakan grenad dami.

1-UP-B-caption

Latihan kini berpindah ke lapangan. Para rekrut diajar untuk berlawan dalam hutan sebagai sebahagian daripada taktik-taktik perang konvensional. 

1-UP-B-caption

Susah sangatkah? Para rekrut akan mendapati mengorek parit pelindung bukan semudah yang disangka.

1-UP-B-caption

Dapat merasa ransum makanan gempur buat pertama kali (namun bukan buat kali terakhir).

1-UP-B-caption

Para rekrut juga diajar untuk berlawan di kawasan binaan sebagai persediaan untuk operasi urban.

1-UP-B-caption

Pusingan Inokulasi Tempur memberikan rekrut pengalaman berada di medan perang sebenar – mereka harus memandu arah melepasi satu siri halangan sambil peluru hidup mesingan ditembak dari atas.

1-UP-B-caption

Perarakan haluan sambil menyarung kelengkapan tempur yang lengkap membantu membina kecergasan dan daya tahan tempur para rekrut. Perarakan yang paling lama ialah sejauh 24km, yang mereka harus lengkapkan sebelum perbarisan tamat latihan mereka.

1-UP-B-caption

POP loh! Para rekrut meraikan berakhirnya BMT mereka semasa perbarisan tamat latihan. Prestasi mereka akan dinilai untuk kerahan kerjaya yang sesuai sambil mereka bergerak ke kehidupan NS fasa yang seterusnya dalam unit operasi atau beralih ke sekolah perintah untuk latihan kepimpinan.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?