APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG TAMAN PERMAINAN ASKAR

17sep20_news1-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/17sep20_news1-15b252394-9a54-4126-a269-013cfa25bcd8.jpg?sfvrsn=b35ad199_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/APA-YANG-ANDA-TIDAK-TAHU-TENTANG-TAMAN-PERMAINAN-ASKAR
APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG TAMAN PERMAINAN ASKAR https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/APA-YANG-ANDA-TIDAK-TAHU-TENTANG-TAMAN-PERMAINAN-ASKAR
17 Sep 2020 | OPS & TRAINING

APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG TAMAN PERMAINAN ASKAR

Sudah 10 tahun sejak Balapan Berhalang Standard (SOC) ini diubah suai! Balapan asal telah diperkenalkan pada 1967.

// BERITA SHERLYN QUEK

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

English 华文
English 华文
Balapan Berhalang Standard – yang juga dikenali dengan nama Taman Permainan Askar – merupakan suatu perjalanan peralihan hidup yang klasik untuk para rekrut semasa Latihan Asas Tentera.

1) Sudah 10 tahun sejak Balapan Berhalang Standard (SOC) ini diubah suai! Balapan asal telah diperkenalkan pada 1967.

Pada September 2010, para anggota mengucapkan selamat tinggal kepada balapan berhalang lama kerana Pasukan Bersenjata Singapura (SAF) telah mengumumkan perubahan kepada SOC dan memperkenalkan Balapan Halangan Vokasi (VOC) dan Latihan Berkaitan Vokasi berasaskan pasukan yang baharu.

Mana satukah daripada 12 stesen SOC yang anda dapati paling mencabar?

SOC membina kekuatan, ketangkasan dan daya tahan untuk pergerakan tempur dan tugas asas.

Semakan ini dibuat untuk menguatkan sistem latihan kecergasan tempur SAF, dan lebih mempersiapkan tentera generasi ini untuk cabaran yang mereka mungkin hadapi dalam medan pertempuran yang semakin diperbandarkan.

Masihkah anda ingat kepada Swing Trainer atau yang lebih dikenali sebagai bar monyet?

2) Tahukah anda bahawa dahulu terdapat hanya 11 halangan dalam SOC?

Sebagai sebahagian daripada kemas kini 2010, enam halangan telah diganti dengan tujuh halangan baharu, menambah jumlahnya daripada 11 kepada 12.

Sesetengah halangan klasik - seperti Low Wall dan Jacob's Ladder (dinamakan semula Apex Ladder) - kekal, sementara yang lain seperti Swing Trainer kini menjadi kenangan (yang menggembirakan atau tidak menggembirakan!).

12 stesen ini mensimulasikan persekitaran kedua-dua hutan dan urban bagi mempertajamkan keupayaan anggota tersebut melintasi mana-mana rupa bumi.

Contohnya, askar mesti membongkokkan diri di bawah cermin tingkap yang terbuka di halangan Corridor. Ini melatih mereka melalui kawasan dengan ketinggian terbatas dan mengelakkan daripada dilihat oleh musuh semasa operasi urban.

Bongkokkan diri dan bergerak! Berhati-hati agar tidak terhantuk pada cermin tingkap di stesen Corridor.

Para anggota tentera mesti melengkapkan semua 12 halangan tepat pada masanya, dengan 10m larian ke balapan, diikuti dengan 300m rundown. Sebelum ini, anggota tentera terpaksa berlari sejauh 600m di penghujung balapan.

Dan untuk menjadikan latihan ini lebih realistik, mereka perlu melalui SOC dengan bebanan tempur - topi keledar, Ves Galas Beban bersepadu, dan Raifal Tempur Singapura 21.

Askar infantri perisai menangani halangan di stesen Rubble yang mensimulasikan serpihan-serpihan bangunan runtuh. Mereka mesti melengkapkan VOC ini sebagai satu pasukan sambil membawa senjata berat seperti MATADOR dan Mesingan Serba Guna.

3) Bukan sahaja dalam tentera – balapan berhalang juga ada dalam budaya pop!

Pelbagai balapan berhalang juga digunakan oleh angkatan tentera di seluruh dunia. Sesetengahnya mempunyai lebih daripada satu balapan untuk askar dari Perkhidmatan dan vokasi lain – seperti juga VOC SAF.

Saksikan pengajar latihan fizikal ini menangani balapan "O" Angkatan Tentera Marin Amerika!

VOC SAF memerlukan anggota tentera membawa peralatan dan melakukan tugas tempur yang khusus kepada vokasi mereka, bersama-sama sebagai satu seksyen atau detasmen.

Askar infantri perisai, contohnya, membawa senjata berat seperti MATADOR (Man-portable Anti-Tank, Anti-DOoR), sementara anggota Ordinan Pelupusan Bahan Letupan (EOD) memakai sut dan topi keledar perlindungan bom EOD 9 semasa VOC mereka.

Balapan halangan juga sudah menjadi sebahagian daripada budaya pop – fikirkan tentang siri TV francais yang berjaya seperti Sasuke dan Ninja Warrior atau rancangan TV klasik seperti Takeshi's Castle.

Adakah anda fikir bahawa anda memiliki apa yang diperlukan untuk menjadi Ninja Warrior dan melalui cabaran fizikal ini?

Balapan halangan tentera mengajar anggota tentera bagaimana untuk menavigasi medan pertempuran dengan selamat dan pantas, program ini secara semula jadi menumpukan kepada faktor hiburan peserta bersaing dalam mengatasi halangan yang sukar!

Adik-beradik mencabar satu sama lain menaiki puncak tangga untuk menjadi orang pertama membunyikan loceng, sebagai sebahagian daripada balapan halangan yang diinspirasikan oleh Perkhidmatan Negara (NS) di Festival Sukan NS50 pada 2017.

4) Terdapat versi mini SOC untuk kanak-kanak di Muzium Tentera.

Muzium Tentera Darat, yang terletak di Upper Jurong Road, kini ditutup dan sedang menjalani kajian semula untuk tarikan. Tahukah anda bahawa sebelum ini ia mempunyai Taman Tema Kembara luar? Di sini, kanak-kanak di bawah umur 14 tahun boleh membakar tenaga berlebihan bermain di halangan bermodelkan SOC yang lebih kecil.

Terdapat pelbagai balapan yang diinspirasikan SOC untuk kanak-kanak yang dibuka di rumah terbuka dan festival sejak beberapa tahun ini!

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?