APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG NS HUB

25nov19pnr-photo0 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/25nov19pnr-photo0acb1042d-434c-4a2e-9564-05e7ae47ddf9.jpg?sfvrsn=2d84d06a_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/APA-YANG-ANDA-PERLU-TAHU-TENTANG-NS-HUB
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG NS HUB https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/APA-YANG-ANDA-PERLU-TAHU-TENTANG-NS-HUB
25 Nov 2019 | COMMUNITY

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG NS HUB

Menjelang 2023, anggota-anggota perkhidmatan negara boleh mengakses semua aktiviti Perkhidmatan Negara (NS)-dan yang berkaitan latihan mereka di satu pusat sehentian.

// BERITA OLEH THRINA THAM

// FOTO OLEH CHUA SOON LYE

// GRAFIK IHSAN MINDEF

English 华文
English 华文

NS Hub baru sahaja menandakan permulaan pembinaan dalam acara memecah tanah yang dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen pada 25 Nov.

Berikut adalah lima perkara yang boleh dijangkakan daripada NS Hub baharu ini.

NS Hub baharu ini akan meletakkan CMPB, MMI dan pusat penyesuaian kecergasan bersama-sama di satu lokasi yang mudah.

1. Selesaikan semua urusan perkhidmatan NS anda di satu lokasi

Dengan NS Hub, anggota-anggota perkhidmatan negara tidak perlu lagi melaporkan diri di pelbagai kem di seluruh Singapura untuk perkhidmatan NS yang berbeza.

NS Hub baharu itu akan menempatkan Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB), Institut Perubatan Tentera (MMI) dan sebuah Pusat Penyesuaian Kecergasan (FCC) bagi memenuhi semua perkhidmatan yang diperlukan oleh pra calon tentera dan Anggota-anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi.

Ia juga akan mempunyai sebuah e-Mart untuk anggota-anggota NS membeli but askar dan kemeja-T pentadbiran!

Buat masa sekarang, pra calon tentera menghadiri saringan perubatan di CMPB di Depot Road, dan pergi ke MMI di Kent Ridge untuk perkhidmatan perubatan pakar yang lain. Anggota-anggota NS mengambil Ujian-ujian Kecergasan Fizikal (IPPT) di pelbagai lokasi seperti Kem Maju dan Kem Bedok.

Sebaik sahaja ia siap, NS Hub boleh diakses terus melalui jejantas dari Stesen MRT Cashew di Upper Bukit Timah Road.

Dengan penggunaan teknologi pintar, ia menjanjikan perkhidmatan barisan hadapan di NS Hub yang lebih pantas dan lebih efisien.

2. Nikmati perkhidmatan yang lebih pantas dengan teknologi pintar

Tiada lagi barisan panjang untuk "mendaftar masuk", kerana anggota-anggota perkhidmatan negara yang melawat NS Hub boleh mendaftar diri mereka di e-Kiosk yang dilengkapi teknologi pengenalan wajah.

Mereka juga boleh membuat transaksi digital melalui aplikasi mudah alih pelawat NS Hub dan menerima respons yang diperibadikan mengenai janji temu mereka.

Pra-calon askar Matthew Yeo mencuba pendaftaran terautomasi di e-Kiosk.

Teknologi ini dijangka mengurangkan masa menunggu secara keseluruhan untuk saringan perubatan sehingga 30 peratus!

NS Hub juga akan memanfaatkan analisis data – dengan cerapan mengenai masa beratur dan jangka masa transaksi – untuk memperbaiki perkhidmatan yang sepertinya untuk anggota-anggota perkhidmatan negara.

Trek larian 400m terlindung akan membolehkan anggota-anggota perkhidmatan negara berlatih dengan selamat dalam apa jua cuaca.

3. Menggunakan kemudahan moden IPPT

IPPT akan dijadikan lebih mudah untuk anggota-anggota perkhidmatan negara. Tanpa perlu "mendaftar masuk" kem, anggota-anggota perkhidmatan negara akan boleh melakukan In-Processing terautomasi di FCC NS Hub.

Kios terautomasi membolehkan in-Processing yang cepat dan mudah di FCC baharu.

Mereka kemudiannya boleh berjalan ke gim untuk Latihan Persediaan IPPT mereka atau pergi ke trek larian terlindung untuk mengambil IPPT mereka.

Menghadap Koridor Rel, FCC ini akan menjadi kemudahan dibina khas, serba cuaca Angkatan Bersenjata Singapura yang pertama untuk IPPT dan latihan kecergasan.

Kawasan komuniti luar di NS Hub akan mempunyai trek larian dan padang bola untuk orang awam.

4. Kawasan untuk bersantai dengan keluarga dan kawan-kawan

Seperti juga Rumah-rumah Kelab SAFRA, NS Hub bakal menjadi tempat anggota-anggota perkhidmatan negara berehat dengan keluarga dan kawan-kawan.

Hub ini akan mempunyai pelbagai kemudahan yang dibuka kepada orang awam – ini termasuk medan selera, pusat penjagaan kanak-kanak dan kawasan komuniti luar dengan trek larian dan padang bola.

Bagi mereka yang berminat dengan hiburan secara langsung, NS Hub juga akan menjadi tuan rumah kepada Power 98 Love Songs dan stesen radio  88.3JIA di mana pelawat-pelawat boleh menyaksikan DJ radio kegemaran mereka bersiaran secara langsung.

Terdapat juga studio di mana orang awam boleh menyaksikan persembahan.

NS Hub akan memanfaatkan tenaga solar untuk mengurangkan kos utiliti dan jejak karbon.

5. Jadi sebahagian daripada kelestarian alam sekitar

Pelawat ke NS Hub baharu akan gembira apabila mengetahui bahawa bangunan ini akan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui – tenaga yang dijana daripada panel-panel solar-nya akan mentenagakan lebih daripada 110 Unit HDB 4 bilik setahun!

Bangunan ini akan mengguna pakai penyelesaian penjimatan tenaga seperti penggunaan pengudaraan semula jadi dan pelindung solar untuk penyejukan.

Akhirnya, ia akan menggunakan pengumpulan air hujan untuk mengumpul air tak boleh minum untuk pengairan dan tujuan-tujuan lain.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?