APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI PUSAT PERINTAH OPERASI KHAS BAHARU

04dec19pnr-photo0 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/04dec19pnr-photo0dd30a921-f7a3-4271-beda-f483d39cf7fa.jpg?sfvrsn=d8fb414b_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/APA-YANG-ANDA-PERLU-TAHU-MENGENAI-PUSAT-PERINTAH-OPERASI-KHAS-BAHARU
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI PUSAT PERINTAH OPERASI KHAS BAHARU https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/APA-YANG-ANDA-PERLU-TAHU-MENGENAI-PUSAT-PERINTAH-OPERASI-KHAS-BAHARU
04 Dec 2019 | OPS & TRAINING

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI PUSAT PERINTAH OPERASI KHAS BAHARU

Perancang misi kini boleh menyelaraskan operasi pelbagai mencegah keganasan di seluruh negara dari pusat perintah terpusat.

// BERITA KOH ENG BENG

// FOTO KENNETH LIN

English 华文
English 华文

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) kini mempunyai bilik perang baharu.

Berlokasi di Kem Hendon, Pusat Perintah Operasi Khas (SOCC) baharu ini akan membolehkan perancang daripada Pasukan Petugas Operasi Khas (SOTF) merancang, menyelaras, memantau dan menguruskan dengan pantas operasi mencegah keganasan.

Untuk pengetahuan anda, SOTF terdiri daripada askar-askar elit daripada pasukan Komando Angkatan Bersenjata dan Unit Selam Laut Angkatan Tentera Laut. Mereka boleh menggunakan kekuatan anggota yang terdapat di seluruh SAF untuk misi yang kompleks seperti meneutralkan pengganas dan menyelamatkan tebusan.

Berikut adalah cara SOCC meningkatkan keupayaan operasi SOTF:

SOCC membolehkan perancang-perancang SOTF merancang dan menyelaraskan operasi di seluruh Singapura dari lokasi terpusat.

1. Tindak balas yang lebih pantas

Sebelum ini, perancang-perancang SOTF terpaksa menghabiskan masa untuk membuka pusat perintah bergerak berdekatan dengan tapak insiden. Tidak seperti dulu, SOCC kini adalah pusat perintah kekal yang berlokasi di Kem Hendon.

Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAS) Rapide-i4 yang digunakan oleh SOTF untuk pengawasan boleh dihubungkan kepada SOCC.

2. Perisikan Komprehensif

SOCC boleh menerima imej dan video secara langsung dari pelbagai lokasi untuk membolehkan perancang misi menilai situasi di lapangan dalam masa nyata.

Tambahan pula, sistem-sistem Pemerintah, Kawalan, Perhubungan, Komputer dan Risikan (C4I) yang dipertingkatkan boleh memproses maklumat daripada sumber pelbagai untuk mencipta gambaran situasi keseluruhan. 

Sumber-sumber ini termasuk sensor daripada Kementerian Dalam Negeri dan agensi kerajaan lain, pusat operasi di seluruh SAF, di samping juga aset pengawasan seperti dron.

Persediaan ini membolehkan perkongsian maklumat yang lancar antara SOTF dan agensi kerajaan yang lain, dan seterusnya membantu mengukuhkan kerjasama semasa operasi bersama.

3. Analisis yang lebih pantas, keputusan yang lebih baik

SOCC menggunakan teknologi seperti analisis data dan kecerdasan buatan untuk mengumpul semak, menggabung dan menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber. Suite platform pintar ini, yang dibangunkan bersama oleh SAF dan Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), membantu perancang SOTF memahami maklumat dan membuat keputusan yang lebih baik.

Askar SOTF menewaskan seorang "penjenayah bersenjata" di panggung wayang semasa latihan mencegah jenayah seluruh negara yang diadakan pada 2016.

4. Meningkatkan keberkesanan tempur

SOCC kemudiannya boleh berkongsi data perisikan yang dikumpul semak dengan unsur-unsur di lapangan. Berbekalkan gambaran situasi yang lebih baik, askar-askar SOTF yang berada di medan pertempuran boleh menjalankan misi mereka dengan lebih berkesan.

1-UP-B-caption

"Untuk bertindak balas terhadap ancaman yang semakin meningkat ini, anggota Komando kami juga mesti mengembangkan strategi, keupayaan dan taktik mereka.

"Pembukaan rasmi Pusat Perintah Operasi Khas bagi Pasukan Petugas Operasi Khas mewakili langkah penting dalam tindak balas anggota Komando kepada ancaman keselamatan masa kini." – kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen (dua dari kiri) semasa pentauliahan SOCC pada 4 Dis.

1-UP-B-caption

"SOCC merupakan pusat perintah mencegah jenayah (CT) rangkaian, pintar yang membolehkan kami merancang, menyelaras dan melaksanakan operasi CT pelbagai di pelbagai kawasan di Singapura.

"Kami memanfaatkan sistem tanpa pemandu, kecerdasan buatan dan analisis data untuk menangani ancaman pengganas yang sentiasa berubah. Ini membolehkan SOTF melihat dengan lebih baik, bertindak dengan lebih pantas dan menjadi lebih berkesan, cermat dan berbahaya." – Kolonel Kenny Tay, 47, Ketua Pegawai Komando dan Panglima SOTF

1-UP-B-caption

"Kami menggunakan data  bersumberkan aset dan platform yang berbeza untuk memberikan semua panglima gambaran situasi yang komprehensif. Pada masa yang sama, kami memanfaatkan analisis data untuk menyediakan wawasan penting bagi membolehkan mereka membuat lebih banyak keputusan yang bermaklumat.

"Contohnya, kami boleh memanfaatkan data daripada dron untuk menentukan pendekatan yang terbaik untuk tapak insiden. Secara ringkasnya, Panglima kini boleh menjalankan perintah dan kawalan bagi pelbagai operasi dari lokasi tunggal." – Mr Ng Wee Kwang, 44, Pengurus Program (Keselamatan Negara), DSTA

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?