APA YANG ANDA BAKAL SAKSIKAN SEMASA PERTUNJUKAN MALAM NDP TAHUN INI

30jul20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/30jul20-photo1.jpg?sfvrsn=2263c24f_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/APA-YANG-ANDA-BAKAL-SAKSIKAN-SEMASA-PERTUNJUKAN-MALAM-NDP-TAHUN-INI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/APA-YANG-ANDA-BAKAL-SAKSIKAN-SEMASA-PERTUNJUKAN-MALAM-NDP-TAHUN-INI
APA YANG ANDA BAKAL SAKSIKAN SEMASA PERTUNJUKAN MALAM NDP TAHUN INI
30 Jul 2020 | COMMUNITY

APA YANG ANDA BAKAL SAKSIKAN SEMASA PERTUNJUKAN MALAM NDP TAHUN INI

// BERITA OLEH GABRIEL LEE

// FOTO OLEH TIMOTHY SIM

Penghibur NDP 2020 dan ahli-ahli Jawatankuasa bekerja keras dalam menganjurkan Pertunjukan Malam tahun ini.

Pertunjukan NDP tahun ini pula akan diadakan di dalam bangunan – di The Star Performing Arts Centre – untuk pertama kalinya sejak NDP pertama Singapura pada 1966, setahun selepas merdeka. Edisi lalu telah diadakan sama ada di Padang atau The Float @ Marina Bay.

Ringkas tetapi lebih daripada cukup

Berlainan daripada format Pertunjukan NDP dahulu yang membabitkan beribu penghibur, segmen pertunjukan NDP tahun ini akan menyaksikan hanya 87 penghibur.

Berbanding dengan pameran besar-besaran yang biasa diadakan, pertunjukan ini akan mempamerkan persembahan yang lebih intim, koreografi dan kesan istimewa yang direka bentuk untuk diterjemahkan pada skrin dengan cara terbaik bagi meningkatkan pengalaman rakyat Singapura yang menyaksikan pertunjukan itu dari rumah.

Salah satu daripada 87 penghibur yang turut serta mengambil bahagian ialah penyanyi-pencipta lagu tempatan Nathan Hartono, wajah yang tidak asing lagi dari NDP yang lepas. Dia akan melantunkan lagu tema NDP tahun ini, "Everything I Am" di pertunjukan tahun ini.

Penyanyi-pencipta lagu tempatan Nathan Hartono sedang berlatih untuk persembahannya di Pertunjukan Malam NDP 2020.

Beliau berkata, "Saya seronok kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada NDP, tetapi menyaksikan NDP2020 dianjurkan dalam keadaan yang luar biasa ini sesuatu yang mengagumkan."

"Dahulu kita biasa menyaksikan pameran besar-besaran untuk NDP, tetapi Pertunjukan Malam NDP tahun ini adalah untuk audiens di rumah dan sudut kamera yang digunakan lebih disesuaikan untuk individu. Contohnya, (kami akan menggunakan) lebih banyak tangkapan gambar jarak dekat," kata Pengarah Kreatif dan pembikin filem tempatan Royston Tan.

Pertunjukan tahun ini akan disesuaikan untuk audiens di rumah dan menampilkan filem pendek yang mengisahkan profil warga Singapura, kata Pengarah Kreatif dan pembikin filem tempatan Royston Tan.

"Kami juga akan menayangkan lebih banyak filem kerana audiens di rumah lebih biasa dengan medium ini." Encik Tan juga menambah bahawa pasukannya menghabiskan masa berbulan-bulan memperhaluskan pertunjukan selepas COVID-19 menjejaskan rancangan asal mereka.

Penyanyi-pencipta lagu tempatan Charlie Lim akan turut membuat persembahan di Pertunjukan Malam NDP tahun ini.

Menggantikan penyertaan audiens secara langsung, warga Singapura masih berpeluang menyertai Pertunjukan Malam tahun ini dari rumah.

Contohnya, netizen yang menghantar video mereka kepada Koir Maya NDP boleh menunggu sekiranya klip video mereka ditayangkan di rangkaian televisyen nasional apabila ia mula ditayangkan pada 9 Ogos.

Seorang yang mengakui dirinya peminat lagu-lagu NDP yang biasa didengar seperti "Home"? Akan ada saat-saat di mana anda boleh menyanyi bersama-sama kepada lagu-lagu Hari Kebangsaan yang sangat digemari.

Selepas Momen Ikrar seluruh negara pada 8.20 pm, audiens di rumah juga boleh menyertai Momen Memancarkan Cahaya. Pasangkan lampu pada telefon bimbit anda dan hayunkan ia dari tingkap rumah anda untuk menyatakan sanjungan kepada pejuang barisan hadapan, pekerja khidmat penting dan hero masyarakat. Dentuman mercun daripada 10 tapak di seluruh Singapura akan mengakhiri sambutan ini.

Merakamkan kisah warga Singapura

Audiens juga bakal menyaksikan satu siri filem pendek yang memaparkan 31 warga Singapura. Filem-filem pendek ini akan diselang-selikan dengan persembahan oleh artis-artis tempatan.

Salah seorang individu yang akan dipaparkan dalam filem itu ialah Encik Johann Bin Annuar, yang merintisi inisiatif Komputer Menentang COVID sebagai sebahagian daripada organisasi bukan untung Engineering Good.

Di bawah inisiatif ini, pasukannya mengumpul, mengubah suai dan menderma lebih 2,800 peranti kepada pelajar-pelajar yang memerlukan yang sedang menjalani Pembelajaran Berasaskan Rumah.

Encik Annuar merupakan salah seorang daripada warga Singapura yang ditonjolkan dalam siri 31 filem pendek yang memaparkan kisah warga Singapura.

"Saya tidak sangka saya akan dipaparkan dalam NDP tahun ini. Usaha saya hanyalah titisan kecil di dalam lautan berbanding dengan apa yang dilakukan oleh warga Singapura yang lain. Pasukan saya berbesar hati berpeluang menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar daripada kami," katanya.

Bagi membantu audiens di rumah lebih menikmati Pertunjukan Malam dan menavigasi enam aksi Pertunjukan, panduan Pertunjukan NDP akan diedarkan. Panduan ini akan menyediakan sinopsis di samping juga lirik lagu untuk dinyanyikan bersama oleh audiens di rumah.

Pengalaman yang selamat dan bermakna

Satu lagi perbezaan dalam pertunjukan tahun ini ialah pengurangan secara ketara dalam jumlah penonton secara langsung bagi memastikan pengalaman yang lebih selamat. Lebih kurang 150 wakil masyarakat akan menghadiri pertunjukan ini.

Bagi memastikan Pertunjukan Malam ini dijalankan dengan selamat, Jawatankuasa Eksekutif NDP 2020 juga telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan, termasuk ujian swab COVID-19 wajib, kohort ketat dan memakai pelitup muka semasa semua latihan.

Sementara peserta tidak perlu memakai pelitup muka semasa rutin tarian yang berat, koreografi tarian telah dikaji semula untuk menggabungkan penjarakan sosial dalam semua persembahan.

"Koreografi ini dilakukan dengan pintar, sentiasa ada jarak tetap yang ditentukan antara penghibur dan pemasaan persembahan kami secara berperingkat," kata salah seorang penghibur Jacqueline Theresa Pereira.

Cik Pereira (kiri) dan rakan penghibur Encik Shahrin Johry (kanan) sedang melagakan beberapa gaya.

Kata Pengerusi Jawatankuasa Pertunjukan NDP Kolonel Wong Shi Ming: "Pertunjukan tahun ini mungkin kurang mengagumkan dan tidak segemilang NDP yang dianjurkan di luar, ia membawa bersamanya sentuhan baharu.

"Ia mesra, lebih intim, namun ia persembahan yang bermakna."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?