ANGKATAN TENTERA MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55, DENGAN PAMERAN MAYA PERTAMA

01dec20_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/01dec20_news1_photo1.jpg?sfvrsn=d5c42766_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ANGKATAN-TENTERA-MENYAMBUT-ULANG-TAHUN-KE-55-DENGAN-PAMERAN-MAYA-PERTAMA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ANGKATAN-TENTERA-MENYAMBUT-ULANG-TAHUN-KE-55-DENGAN-PAMERAN-MAYA-PERTAMA
ANGKATAN TENTERA MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55, DENGAN PAMERAN MAYA PERTAMA
01 Dec 2020 | COMMUNITY

ANGKATAN TENTERA MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55, DENGAN PAMERAN MAYA PERTAMA

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO CHUA SOON LYE

Pelbagai aktiviti dan permainan diadakan di pameran maya untuk anggota keluarga Army 55.

1-UP-B-caption

Untuk memperingati ulang tahunnya yang ke-55 tahun ini, Tentera Singapura telah mengadakan pameran maya yang pertama, bertema #OurArmyFamily.

Berlangsung dari 1 hingga 13 Disember, pameran maya itu mengiktiraf sumbangan tentera pada masa lampau dan sekarang. Ia juga menggambarkan penghargaan kepada warga Singapura dan keluarga mereka atas sokongan berterusan kepada anggota tentera dan wanita dalam Tentera Darat.

Kunjungi pameran maya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai evolusi Tentera Darat, keupayaan dan platform operasinya, serta profesionalisme tentera Singapura. Para pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam permainan dan aktiviti yang disediakan bersama ahli-ahli keluarga mereka! Yang berikut adalah beberapa acara yang disediakan:

Terokai dan pelajari tentang 44 platform dan sistem senjata Tentera Darat.
Masih rindu mengenang hari NS anda? Sertai permainan penembak pertama di kawasan latihan SAF seperti Pusat Latihan Murai Urban dan Lorong Asrama
Anak-anak muda boleh berpeluang untuk mengasah kemahiran mereka di padang tembak "live-shoot".
Jaga bentuk badan anda dengan mengikuti program latihan fizikal dan panduan pemakanan Tentera Darat.
Belajar membuat kek sifon Leopard Tank.
Sertailah deejay Power 98 JK dan Mike dalam kuiz dengan anggota tentera dan wanita mengenai pengalaman latihan Tentera Darat mereka.
Kenali tokoh-tokoh legenda seperti "Tiger Hong" di Tentera Singapura. KPT (Bersara) Hong terkenal dengan pendekatannya yang tegas dalam menguruskan askar-askar.

Mengenang Jasa Anggota Tentera

Dalam ucapannya kepada warga Singapura dalam rakaman videonya sebagai Tetamu Kehormat di pelancaran maya pada 1 Dis, Menteri Kanan Pertahanan Negara Encik Heng Chee How berkata: "Tentera kita kuat kerana komitmen askar kita, dan sokongan masyarakat terhadap perkhidmatan negara dan pertahanan negara kita.

"Army 55 adalah masa untuk meraihkan dan menghargai setiap askar dalam setiap keluarga, dan kekuatan yang kita peroleh daripada keluarga Tentera kita. Pameran maya ini adalah tanda penghormatan kepada tentera kita dan kepada khalayak ramai atas sokongan mereka.”

En Heng (tengah) melancarkan pameran maya Army 55 dengan Panglima Tentera Darat Mejar Jeneral Goh Si Hou (dua dari kanan); Pengarah Hal Ehwal Perkhidmatan Negara Brigadier Jeneral Kenneth Liow (pertama dari kiri); Sarjan Mejar Ketua Waran Tentera Darat Chua Hock Guan (pertama dari kanan); dan KOL Yik.

Dalam ucapannya, beliaujuga menyuarakan penghargaannya atas sumbangan Tentera Darat dalam memerangi COVID-19.

Dia menyatakan bahawa lebih daripada 5,000 personel - baik yang aktif mahupun anggota Perkhidmatan Negara (NS) - telah memberi sumbangan dalam pelbagai bidang seperti menyokong sistem penjagaan kesihatan, pengesanan kontak, dan menjaga pekerja migran.

Maya tetapi interaktif

Di pratonton media pada 27 Nov, Kolonel (KOL) Dean Yik, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pameran Maya Army 55, mengatakan bahawa pameran maya itu memperlihatkan kemajuan Tentera Darat sepanjang 55 tahun melalui kisah-kisah rakyatnya.

Ikuti lawatan maya Galeri NS dan Dataran NS di Marina Bay, dan baca kisah-kisah sumbangan bekas anggota tentera dan tentera semasa. Anda juga boleh berkongsi kisah anda semasa dalam Tentera.

"Kami juga mahu menjadikan platform di mana anggota tentera boleh membawa ahli keluarga dan orang tersayang untuk berkunjung dan berkongsi pengalaman tentera mereka yang unik," tambahnya.

"Ini akan menjadi pameran yang bertumpu pada keluarga – dengan tersedianya permainan dan aktiviti interaktif yang menarik, seperti acara larian maya pertama yang kami anjurkan sebagai sebahagian daripada pameran ini."

Marilah menyertai anggota Tentera Darat dalam perlumbaan untuk meliputi jarak sejauh 55,000km di #OurArmyFamilyRun dengan menempuh jarak 5.5km setiap individu atau keluarga.

Memandangkan bahawa pameran statik di platform dan sistem senjata telah menjadi tarikan utama di Rumah Terbuka Tentera Darat yang lalu, pihak penganjur telah mencorakkan pameran maya agar ia lebih interaktif untuk keluarga dan anak-anak,” kata KOL Yik.

Melalui pameran maya ini, pengunjung dapat melihat platform dan sistem senjata, membaca spesifikasi teknologi mereka, dan menonton aksi mereka dalam video yang disediakan.

"Walaupun anda tidak dapat menyentuhnya secara fizikal, anda dapat mengalaminya dalam cara yang berbeza. Kami juga menyediakan ‘gerai foto’ di mana anda boleh mengambil foto di beberapa platform kami, "kata KOL Yik.

KOL Yik dan pasukannya yang terdiri daripada 80 anggota mula berkonsepkan pameran maya Army 55 pada awal Mei tahun ini.

Format dalam talian bagi pameran tahun ini, tambahnya, membolehkan pengunjung melihat dan menikmati pengalaman dengan lebih mendalam. Jelasnya lagi, adalah tidak mungkin untuk mengadakan paparan statik bagi 44 platform dan sistem senjata kerana kekangan ruang dalam pameran fizikal.

Selain itu, satu lagi kelebihan format maya ialah pengunjung tidak perlu beratur untuk menyertai permainan dan simulator, katanya lagi.

Kunjungi pameran maya di www.go.gov.sg/OurArmyFamily Untuk maklumat selanjutnya mengenai pameran maya, lawati halaman Facebook Tentera Singapura.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?