ANGGOTA PERKHIDMATAN MENGESAHKAN SEMULA KOMITMEN TERHADAP PERTAHANAN PADA HARI SAF
SAF meraikan hari lahirnya dan memperingati NS55 dengan gabungan upacara dedikasi semula pada waktu pagi dan penyambungan semula perbarisan berskala penuh pada waktu petang.// KISAH TEO JING TING
// FOTO KENNETH LIN
Sebanyak 500 Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) daripada 460 syarikat dan majikan mereka mengesahkan semula komitmen mereka terhadap pertahanan Singapura, pada pagi 1 Jul pada Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Majlis dedikasi semula gabungan Hari SAF dijalankan di seluruh pulau di Politeknik Temasek, Pusat Inovasi Procter and Gamble Singapura, Hab Persatuan Perdagangan dan Pusat Konvensyen & Pameran Suntec Singapura.
Dalam perutusan Hari SAFnya, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen mengingatkan warga Singapura tentang perlunya ada SAF yang kukuh untuk menjaga ketenteraman dan kedaulatan Singapura.
Ini suatu peringatan yang amat penting memandangkan keadaan tidak menentu yang disebabkan oleh peperangan yang berterusan di Ukraine dan negara-negara semakin berpecah belah.
"Dunia pada keseluruhannya kini berada dalam detik-detik sejarah yang mengancamkan dan SAF perlu bersedia untuk mengharungi segala kemungkinan... Kami telah berlatih bersungguh-sungguh sejak bertahun-tahun untuk menjadi angkatan tentera yang moden dan berkebolehan," katanya.
"Sama ada untuk Angkatan Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan tidak lama lagi Perkhidmatan Digital dan Perisikan, keupayaan terbina secara sistematik agar kami sentiasa bersedia dan boleh mempertahankan semua sempadan Singapura – di udara, darat, laut dan juga di alam siber."
Dr Ng, yang menyampaikan perutusan tahunannya di Politeknik Temasek, juga memberi penghormatan terhadap sumbangan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara semasa negara menyambut ulang tahun Perkhidmatan Negara ke-55 (NS55) tahun ini.
Perniagaan dan organisasi yang mengambil bahagian mengikrarkan sokongan mereka untuk Perkhidmatan Negara melalui Skim Akreditasi Mark NS dalam majlis tersebut.
"Kami berasa bangga Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara membentuk teras pertahanan negara – warganegara biasa masing-masing memainkan peranan luar biasa untuk mempertahankan orang kesayangan mereka dan cara hidup kami di negara kami," kata Dr Ng.
Menurut beliau lagi: "Saya yakin setiap lelaki atau wanita dalam SAF akan berkhidmat dengan bersungguh-sungguh untuk memberi jaminan kepada keluarga, rakan-rakan dan orang awam mereka bahawa SAF boleh diharap untuk mempertahankan Singapura dan kepentingannya."
Penyambungan semula perbarisan berskala penuh
Sambutan Hari SAF berlangsung dari pagi sehingga petang dengan perbarisan fizikal berskala penuh di Institut Tentera SAFTI (SAFTI MI).
Inilah kali pertama Perbarisan Hari SAF kembali dengan sepenuhnya sejak penularan pandemik COVID-19 dua tahun lalu. Sambutan tersebut dirasmikan oleh Presiden Halimah Yacob dan dihadiri lebih 2,000 anggota tentera.
Semasa perbarisan, Presiden Halimah (kiri) menyampaikan bendera kebangsaan Singapura kepada Unit Tempur Terunggul tahun ini – Batalion Komando Pertama – manakala Dr Ng mempersembahkan anugerah kepada 29 Unit Terbaik dan Unit Perkhidmatan Negara Terunggul.
Dr Ng turut menyampaikan anugerah NSman of the Year kepada 19 Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara di majlis selepas perbarisan sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka.
Di kalangan mereka adalah LTC (NS) Graham Gerard Ong-Webb, yang menerima anugerah NSman of the Year untuk kali kedua. Dia menerimanya buat kali pertama semasa NS50 (ulang tahun Perkhidmatan Negara ke-50) pada 2017.
Perkara yang menyayat hati Ketua Staf Briged dari Markas (HQ) Briged Berperisai Singapura ke-54 (54 SAB) ialah masa yang diluangkan bersama saudara seperjuangannya.
"Bagi saya, detik-detik manis ini tidak pernah berhubungkait dengan latihan atau kursus tertentu, tetapi mereka yang pernah bersama saya. Ia adalah tentang tempoh perkhidmatan saudara NS saya bersama saya – sama-sama dalam parit, menjalani latihan di medan lapangan dan bersama-sama melalui detik-detik susah dan senang," kata LTC (NS) Graham.
Beliau berusia 47 tahun itu menyandang jawatan Naib Presiden dan ketua Pusat Teknologi Masa Depan di Pejabat Teknologi Kumpulan Kejuruteraan Teknologi Singapura.
"Inilah ertinya menjadi seorang anggota perkhidmatan negara, dan ia telah memberi banyak kegembiraan dan kepuasan kepada diri saya."
Penyambungan semula Perbarisan Hari SAF secara fizikal telah membolehkannya bersembang mesra dengan rakan-rakannya secara bersemuka – peluang yang tidak akan dipandang remeh lagi.
"Bilangan kami adalah banyak dan tidak mungkin dapat bertemu dengan semua orang pada masa yang sama. Tetapi kami berpeluang bertemu semasa di Perbarisan Hari SAF … Dan itulah yang dinanti-nantikan oleh kami semua."
Menerima anugerah tahun ini semasa sambutan NS55 adalah sesuatau yang amat dihargai MEJ (NS) Muhammad Fazli Bin Zulkifli.
S3 berusia 35 tahun dari Hospital Sokongan Tempur ke-2 (2 CSH) adalah di kalangan mereka yang ditugaskan untuk menubuhkan Kemudahan Penjagaan Komuniti di Ekspo Singapura semasa pandemik mula menular pada 2020.
MEJ (NS) Fazli tidak teragak-agak untuk menyahut panggilan tugas itu walaupun baru bergelar bapa tiga bulan lalu.
Guru reka bentuk dan estetik dari Sekolah Menengah Beatty itu juga menelefon dan mengumpulkan rakan-rakan NSnya untuk menyertainya untuk Latihan Dalam Kem (ICT) selama dua minggu. Pasukan itu menjaga ramai pesakit COVID-19, kebanyakannya terdiri daripada pekerja asing.
Walaupun selepas tenteranya menamatkan ICT mereka, MEJ (NS) Fazli melanjutkan perkhidmatannya selama dua minggu lagi untuk menyelia proses penyerahan kepada penggantinya daripada 8 CSH.
Walaupun dia berasa bangga dengan anugerah itu, tetapi yang paling penting bagi bapa kepada dua anak itu adalah melihat anggota tenteranya menikmati ICT mereka.
"Segala-gala yang saya lakukan, saya melakukannya dengan ikhlas demi anak-anak buah saya. Saya ingin memastikan bahawa saya bertanggungjawab untuk latihan mereka dan lebih penting lagi, untuk mereka berasa gembira menyertai ICT. Itulah pencapaian saya yang terbesar."
Bagi Pegawai Waran Pertama (1WO) (NS) Surindranath S/O Kaseenthanan, adalah satu keistimewaan bagi beliau menerima anugerah itu selepas 25 tahun berkhidmat.
Sudah tentu, walaupun tanpa dikurniakan anugerah itu, beliau akan tetap berkhidmat dengan bersungguh-sungguh demi negara, kata Briged Sarjan Mejar berusia 47 tahun dari HQ 56 SAB itu.
Dan selaku setiausaha Jawatankuasa Eksekutif SAFRA Toa Payoh, beliau merancang aktiviti-aktiviti yang menyerlahkan pengalaman anggota NS dan keluarga mereka. Dan selaku setiausaha Jawatankuasa Eksekutif SAFRA Toa Payoh, beliau merancang aktiviti-aktiviti yang menyerlahkan pengalaman anggota Perkhidmatan Negara dan keluarga mereka.
"Keluarga adalah komponen penting dalam kehidupan seorang askar. (Dengan adanya) sokongan dan kesejahteraan adalah sangat penting bagi anggota tentera (supaya mereka) menjalani latihan tanpa tekanan," kata bapa kepada dua anak itu.
1WO (NS) Surindranath, adalah pengurus pentadbiran di Sekolah Kheng Cheng, juga merasakan bahawa sambutan tahun NS55 ini amat bermakna bagi Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara.
"Apabila kami berkhidmat dengan NS, kami semua bersatu hati dan mengharungi cabaran bersama-sama... Ia membina kami dan mengeratkan lagi jalinan hubungan yang amat rapat," kata 1WO (NS) Surindranath.
"Pada hakikatnya, Perkhidmatan Negara telah membentuk fabrik masyarakat kami dan inilah kisah kami."