Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/05jul23_news1_photo124a722bf-71b8-45cf-a0f9-a899d85e2904.jpg?sfvrsn=d8546732_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/AKSI-GERAKAN-UDARA-BAHARU-FORMASI-AMP-TERBANG-LALU-PULAU-RSAF55-UNTUK-NDP-2023
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/AKSI-GERAKAN-UDARA-BAHARU-FORMASI-AMP-TERBANG-LALU-PULAU-RSAF55-UNTUK-NDP-2023
AKSI GERAKAN UDARA BAHARU, FORMASI & TERBANG LALU PULAU RSAF55 UNTUK NDP 2023
05 Jul 2023 | COMMUNITY

AKSI GERAKAN UDARA BAHARU, FORMASI & TERBANG LALU PULAU RSAF55 UNTUK NDP 2023

RSAF SEDANG MENGUSAHAKAN PERSEMBAHAN YANG BESAR DI NDP TAHUN INI – MELAKUKAN AKSI GERAKAN YANG BELUM PERNAH DISAKSIKAN LAGI DAN MENAMPILKAN HELIKOPTER H225M TERBAHARUNYA. SELAIN MENYAKSIKAN KIBARAN BENDERA NEGARA DI KAWASAN KEJIRANAN, MEREKA YANG BERADA DI RUMAH JUGA BOLEH MENIKMATI ACARA TERBANG LALU FORMASI RSAF55.

Juruterbang H225M MEJ (NS) Yeong (kanan) bersama Pakar Anak Kapal Udara 3WO Kenny Ng.

Beliau adalah pengurus produk dalam industri pembelajaran mesin Kecerdasan Buatan. Tetapi pada 9 Ogos, Mejar (MEJ) (NS) Yeong Zhen Jie adalah di antara juruterbang pertama yang menerbangkan helikopter H225M baharu di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) – serta Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara pertama yang berbuat demikian.

Helikopter Angkut Sederhana Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) terbaharu akan membuat penampilan pertama di NDP tahun ini sebagai sebahagian daripada acara terbang lalu formasi RSAF55 terbaharunya.

Para penonton akan melihat Helikopter Angkat Berat CH-47F dan dua Helikopter Angkat Sederhana H225M terbang dalam formasi merentasi Padang sebagai sebahagian daripada paparan udara yang dipertingkatkan.

CH-47F (tengah) dan dua helikopter H225M sedang terbang dalam formasi Vic, di mana H225M berada menyerong di belakang pesawat utama.

Untuk melayakkan diri dalam bahagian itu, MEJ (NS) Yeong memulakan latihan dalam pesawat H225M terbaharu ini pada awal tahun ini.

Sepanjang tempoh empat bulan, beliau keluar masuk dari pusat latihan yang berbeza –mempelajari spesifikasi pesawat dari Airbus; menuju ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk latihan simulator; dan terbang sorti dengan 125 Skuadron untuk meningkatkan kemahirannya.

"Sudah tentu ia melibatkan beberapa pengorbanan peribadi kerana saya perlu mengimbangi komitmen kerja dan masa keluarga semasa menjalani latihan. (Ia) bukan sesuatu yang remeh," kata pegawai berusia 39 tahun itu, yang menerbangkan helikopter Super Puma selama 16 tahun sebelum meninggalkan angkatan tentera udara pada 2018.

"Banyak kali, saya terpaksa menambahkan lebih masa selepas latihan untuk memastikan kerja masih berjalan; sementara isteri saya pula menguruskan hal-ehwal rumah tangga.

"Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada isteri dan rakan sekerja atas sokongan padu mereka, dan juga kepada rakan skuadron saya," tambah MEJ (NS) Yeong. Beliau adalah bapa kepada tiga orang anak, yang berusia dua belas, lima dan tiga tahun.

Di sebalik komitmen beratnya, MEJ (NS) Yeong menawarkan diri untuk menggalas peranan itu. "Memang patut saya membalas budi. Walaupun beralih kepada kerjaya profesional dalam ruang Pembelajaran Mesin AI, saya berasa amat berpuas hati menjalankannya."

Kibaran Bendera Negara merentasi Padang semasa pertunjukan Pendidikan Kebangsaan NDP pada 2 Jul.
Lima pesawat F-16D+, diikuti tiga F-15SG, menjalankan Tabik Hormat Kepada Negara tertingkat.

Persembahan yang lebih besar untuk Singapura

RSAF akan memberi persembahan yang lebih menarik di NDP tahun ini, yang juga menandakan ulang tahunnya yang ke-55 atau RSAF55.

Ia akan mempunyai segmen paparan udara yang tertingkat di Padang, yang menampilkan empat profil terbang untuk mendebarkan penonton. Ini termasuk pengembalian kegemaran orang ramai seperti acara Terbang Lalu Bendera Negara dan letusan bom.

Acara Tabik Hormat tertingkat, umpamanya, akan mempamerkan lima pesawat F-16D+ melakukan aksi gerakan letusan bom, disusuli tiga terbang lintas F-15SG.

Mereka yang berada di rumah boleh menyaksikan kibaran Bendera Negara merentasi kawasan kejiranan ketika ia berterbang ke bahagian timur dan barat Singapura dalam segmen Kibaran Bendera Kita.

Para penonton di rumah boleh menyaksikan acara Kibaran Bendera Kita dan Terbang Lalu Pulau RSAF55 yang akan merentasi kawasan kejiranan.

Yang pertama akan mempunyai dua laluan –laluan barat melepasi kawasan seperti Bukit Panjang, Woodlands, Choa Chu Kang, Jurong dan Barat; manakala laluan timur akan menuju ke Yishun, Toa Payoh, Sengkang, Punggol, Pasir Ris, Tampines dan Marine Parade.

Terbang Lalu Pulau RSAF55 akan merentasi lima kawasan: Jurong West, Woodlands, Toa Payoh, Tampines dan Bedok.

Perayaan ini akan melibatkan sejumlah 21 pesawat, iaitu jumlah tertinggi sejak RSAF50 pada 2018.

"Kami mengambil keputusan untuk mengadakan persembahan yang lebih besar, agar lebih ramai orang boleh meraikan pencapaian RSAF55 kami. Hasratnya juga adalah untuk mempamerkan beberapa keupayaan terbaharu kami dan menunjukkan kepada warga Singapura setakat mana perubahan-perubahan dijalankan selama ini," kata Kolonel (KOL) Jonavan Ang, 45, Pengerusi Jawatankuasa Penyertaan Udara.

KOL Ang (keempat dari kanan) bersama dengan beberapa warga kerja di sebalik segmen penyertaan udara NDP tahun ini.

Gerakan dan formasi baharu

Kemuncak paparan udara tertingkat tahun ini ialah Dual High G Turn – di mana dua jet pejuang F-15SG akan melakukan aksi pusingan tajam yang diselaraskan, membuat pusingan hampir 360-pusing di sekitar kawasan Padang sambil terbang besebelahan.

Dengan gerakan pusingan tersebut, anak kapal terpaksa menahan daya graviti sehingga sembilan kali daya graviti, dan ia lazimnya dikendalikan oleh satu pesawat sahaja.

Dua jet pejuang F-15SG membuat aksi pusingan High-G yang terselaras.

"Kami berhasrat untuk merancang aksi gerakan yang unik di Padang kerana tapak penontonnya adalah empat sisi. Justeru, kami cuba memastikan agar lebih banyak orang menyaksikan pesawat tersebut," kata KOL Ang sambil berjalan.

Ia akan diikuti dengan aksi gerakan "Cross Turn + Vertical Climb" baharu, yang akan menampilkan dua jet pejuang F-16D+ yang memintas jalan penerbangan masing-masing, sementara pesawat F-15SG akan terbang dari arah bertentangan ke arah persilangan sebelum terbang secara menegak ke langit. .

MRTT terbang dengan empat jet F-16D+ – dua pada setiap sayap – menuju ke arah Padang.

Satu lagi NDP yang pertama ialah Pembentukan Sayap Tetap – di mana Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 terbang dengan empat jet pejuang F-16D+, dua di setiap sayap.

"Dengan pesawat yang besar dan ruang udara Singapura yang sempit, adalah sukar untuk kekal (terbang) dalam ruang udara ini dan pada kelajuan tinggi (bersama-sama) dengan jet pejuang," kongsi juruterbang MRTT Leftenan (LTA) Hanson Lim.

"Radius pusingan kami akan menjadi lebih besar. Dan dengan pesawat yang lebih besar, kami tidak boleh bergerak dengan lebih mudah seperti jet pejuang. Jadi, setiap pusingan perlu dikira dengan baik untuk memastikan kami dapat terbang dalam ruang udara kami dan memenuhi sasaran kami," tambah pemain berusia 25 tahun itu.

(Dari kiri) Pegawai Sistem Senjata F-15SG Kapten Dillon Foo, juruterbang F-16D+ MAJ Melcolm Huang dan LTA Lim akan terbang di awan biru untuk paparan udara tertingkat di Padang.

MRTT juga akan terlibat dalam Terbang Lalu Pulau RSAF55 merentasi kawasan kejiranan. Ia akan memimpin formasi terbang lalu, disusuli enam F-16D+ dalam formasi delta dan tiga F-15SG dalam formasi Vic.

Menurut LTA Lim beliau berasa teruja untuk menyertai NDP pertamanya – dan begitu juga keluarganya, yang telah cuba mengesan pesawatnya terbang merentasi kawasan kejiranan semasa pertunjukan hujung minggu.

Dia berkata: "Saya menimba ilmu pengetahuan yang banyak daripada peluang ini dan berasa sangat gembira warga Singapura dapat menyaksikan aksi kami di udara."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

She used to serve on the Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

She used to serve on the COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

She used to serve on the Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!