ADIWIRA LEBUHRAYA

12apr23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/12apr23_news1_photo1d6d84df7-65c6-4799-ab15-bf7824d5f591.jpg?sfvrsn=9fe7d50e_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ADIWIRA-LEBUHRAYA
ADIWIRA LEBUHRAYA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ADIWIRA-LEBUHRAYA
12 Apr 2023 | PEOPLE

ADIWIRA LEBUHRAYA

Ini ialah wajah yang anda ingin melihat apabila kenderaan anda rosak di tengah-tengah lebuh raya.

// KISAH BENITA TEO // FOTO KENNETH LIN & IHSAN 3WO AARON POK

English 华文
English 华文

Bukan semua wira memakai mantel. Pegawai Waran Ketiga (3WO) Aaron Pok memakai rompi kebolehlihatan kuning terang apabila berhenti di sepanjang jalan untuk membantu pemandu dan penunggang motosikal dalam kesusahan.

Dengan kelengkapan peralatan pengawal trafik dalam but keretanya, Anggota Polis Tentera (MP) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ini akan sentiasa memantau para pemandu yang menghadapi kesusahan di lebuh raya.

Apakah kelengkapan yang tersedia dalam keretanya: 3WO Pok tidak pernah meninggalkan rumahnya tanpa peralatan pengawal lalu lintasnya. Peralatannya termasuk tanda amaran segi tiga, kayu lampu berkelip dan rompi kebolehlihatan.
3WO Pok memakai "mantel adiwira" – rompi kebolehlihatan yang mudah dilihat pemandu di jalan raya apabila dia mengalihkan lalu lintas.

Dia bukan sahaja berhenti untuk meneliti situasi. Dia menghentikan keretanya dan mula mengalihkan lalu lintas dengan selamat daripada tapak. Adakalanya, dia menghubungi ambulans dan kenderaan Pemulihan EMAS (Expressway Motoring Advisory System), dan sering membantu pemandu menukar tayar.

Pernah sekali, dia membawa seorang penunggang motosikal untuk membeli petrol untuk tangki minyaknya yang kehabisan minyak!

3WO Pok membantu orang awam menukar tayar pancitnya di luar Kem Kranji III pada 2018. Dia telah menghadiri mesyuarat di kem dan terserempak dengan seorang wanita yang memerlukan bantuan. [Foto ihsan Alvin Xie]

Dan, ya, dia akan bergegas untuk memberi bantuan, hakikat yang diketahui isterinya, serta ketua-ketuanya di Perintah MP SAF, di mana dia bertugas sebagai Ketua Sokongan Forensik.

Semua rakan dan teman sekerja tahu setiap kali dia lewat, besar kemungkinan dia sedang menyelamatkan hari seseorang – atau sekurang-kurangnya menambah baik hari yang buruk seorang pemandu.

Bantuan yang tenang

3WO Pok, 42, telah melakukan tugasan ini selama hampir dua dekad, memanfaatkan kemahirannya sebagai pelumba dalam platun trafik Perintah MP, yang disertainya pada 2002.

"Sebagai sebahagian daripada latihan, saya menghadiri kursus seperti kursus Pegawai Peronda Polis Trafik (Pasukan Polis Singapura). Di sana, saya pelajari dengan lebih mendalam tentang pengiring trafik dan penguatkuasaan trafik. Ia memberi saya keyakinan untuk bertindak dengan sewajarnya dalam keadaan trafik, di samping kenalan yang perlu dihubungi dalam sesuatu kecemasan."

3WO Pok (berbaju putih) membantu pasangan warga emas untuk menukar tayar kereta mereka.

Menjalankan tugas rondaan dan penguatkuasaan sebagai MP juga melengkapkan dirinya dengan kemahiran insani yang penting untuk mendekati pemandu yang setentunya berasa was-was.

"Ada juga pemandu yang menolak bantuan saya kerana mereka menyangka saya ni penipu. Saya akan memperkenalkan diri saya sebagai anggota tentera dan menghulurkan kad nama saya. Dengan cara ini, mereka akan lebih yakin dengan saya. Tetapi jika mereka masih menolak bantuan saya, saya hanya akan menyediakan segitiga dan kon dan meneruskan pengawasan jalan raya.

"Sering berlaku di mana pemandu tidak sedar berlakunya kemalangan di jalan raya sehingga terjadinya pula kemalangan yang kedua. Itulah sebabnya saya berasa penting untuk membantu mengelakkan kemalangan lanjut daripada berlaku."

Walaupun dalam situasi di mana dia tidak dapat membantu, dia percaya kehadiran yang menenangkan boleh membantu memberi sokongan emosi kepada pemandu yang cemas.

Pengalaman bertahun-tahun 3WO Pok sebagai pengiring MP telah melengkapkan dirinya dengan kemahiran yang perlu untuk membantu pemandu yang terkandas di jalan raya. Digambarkan semasa latihan Perbarisan Hari Kebangsaan 2019, di mana dia membentuk sebahagian daripada Kolum Mudah Alih.
3WO Pok (kanan, menunggang motosikal) mengiringi kenderaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Perbarisan Hari SAF 2012.

Malaikat bagi pemandu yang cemas

3WO Pok tidak keluar mencari pemandu untuk membantu; kesemuanya ditemui secara kebetulan.

Dia sudah tidak terkira bilangan orang dan kejadian yang dihadapi setakat ini. Kebanyakannya merupakan kes ringkas seperti membantu menghidupkan kereta atau menukar tayar yang pancit – dia berasa bangga untuk mengatakan latihannya sebagai Penyelia Pengangkutan telah melatihnya menukar tayar dalam tempoh masa kurang daripada 10 minit!

Sekiranya anda terkandas di bahu jalan dengan enjin yang mati, inilah nasihat 3WO Pok: "Jangan sesekali duduk di dalam kenderaan. Pemandu lain mungkin tidak perasan anda di sana dan akan melanggar anda, walaupun setelah meletakkan plat amaran segi tiga. Jangan cuba mengawal trafik sekiranya anda tidak terlatih.

"Sebaik-baiknya tinggalkan kenderaan anda dan diri di belakang penghadang jika anda berada di lebuh raya sehingga bantuan tiba."

3WO Pok (kiri) menerima Anugerah Panglima Polis Trafik daripada Panglima Polis Trafik ketika itu, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Sam Tee pada 2018, sebagai menghargai sumbangannya pada 2017.
3WO Pok menerima anugerah Juara Keselamatan Jalan Raya daripada Panglima Polis Trafik SAC Gerald Lim pada 2020.

Semua jasa baik pasti ada rahmatnya

Sejak 2016, 3WO Pok dilantik sebagai Juara Keselamatan Jalan Raya Polis Trafik, di mana dia melibatkan khalayak ramai tentang keselamatan jalan raya di acara Polis Trafik. Ini adalah peranan biasanya kerana dia pernah menyampaikan pembentangan tentang pendidikan keselamatan jalan raya kepada kem dan unit SAF semasa bertugas di platun trafik.

Dia dihargai dengan Anugerah Panglima Polis Trafik 2018 dan Johan Keselamatan Jalan Raya (Anugerah Individu) di Majlis Makan Malam Penghargaan Rakan Polis Trafik pada 2020.

3WO Pok menunjukkan cara dia bersedia untuk menjalankan pengawasan di jalan raya. Dia bermula dengan meletakkan keretanya di jarak yang selamat daripada kenderaan yang terkandas itu, sebelum memasang segitiga amaran dan kon untuk mengalihkan kenderaan yang datang dari arah hadapan. Kemudiannya, dia akan mengawasi jalan rayua dengan mengguna kayu lampu berkelip untuk menarik perhatian pemandu dan membimbing mereka (gambar seterusnya).
1-UP-B-caption

Kepuasan terbesar 3WO Pok adalah apabila dia dapat membantu pemandu yang cemas menyelesaikan masalah kereta atau motorsikal mereka dan memastikan mereka dapat pulang ke rumah dengan selamat.

Walaupun dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan semasa membantu, sesuatu yang dianggap sebagai sumbangannya kepada masyarakat, dia telah menyaksikan jasa baiknya dibalas dengan cara yang tidak dijangka.

"Saya masih ingat lagi pada suatu pagi semasa saya tidak dapat menghidupkan kereta saya. Saya memegang bonet saya dan cuba melambai untuk mendapatkan bantuan orang yang berlalu lalang apabila seseorang memberhentikan keretanya untuk saya. Dia akhirnya membantu saya menghidupkan kereta saya dengan mengguna bateri keretanya. Hal ini berlaku sehari dua selepas saya membantu orang yang lain!

"Memang kelakar, tetapi bak kata pepatah buat balik dibalas baik. Saya tidak mengharapkan apa-apa balasan, tetapi saya bersyukur kerana mendapat bantuan pada masa saya memerlukannya."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!