ADIK-BERADIK DI LATIHAN FORGING SABRE

05oct23_news1-photo1-thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/05oct23_news1-photo1-thumbnail.jpg?sfvrsn=fddaa02_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ADIK-BERADIK-DI-LATIHAN-FORGING-SABRE
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ADIK-BERADIK-DI-LATIHAN-FORGING-SABRE
ADIK-BERADIK DI LATIHAN FORGING SABRE
05 Oct 2023 | PEOPLE

ADIK-BERADIK DI LATIHAN FORGING SABRE

//KISAH BENITA TEO / FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN RSAF

Adik-beradik ME3 Yew Boon Leng dan ME2 Yew Boon Siong ditemukan semula di latihan itu buat kali pertama dalam tempoh sembilan bulan selepas ditempatkan di AS.

ME2 Yew (kiri) dan ME3 Yew kedua-duanya menyertai Latihan Forging Sabre tahun ini.

"Semasa kami berdua bekerja di Pangkalan Udara Tengah, kami tidak pernah berserempak sama sekali baik di kawasan persekitaran atau duduk makan bersama. Tetapi di sini, kami boleh melepak pada hujung minggu atau singgah di pejabat masing-masing apabila kami memerlukan sesuatu!"

Ia mengambil masa penghantaran ke Amerika Syarikat (AS) untuk adik-beradik Pakar Tentera (ME) 3 Yew dan ME2 Yew untuk menjadi lebih rapat.

Tugasan ke luar negara telah membantu mengeratkan hubungan dua beradik ini.

ME3 Yew, 35, ialah Jurutera Tentera Udara (AFE) (Rantaian Bekalan) di Peace Carvin (PC) V di Idaho, menyokong detasmen F-15SG.

Sementara itu, adik lelaki ME2 Yew adalah AFE (Penyelenggaraan) di PC II di Arizona, di mana pegawai berusia 32 tahun itu bertugas memastikan jet pejuang F-16C+/D sedia untuk penerbangan.

Tahun ini, mereka akhirnya berpeluang bekerja bersama di Latihan Forging Sabre (XFS).

ME2 Yew mengendalikan pesawat F-16 di XFS tahun ini. Dia telah mengambil bahagian dalam XFS dua kali, yang pertama pada 2015.

Kami perlu tahu: Adakah anda berpakat untuk pengerahan bersama ke AS?

ME3 Boon Leng: Sebenarnya, Boon Siong dikerahkan terlebih dahulu ke detasmen PC II. Sebelum ini saya bertugas di detasmen Chinook di Peace Prairie di Texas, serta penempatan semulanya ke Australia.

Saya telah kembali ke Singapura selama dua tahun apabila hantaran untuk PC II dan PC V datang. Saya memohon untuk kedua-duanya kerana saya tahu dia ada di sini. Akhirnya, saya diterima masuk ke PC V. Kini, sudah hampir sembilan bulan saya berada di sini.

ME2 Boon Siong: Saya berada di sini selama hampir dua tahun. Saya agak teruja mendengar dia memohon kerana kami berpeluang bekerja bersama dalam detasmen yang sama. Tetapi sayang sekali, dia tidak masuk ke PC II!

ME3 Yew (tengah) bersama pasukan Rangkaian Bekalan PCVnya. Ini adalah kali pertama dia menyertai XFS.

ME2 Boon Siong, adakah anda memberi abang anda sebarang petua berkaitan menetap di AS?

ME2 Boon Siong: Tidak. Sebaliknya, saya bergelak kerana apabila musim sejuk di Mountain Home, dia akan menyodok salji dan ais! Tetapi dia pula mentertawakan saya, kerana musim panas Arizona memang sangat panas – saya boleh masak telur di luar!

ME3 Boon Leng: Salji di sini begitu lebat, sehingga anda boleh membuat ais kacang! Saya datang ke sini bersama isteri dan anak perempuan saya yang berumur lima tahun, dan kami mengambil masa hampir tiga bulan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Kami lebih risau tentang anak perempuan saya, tetapi dia boleh selamba memakai jaket dan berlari keluar untuk bermain salji! Mungkin kerana dia suka menonton filem Frozen.

ME3 Yew dan keluarganya di Mountain Home. Keluarga Yew terpaksa mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca buruk di Idaho.

ME3 Boon Leng, adakah adik anda menyertai Angkatan Tentera Udara Republik Singapur kerana anda?

ME3 Boon Leng: Saya menyertai tiga tahun sebelum dia. Suatu hari dia tanya saya, "Eh Kor (abang), bagaimana kehidupan di Tentera Udara?"

Saya berkongsi pengalaman saya dan menyuruhnya berbincang dengan pusat pengambilan. Tapi saya tak pernah memaksa dia lah!

Apakah kebaikan ditempatkan di AS bersama-sama?

ME2 Boon Siong: Saya boleh pergi kepadanya dan bertanya, "Saya perlukan alat ganti, boleh beri saya satu?" Atau jika saya ada persoalan tentang bekalan atau proses, saya boleh mendekatinya.

Dia hanya sejaauh satu panggilan telefon sekarang, berbanding jika dia berada di Singapura dan kami harus mengambil kira masa sama ada (dia) sedang tidur. Nanti bila saya call dia (semasa dia tidur), dia akan marah saya!

ME3 Boon Leng: Apabila kami kembali ke detasmen masing-masing, kami akan membuat panggilan keluarga. Tetapi saya tahu bila dia menelefon saya pada waktu yang tidak menentu, ia bukan setakat "hello hello", tetapi lebih kepada "hello, boleh tolong saya?"

Bagaikan di rumah sendiri: Walaupun berada beribu-ribu batu jauhnya dari Singapura, skuadron di PC II dan PC V pasti akan meraikan acara dan perayaan penting seperti Hari Kebangsaan untuk memberikan para juruterbang dan wanita perasaan seperti di rumah.
1-UP-B-caption

Adakah keluarga anda bimbang dengan anda berdua berada jauh dari rumah?

ME2 Boon Siong: Ya, pada mulanya, tetapi dengan adanya teknologi, kita boleh terus berhubung dan berkongsi perkembangan terbaharu. Mereka berasa yakin melihat kami dijaga dengan baik di sini. Kami juga membuat perjalanan pulang bila masa mengizinkan.

ME3 Boon Leng: Kami berharap untuk pulang ke Singapura bersama-sama untuk melawat ibu dan kakak kami, tetapi jadual kami bercanggah. Tetapi saya gembira Boon Siong akan berada di sini di XFS, kerana dia boleh membawa saya hadiah mereka! Mereka memberinya kudapan tempatan seperti kuih bulan dan cili. Hanya tiada durian!

Di PCV, skuadron kami mengamalkan budaya meraikan perayaan dan acara utama. Mereka yang boleh memasak akan menghidangkan masakan tempatan untuk dimakan bersama. Dengan cara ini, mereka seperti Boon Siong yang berada di sini seorang diri boleh menikmati suasana di rumah.

ME2 Boon Siong: Begitu juga dengan kami – pada Hari Kebangsaan, orang ramai akan menyediakan hidangan seperti laksa dan Milo dinosaur. Saya akan mengambil gambar makanan dan menghantarnya kepada abang saya!

ME2 Yew (kiri sekali) menjamu makan tengah hari masa bersama ME3 Yew (kanan sekali) dan keluarganya di Mountain Home. Dengan pengerahan ini, ME2 Yew boleh meluangkan lebih banyak masa dengan anak saudara kesayangannya juga (gambar seterusnya).
1-UP-B-caption

Adakah berada jauh dari rumah mengeratkan hubungan anda berdua?

ME2 Boon Siong: Ya, ada. Di Pangkalan Udara Tengah, saya akan bekerja di talian penerbangan atau hangar manakala dia akan berada di depoh bekalan.

Tetapi di XFS sini, walaupun kami tidak bekerja bersama secara langsung, pejabatnya sangat dekat dengan bangunan detasmen saya. Sebenarnya, hujung minggu lalu kami bertemu untuk ramen kerana anak saudara saya ingin memakannya, dan mereka mambawa saya ke kawasan sekitar Mountain Home.

ME3 Boon Leng: Sudah lama kami tidak berjumpa sejak Boon Siong dikerahkan di sini. Dan apabila kami akhirnya bertemu di sini, anak perempuan saya asyik memegang tangannya sepanjang masa sehingga terlupa bapanya sendiri!

Walaupun kini kami boleh membuat panggilan video, adalah lebih baik untuk bertemu secara bersemuka – kami semua perlukan sentuhan manusia itu.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!