ADI IBU ANGKATAN TENTERA UDARA

11may23_news1_photo1_d https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/11may23_news1_photo1_d25dfcc01-24eb-40e2-88e2-f414bab2c690.jpg?sfvrsn=b421607a_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ADI-IBU-ANGKATAN-TENTERA-UDARA
ADI IBU ANGKATAN TENTERA UDARA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ADI-IBU-ANGKATAN-TENTERA-UDARA
11 May 2023 | PEOPLE

ADI IBU ANGKATAN TENTERA UDARA

Ibu kepada tiga anak tentera ini menangani tuntutan tugasan ibu dan kehidupan bekerja dengan penuh semangat dan baik.

//KISAH KOH ENG BENG / FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN MEJ CHE

MEJ Che bersama suaminya LTC Huang (kiri sekali), dan anak Jude (duduk), Joey (berdiri, kiri), dan Jesse.
English 华文
English 华文

Di tempat kerja, dia membantu mempertahankan ruang langit Singapura sebagai pegawai dalam Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF). Di rumah, dia menguruskan keluarganya dan memastikan mereka terus kukuh, sama seperti Ketua Pemerintah atau Sarjan Mejar Rejimen.

Ketemukan Mejar (MEJ) Shirley Che, ibu kepada tiga orang anak.

Anak sulungnya (kiri) Joey, 14, di Menengah 2, manakala (kanan) anak perempuan Jesse di Menengah 1. Yang bongsu, Jude, berada di Darjah 2.

Setiap pagi hari minggu, dia bangun tepat pada pukul 6 am, bangunkan anak-anaknya dan sediakan mereka untuk hari tersebut.

Menjelang 6.45 pagi, dengan ketepatan tentera, seisi keluarga itu akan keluar dari rumah kerana MEJ Che dan suaminya, Leftenan Kolonel (LTC) Jason Huang, akan menghantar mereka ke sekolah.

Membantu anak perempuannya Jesse bersiap untuk ke sekolah pada waktu pagi.

Pada jam 8 pagi, pasangan itu akan berada di pejabat masing-masing untuk bekerja. MEJ Che, 44, adalah pegawai staf di Markas, Komando Pertempuran Udara, sedangkan LTC Huang, 45, adalah ketua cawangan di Jabatan Tenaga Kerja Udara.

Pada waktu rehat tengah hari, MEJ Che akan menelefon pembantu keluarga, untuk tahu sama ada dia telah menjemput Jude dari sekolah.

Selepas bekerja, MEJ Che akan membawa Joey dan Jesse pulang dari sekolah atau menghantar mereka untuk aktiviti pengayaan. Tetapi hari masih belum berakhir – selepas makan malam, dia akan mengajar anak-anak bersama suaminya.

"Saya ingin berterima kasih kepadanya kerana menjaga keluarga. Bukan mudah bagi ibu yang bekerja," kata LTC Huang.

"Kami boleh tidur untuk lima minit lagi, tetapi dia tidak boleh. Dialah yang mengejutkan semua orang tepat pada masanya, membangunkan semua daripada katil dan meninggalkan rumah tepat pada masanya."

Tetapi MEJ Che yang meremehkan sumbangannya, berkata: "Ini adalah sesuatu yang biasa, saya tidak terfikir ia lebih siong (slanga untuk sukar) bagi saya. Semua ibu bapa juga akan melakukannya."

MEJ Che (tengah) berlatih bersama dengan kontinjen RSAF untuk Perbarisan Hari Kebangsaan 2020.
MEJ Che (baris kedua, kedua dari kiri) keluar untuk larian pagi Bersama-sama anak buahnya pada 2012. Pada masa itu, dia adalah Pegawai Pemerintah dalam Skuadron 163.
Rekrut Che, pada masa itu, menjalani Latihan Asas Tentera pada 2001.

Ia betul-betul amat menjerihkan

Meskipun begitu, MEJ Che terkenang menjaga anak-anak adalah lebih mencabar pada awalnya.

Pada masa itu, dia adalah Pegawai Perang Udara (Senjata Pertahanan Udara) muda yang mengendalikan sistem pertahanan udara bumi I-Hawk. Dia terpaksa berada di medan lapangan untuk menjalankan tugasan 24/7 dengan kerap, sehingga tiga hari berturut-turut.

"Yang paling mencabar adalah tidak boleh bersama dengan anak-anak; saya tidak dapat bersama mereka sesuka hati saya," kata MEJ Che.

"Tetapi dia akan menelefon mereka setiap hari," LTC Huang mencelah. "Saya amat menghargai segala usahanya terhadap keluarga kami. Saya rasa saya tidak mengatakannya dengan cukup."

Contohnya, dia akan cuba untuk mengenali rakan-rakan anak-anaknya. Dan bila dia terpaksa bertugas di luar untuk tempoh masa yang lama, dia akan menyediakan anak-anak untuk pelajaran mereka dengan lebih awal.

Ia berlaku pada September 2021 semasa Joey sedang bersedia untuk menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). MEJ Che terpaksa meluangkan masa tiga minggu di Amerika Syarikat untuk Latihan Tempaan Sabre, latihan serangan bersepadu di antara RSAF dan Angkatan Tentera Singapura.

Bersama (dari kiri) Jesse, Joey dan LTC Huang di pameran RSAF45@Heartlands pada 2014.
Meraikan hari lahir ketujuh Jude (tengah) pada 2022.
Hasrat MEJ Che untuk Hari Ibu tahun ini adalah mudah – semoga anak-anaknya sentiasa sihat.

Anak-anak amat berterima kasih atas segala yang dilakukan oleh ibu untuk mereka selama ini. "Terima kasih kerana sentiasa menjaga kami, dan memastikan kami ada semua keperluan kami," kata Joey dan Jesse.

Tambah Jude sambil bergelak nakal: "Terima kasih mummy kerana menghantar saya ke sekolah!"

Ditanya apakah hasratnya untuk Hari Ibu tahun ini, MEJ Che hanya berkata: "Saya hanya mahu anak-anak saya sentiasa sihat."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!