42 ASKAR SAR SELAMATKAN NYAWA PEKERJA MIGRAN, WARGA EMAS LELAKI

07aug23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/07aug23_news1_photo1.jpg?sfvrsn=89163dea_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/42-ASKAR-SAR-SELAMATKAN-NYAWA-PEKERJA-MIGRAN-WARGA-EMAS-LELAKI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/42-ASKAR-SAR-SELAMATKAN-NYAWA-PEKERJA-MIGRAN-WARGA-EMAS-LELAKI
42 ASKAR SAR SELAMATKAN NYAWA PEKERJA MIGRAN, WARGA EMAS LELAKI
07 Aug 2023 | COMMUNITY

42 ASKAR SAR SELAMATKAN NYAWA PEKERJA MIGRAN, WARGA EMAS LELAKI

KISAH TEO JING TING // FOTO IHSAN ANGKATAN TENTERA SINGAPURA & SCDF

Kedua-dua kumpulan NSF ini, sedang menjalankan tugas NDP semasa insiden itu berlaku, dan bertindak pantas untuk memberi bantuan.

(Dari kiri) LCP Pek, LCP Parthiban, LCP Aadhi dan 3SG Wee bertindak pantas untuk menyelamatkan seorang pekerja asing yang tidak sedarkan diri.

Pada 10 Jun, dua askar dari Batalion ke-42, Rejimen Berperisai Singapura (42 SAR) – yang sedang menjalankan tugas pengurusan penonton di sepanjang Lebuhraya Nicoll sebagai sebahagian daripada Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) – melihat sekumpulan pekerja asing membawa rakan sekerja mereka yang pengsan.

Terus mengambil beberapa botol air, Sarjan Ketiga (3SG) Wee Jyun Wei dan Lans Koperal (LCP) Aadhi Kesan bergegas untuk membantu para pekerja.

Pasangan itu kemudiannya disertai LCP Parthiban Raja dan LCP Wilfred Pek, yang membantu menguruskan keadaan.

Mereka segera mengamalkan pertolongan cemas dan 3SG Wee menjalankan penilaian AVPU (Sedar, Verbal, Sakit, Tidak Responsif) manakala LCP Aadhi melakukan CPR pada pekerja yang tidak sedar itu.

Mereka berjaya menstabilkannya dan dia sedar semula sebelum dipindahkan untuk rawatan perubatan selanjutnya, menurut catatan Facebook hantaran Angkatan Tentera Singapura pada 19 Jun.

Mengimbas kembali kejadian itu, 3SG Wee berkata: "Adalah penting bagi semua orang untuk mengetahui beberapa kemahiran asas keselamatan kerana kami tidak tahu bila ia diperlukan."

Tambah LCP Pek: "Kami semua hanya ingin membantu dengan sebaik-baiknya. Saya berasa bangga dengan rakan-rakan saya."

(Dari kiri) 3SG Koh, LCP Aqmal, PTE Zaharul dan LCP Ruzdee menyelamatkan seorang warga emas lelaki daripada lemas pada 24 Jun.

Penyelamatan nyawa yang kedua

Dua minggu kemudian, sekumpulan askar lain daripada 42 SAR menyelamatkan nyawa seorang warga emas lelaki di Sungai Rochor.

3SG Jonas Koh, LCP Muhammad Aqmal, Prebet (PTE) Muhammad Zaharul dan LCP Ruzdee B Rosli sedang mengawal penghadang dan menjalankan tugas trafik sebagai sebahagian daripada tugas pra-NDP mereka pada 24 Jun, apabila mereka dimaklumkan oleh orang awam ada orang di kawasan berhampiran yang sedang dalam situasi cemas.

Sambil bergegas ke lokasi kejadian, askar-askar muda itu bersikap tenang dan berusaha sebagai satu pasukan untuk menghulurkan bantuan.

Sebagai contoh, PTE Zaharul, masih ingat ada melihat pelampung berhampiran dan terus membawanya. Kemudian, LCP Aqmal dan LCP Ruzdee mengguna pelampung untuk membantu warga emas lelaki dalam kecemasan, lapor Tentera Singapura dalam catatan Facebook pada 8 Jul.

3SG Koh memaklumkan perkhidmatan kecemasan sebelum menguruskan orang ramai yang berkerumun di keliling PTE Zaharul.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) pun tiba tidak lama kemudian. Askar-askar itu bekerjasama dengan rakan-rakan sejawatan Pasukan Rumah mereka untuk menguruskan tempat kejadian dan memindahkan warga emas yang cemas.

Pada 26 Jul, LCP Aqmal (dua dari kiri), 3SG Koh (tiga dari kiri), LCP Ruzdee (tiga dari kanan) dan PTE Zaharul (dua dari kanan) dihadiahkan Anugerah Responder Pertama Komuniti oleh KOL Bob Tan (tengah). Majlis itu disaksikan oleh Pegawai Pemerintah 42 SAR Leftenan Kolonel (LTC) Chua Xianyi (kiri sekali) dan Kapten (CPT) Ong Yi Ren, S1 42 SAR (kanan sekali). [Foto: SCDF]

Bila ditanya tentang perasaannya semasa kejadian itu, 3SG Koh berkata: "Sikap tidak panik adalah sangat penting bila berhadapan dengan situasi sebegitu. Kami harus bertenang dan menilai keadaan (untuk) menentukan bagaimana kami boleh membantu dengan sebaik-baiknya."

Pasukan itu juga mengucapkan rasa terima kasih atas bantuan rakan sejawatan Pasukan Rumah mereka.

LCP Aqmal berkata: "Nilai yang paling penting dalam sesebuah kumpulan ialah kerja berpasukan. Kerjasama erat di kalangan SAF, SCDF dan SPF membolehkan orang awam itu diselamatkan dengan berjaya."

3SG Wee (dua dari kiri), LCP Aadhi (tiga dari kiri), LCP Pek (tiga dari kanan) dan LCP Parthiban (dua dari kanan) juga menerima CFRA daripada KOL Tan, dengan kehadiran LTC Chua (kiri sekali) dan KPT Ong (paling kanan). [Foto: SCDF]

Sebagai tanda penghargaan terhadap tindakan berani dan sikap tidak mementingkan diri mereka, lapan NSF dihadiahkan Anugerah Responder Pertama Komuniti (CFRA) oleh Kolonel (KOL) Bob Tan, Timbalan Pengarah, Jabatan Sukarelawan dan Perkongsian Komuniti, SCDF, di Divisyen 1 SCDF pada 26 Jul.

CFRA merupakan satu pengiktirafan bagi ahli komuniti untuk tampil memberi bantuan kepada mereka yang berada dalam situasi kecemasan.

Situasi seperti kes serangan jantung, insiden kebakaran, kemalangan jalan raya dan yang melibatkan keadaan yang mengancam nyawa.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!