BAKAT MUDA KOMITED UNTUK PERTAHANAN SINGAPURA
Sebanyak 82 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah disampaikan kepada calon pelajar muda yang bercita-cita tinggi tahun ini.
Seorang pelayar yang berdaya saing dengan minat mendalam terhadap lautan sejak kecil. Seorang pegawai komando yang berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan inovasi angkasa lepas (sebanyak dua kali!) dan kini berhasrat untuk mendalami teknologi pertahanan.
Inilah Sarjana Merit Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) Leftenan Muda (2LT) Soon Chuan En dan Sarjana Sains & Teknologi Pertahanan (DSTA) Naresh Arumugan.
Mereka hanyalah dua daripada 82 penerima Anugerah Biasiswa Pertahanan tahun ini, yang telah disampaikan oleh Menteri Pertahanan, En Chan Chun Sing di Kelab Temasek pada 13 Ogos.
Menyelami kerjaya tentera laut
Sejak menceburkan diri dalam aktiviti selam skuba pada usia muda 11 tahun, 2LT Soon Chuan En telah terpikat dengan keindahan lautan.
"Apabila anda berada di bawah air, rasanya seolah-olah anda benar-benar tenggelam dalam dunia lautan dan ia sangat menakjubkan kerana lautan begitu luas sedangkan kita hanyalah satu zarah kecil."
Maka tidaklah menghairankan apabila beliau juga mempunyai minat untuk menyertai Tentera Laut Republik Singapura (RSN).
“Saya mahukan kerjaya yang bermakna… Akhirnya, saya memilih Tentera Laut kerana semasa saya menyertai Program Pengalaman MINDEF (semasa Maktab Rendah), saya mendapati apa yang dilakukan oleh Tentera Laut sangat menarik,” kata 2LT Soon.
Pegawai Muda berusia 20 tahun itu menjelaskan bahawa beliau tertarik dengan pelbagai operasi Tentera Laut - khususnya kerjasama meluas yang dijalinkan dengan tentera laut asing - serta semangat kekeluargaan yang erat dalam RSN.
Kisah daripada wanita dalam keluarga 2LT Soon tentang pengalaman mereka dalam Home Team dan angkatan tentera hanya "mengukuhkan lagi keputusan saya", tambahnya.
Ibunya bertugas dalam Pasukan Polis Singapura, manakala dua orang ibu saudaranya berkhidmat dalam Tentera.
Bagi mempersiapkan dirinya untuk Tentera Laut, beliau turut memutuskan untuk menceburi pelayaran kompetitif semasa belajar di Sekolah Anglo-Chinese (Bebas).
"Walaupun mempelajari sukan baharu pada usia yang lebih matang pastinya lebih mencabar, dan pelayaran mempunyai keluk pembelajaran yang sangat curam, saya rasa ia sangat berbaloi bagi diri saya."
Salah satu kemahiran paling penting yang dipelajari semasa membiasakan diri dengan pelayaran di laut terbuka? Sesuatu yang mesti dikuasai oleh setiap pelaut RSN: membiasakan diri dengan mabuk laut dan mengatasinya ketika ombak semakin bergelora!
Baru sahaja ditauliahkan pada Mac tahun ini, 2LT Soon kini berkhidmat di frigat Kelas Steadfast sebagai pegawai muda.
Sejak itu, beliau telah mengambil bahagian dalam acara luar negara seperti Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi, di mana beliau membantu mempamerkan budaya dan falsafah pertahanan Singapura kepada rakan sejawatnya di luar negara.
Sarjana Merit SAF ini tidak lama lagi akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, di Kolej Carleton di Amerika Syarikat (AS).
Apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk mempelajari Sosiologi dan Antropologi, 2LT Soon menjawab: “Saya suka mempelajari tentang bagaimana manusia berfungsi, dan saya percaya bahawa pengetahuan mengenai budaya lain dan cara manusia berinteraksi merupakan sesuatu yang boleh dimanfaat dalam membantu orang lain.
“Apabila saya kembali dari universiti, matlamat utama saya ialah untuk melihat bagaimana saya boleh membantu orang dalam Perkhidmatan dan menyumbang kembali dalam apa jua (menggunakan ilmu yang saya peroleh).”
Commando & defence tech geek Komando & peminat teknologi pertahanan
For Singapore Polytechnic alumnus Naresh, it was an internship with DSTA’s Air Systems Program Centre that drove him to a career in defence technology. Bagi alumni Politeknik Singapuraini, pengalaman menjalani latihan industri di Pusat Program Sistem Udara DSTA telah mendorongnya memilih kerjaya dalam bidang teknologi pertahanan.
“The work the Defence Technology Community (DTC) does, aligns with my personal interests (in technology),” said the 22-year-old. "Apa yang dilakukan oleh Komuniti Teknologi Pertahanan (DTC), selari dengan minat peribadi saya (dalam teknologi)," kata lelaki berusia 22 tahun itu.
“It allows me to be skilled in soft skills, and also venture into the domains of engineering and other fields…such as space engineering.” “Ia membolehkan saya meningkatkan kemahiran insaniah, dandalam masa yang sama menceburi bidang kejuruteraan dan bidang lain…seperti kejuruteraan angkasa lepas.”
Beliau dan rakan-rakan pelatihnya terdorong untuk mengambil bahagian dalam Brainhack Pertandingan SpaceCube pada tahun 2023, di mana mereka berjaya ke peringkat akhir.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sehingga beliau memutuskan untuk menyertai pertandingan itu sekali lagi dalam edisi 2025. Kali ini, beliau dan pasukannya berjaya meraih tempat kedua.
Selepas menyertai Perkhidmatan Negara (NS), Encik Naresh akhirnya memperoleh Beret Merah dan ditauliahkan sebagai pegawai di Batalion Komando Pertama, di mana beliau berpeluang berlatih dengan pelbagai sistem senjata yang dibekalkan oleh DTC kepada SAF.
"Melalui latihan dengan beberapa sistem senjata ini, saya dapat memahami dengan lebih baik masalah yang dialami pengguna di lapangan, yang mungkin tidak ditiru dalam makmal," kata Sarjana DSTA itu.
"Dengan keupayaan berfikir secara operasi, saya rasa saya boleh memberi nilai tambah yang lebih baik kepada projek yang akan saya jalankan dalam DTC."
Bercerita lebih lanjut tentang pengalaman NSnya, beliau berkongsi bahawa kursus payung terjun - di mana beliau terpaksa mengatasi ketakutannya terhadap ketinggian - merupakan salah satu pengalamannya yang paling tidak dapat dilupakan.
" Bukan setiap hari anda dapat peluang untuk terjun dari pesawat yang sedang bergerak! Perasaan itu sukar digambarkan. Selepas berjaya membuat terjunan, anda akan rasa sangat yakin dengan diri sendiri, seolah-olah anda mampu mengharungi sebarang cabaran."
Kini sebagai pelajar tahun pertama Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Nasional Singapura, beliau menantikan lebih banyak peluang menjalani latihan industri bersama DTC serta mengikuti program pertukaran pelajar ke luar negara.
Ini akan membolehkan beliau mendapat lebih banyak pendedahan kepada pelbagai jenis teknologi yang boleh memperkukuh sistem pertahanan Singapura.
Apabila ditanya mengenai matlamat kerjaya masa depannya, beliau berkata: "Saya berharap dapat bekerja dalam projek seluruh kerajaan kerana ia (bukan sahaja) menguji keupayaan saya dalam bekerjasama dengan orang lain, tetapi juga membolehkan saya mengasah kemahiran teknikal.Dengan itu kita semua dapat mencapai sesuatu yang akan memberi manfaat kepada seluruh negara."